Tuesday, December 13, 2011

Happy Birthday To You~

Dah dekat sebulan tak buat kek. Baru semalam bakar sebiji kek vanila (biasa jer) berperisa mangga. Pastu sambung deco pagi tadi sebab semalam asik takde karan je. Hehe..

Tak berapa puas hati sangat deco kali ni sebab fresh creamnya cair. Nak buat bunga pun tak boleh (padahal dah berangan malam tadi nak cuba bunga lain selain bunga rose, haha..) Jadi buat jela kek yang simple-simple, ada rezeki ada masa cuba buat deco lain pula yek?

Tak dapat nak tangkap gambar step-by-step sebab ketidak-izinan fresh creamnya. Nanti ada rezeki buat lagi saya tangkap ya? Yang keliling kek tu pakai star nozzle, cuma tekan dan tarik ke atas je. Nak saiz besar guna nozzle besar. Pastu sambung-sambunglah guna nozzle bentuk bulat saiz paling kecil. Bab spray tepi kek tu (yang macam tali-tali halus tu) guna piping beg, potong hujungnya sikit je. Pastu picit kuat-kuat sambil rotate cake stand. Bab ni first time buat, kalau picit tak kuat huru-hara jadinya (macam dalam gambar di bawah). Haha..

Apapun, Happy Birthday to Mak dan adikku Karmila (walaupun lambat lagi birthday anda :P) Mungkin ni kek terakhir untuk tahun 2011, who knows? Tahun depan buka buku baru, album baru. InsyaAllah..

Kek mangga dengan isi buah mangga
Nozel-nozel yang digunakan (tak ikut nombor diatas, sebab guna nozel cap Taiwan :P)

happy birthday mak~

11 comments:

Fazlinil Irma said...

haaa.. kan dah jd sbijik kek. hehee. lawa la skirting kek tu. org tgn x gigil je bleh buat. :)

Zack Zachoes said...

melepaskan gian je ni Irma :P dekat sebulan 'bercuti' :P hehe.. jgn tak tahu, menggigil juga tangan ni nak sambungkan guna fc tu. sudahlah cair, tension je pagi tadi nk bagi dia keluar tak putus2. hehe..

Liza said...

cantik zach deko kek tu...geram jer tgk...hihihi

Zack Zachoes said...

hehe..makaseh :D kalau geram mehla dtg makan.. ngeee~

konde said...

congratz zack :)

nampak sedap tuh cake :p

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Zack Zachoes said...

@Konde: thanks for the compliment ^_^ haippp..kena usaha lebih gigih lg nk dpt deco fc yg stabil ;p

RajaQina said...

Surrender deco kek gne fc (-_-')
Gud job kak zack,caya lah :-)

Zack Zachoes said...

Thanks Qina ;) insyaAllah, boleh tu.. kita kena practice lebih dan yg plg penting, know your ingredients (especially fc ni, haha) ;) makin lama kita buat, kalau kita perhatikan insyaAllah, kita leh dpt tricknya tu nanti ^_^

marshita said...

assalamualaikum

nk tanya sikit la, keseluruhan kek tu di salut fresh cream ke, camna dgn hiasan yg warna kuning tu, masuk pewarna kunig kt fresh cream ke, minta maaf ye

RajaQina said...

huhu mntak2 blh jd mcm akk!
hehe caiyookkkkk

Zack Zachoes said...

@Marshita: aah semuanya fresh cream. sy tak berapa suka sangat cmpur fc+bc. kalau nk warnakan senang je, dh pukul fc sampai kental pastu letak pewarna beberapa titik. yg ni sy guna pewarna cecair, kalernya matang setelah 24jam. cuma takleh nk letak banyak takut fc cair.

@Qina: insyaAllah, boleh tu ;)