Saudara. Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." (Ibrahim 14:34)
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah. Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." (Al-Ankabut 29:33)
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Ya, katakanlah anak kita degil, anak kita suka melawan, anak kita tidak dengar cakap. Lantas kita berusaha untuk mendidiknya, untuk mengajarnya, untuk mengasuhnya, dengan yang terbaik. Kita beroleh pahala dari Allah swt.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs - melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Saudara. Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
9 comments:
entry yang baik. Kadang2 saya juga tertekan, lalu mahu melarikan diri dari masalah tersebut. Spatutnya, saya hadapi ia... terima kasih :)
assalamualaikum
assalamualaikum,
memang betul apa yg di katakan tu. kadang2 kedukaan tu membuatkan kematangan diri kita, spt bermuhasabah diri, lebih byk beribadat dan mengingatiNYA. Tetapi jika sentiasa dalam kegembiraan, mgkin kita terlupa padaNYA tanpa disengajakan. apapun moga2 kita selalu diberkatiNYA.Amin
alhamdulillah.. akak pun ada buku jgn bersedih ni, hadiah dari teman. memang waktu2 tertentu ilmu2 di dalamnya sangat berharga. terima kasih sudi zack share kan lagi.
haishh apa yg malu2 kucen komen blog akak. akak yg malu2 tucen nak komen kat sini. suke sangat tengok hasil2 dari jari2 berbakat besar mcm zack. admire..dan terima kasih untuk doa2 dan nasihat. akak tau, zack lagi kuat melalui ujian dari Allah. dan kekuatan zack tu sedikit sebanyak memberi inspirasi pada akak. masa akak dapat result dari doc tu, akak teringat kat pengalaman zack tau. tq ye
@Cahaya Penyejuk Mata: terima kasih, saya amik kat dalam buku ;) saja share kat blog..rasa artikel ni sangat bermakna.. :D
@Marshita: Waalaikummussalam..
Amin, mudah2an begitulah hendaknya.. semoga kita sentiasa beringat pada-Nya..dalam suka dan dalam duka :)
@Kak Izah: hehe, malulah kak..sapelah saya, akak blogger famous..berpengalaman.. sy blogger yg baru nk belajar merangkak, pengalaman masih kurang samada di alam maya atau di alam realiti..
sebak sy baca entry akak, terasa sy sendiri yg mengalaminya..berat bahu memandang, berat lg bahu memikul...
sy yakin akak tabah, caiyok2 kak Izah~ kita sama2 bangkit dan bersemangat semula :D
*rasa mcm nak peluk akak sambil menangis atas bahu akak je ni. huhu.. boleh ke gitu? hehehe..*
Thanks sis... ketika saya berfikirkan masalah saya mendapat petunjuk dari web page ini. Mohon kebenaran utk copy paste sebagai pendorong saya ketika susah dah senang..
sama2, semoga kita dapat membantu sesama kita :) boleh, takde masalah utk copy paste :)
Post a Comment