Saturday, December 17, 2011

Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran

"Doktor, apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!"

"Masihkah suami sayangkan saya walaupun saya gagal untuk meneruskan kehamilan?"

Pernahkah soalan-soalan ini diluahkan oleh anda? Ataupun terlintas dalam fikiran anda walaupun sejenak? Jika ada, bacalah artikel dari Dr. Zubaidi yang bertajuk 'Menghadapi kesedihan akibat keguguran'. Apa yang terjadi pada saya semasa mengandungkan arwah Nurfatihah juga boleh dianggap seperti keguguran last minit (boleh ke camtu?), dan saya faham apa yang dilalui oleh ibu-ibu yang telah keguguran anak...

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a:
Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?
Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.

Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya.

Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?
Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.

Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata :
Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?

Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.

Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.
Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda : Bahkan ia adalah untuk kamu semua.

(petikan di atas di c&p dari I am Adlie and I'm just being me)



‎"Anggaplah musibah yang kita terima sebagai satu ujian Allah untuk mengangkat darjat kita atau menghapuskan dosa kita. Kecekalan kita akan menyebabkan kita muncul sebagai insan cemerlang di dunia dan di akhirat."

9 comments:

izahdaut said...

tq zack share entry ni.

Unknown said...

saat paling rasa tertekan semasa saya keguguran..
syukur, hanya ambil masa dalam semingggu saya kembali ceria,
saya tahu.. DIA maha kaya..

melz said...

salam perkenalan kak... saya ni langsung tak pernah mengandung dan baru2 ni setelah diberitahu doc yg tiub saya bermasalah. sekurg2nya akak tahu akak mampu mengandung.Moga Allah merahmati akak dan dikurniakan zuriat yang dirahmatiNya...

Zack said...

@kak Izah: sama2 kak, ada kawan kongsi kt FB jd sy copy kt blog utk dikongsikan bersama :)

@Ayu: sy tak tahu apa nasib sy pd masa hadapan, masih boleh mengandung lg atau tidak. sy harap sy setabah Ayu, insyaAllah.. serahkan segalanya pada Yang Maha Esa..

@Melz: salam perkenalan Melz. mmg sy bertuah dan sy tak pernah menyesal pernah mengandungkn arwah :) pd sy, kehadiran dia walaupun seketika membawa rahmat pd keluarga kami. mungkin sy tak mampu mengandung lg memandangkn keadaan rahim yg koyak teruk, apapun jika ada rezeki dan dipanjangkn usia sy dan anak yg dikandungkan itu, syukur sangat2. ada seorang anak yg masih hidup pn alhamdulillah, sekurang2nya sy pernah merasai nikmat mengandung dan bersalin. sy doakan Melz dikurniakan kesihatan tubuh yg baik, mudah2an jika ditakdirkan olehNya berlaku keajaiban yg membolehkn Melz dikurniakan nikmat utk mengandung dan melahirkn anak secara selamat :) Melz jgn salah faham ye, sy tak merungut atau menyesal semasa menulis entri ni. pd sy, masing2 ada ujian masing2. ujian2 inilah yg membuatkn kita menjadi manusia yg lebih tabah, sabar dan redha, insyaAllah..

mamazieza said...

Ujian tu merupakan satu rahmat pada kita kan Zack.. dgn tu kita lebih tabah.. mama pernah 3 x keguguran...

melz said...

kak... saya faham, bkn akak menyesal atau apa. sy jg sedih di atas apa yg terjadi pada akak. dan saya pasti Allah menjanjikan yg terbaik utk kita semua. t.ksh krn mendoakan sy.sb sy skrg rs sgt rendah diri dgn org lain. dgn membaca blog akak sy rs sy tak keseorgn diduga Allah. ini krn Allah menyayangi kita lebih dr org lain.smg kita berjaya menempuhinya dgn iman yg kukuh.insyaAllah

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Salam ziarah Zack..

Tetiba mengingatkan MM saat keguguran anak kedua.. tertekan sgt ketika itu walhal kandungan hanya berusia beberapa minggu. Alhamdulillah setelah mengamalkan doa ringkas yg Ustazah ajarkan.. MM rasa kembali tenang.

Zack said...

@Mamazieza: benarlah kata2 mama itu.. takziah mama, sy tak dpt nk bygkan kesedihan mama setiap kali keguguran.. :'(

@Melz: takpe sy faham :) mmg, kadang2 kita rasa kita seorang je yg diduga..tp sebenarnya ada yg diduga lbh berat dr kita.. sy ada seorg kawan, 7 thn kawen tp belum dpt anak lg smpai skrg. seorg lg kawan sy ada masalah dgn ovari dia, tp alhamdulillah setelah bertahun2 tunggu dia ngandung dan baru bbrp bulan lepas dia bersalin. seorg lg kawan sy, sebelah tiub dia dh kena buang sbb kandungan luar rahim. dia tgl satu lg je tiub, dan masih menunggu walaupun dh lama kawen. kenalan sy, kandungan dh besar tp akhirnya keguguran, anaknya lahir tak cukup sifat..paru2 masih belum matang. sudah berkali2 dia keguguran, namun alhamdulillah dimurahkn rezekinya utk ngandung dan melahir secara selamat. ada ramai lg kawan2 sy yg dh bertahun2 kawen tp masih tak dpt lg anak. bila dicheck dgn doktor, tak ada apa2 masalah diorg suami isteri. tp kesian jg mereka sbb diejek, disindir sbb masih tak ada anak.. mereka tak tahu mana silapnya, kesihatan tubuh baik tapi itulah, Dia yg memberi rezeki.. apa yg terdaya utk kita hanya berdoa, berusaha, bertawakal dan redha..

@Miss Mirror: takziah Miss atas keguguran tersebut.. alhamdulillah, cpt pulih semangatnya :) masing2 dugaan masing2, berat mata memandang berat lg bahu memikul..

Unknown said...

sy baru keguguran tadi. mungkin salah sendiri.. saat suami mengatakan saya pregnant.. saya mmg tak percaya.. kerana sbb da lama kami bersama. tapi xpenah ada hasilnya...jadi bila ada tanda2 pregnant.. sy sangkal perasaan kerana sy tak mahu terlalu berharap.. sampaila saya buat ujian UPT sebanyak 2x dan hasilnya.alhamdulillah..masa tu suami da kembali bertugas.suami sy offshore.. ini mungkin kehamilan pertama... tapi Allah lebih mengetahui apa yg d kehendakiNya.. saya mengalami pendarahan yang teruk..bersendirian.. sy hilang semangat...semoga Allah tabahkan hati saya dan memberi rexki lagi kepada kami. lebih2 lagi masih ada 3 bulan sebelum sy berjumpa suami.. kesedihn yg d rasakan .. sy simpan sendiri.