Wednesday, February 8, 2012

Resepi Baked Neapolitan Cheesecake

14

Mengetest resepi yang diedit dari buku yang dipinjam kat library Kolej Komuniti Tawau, saje suka-suka menambahkan koleksi cheesecake kat blog. Muehehe.. Kek ni ada telur, nak makan sangat tak boleh sebab masih menahan diri dari makan kek-kek bertelur atau seafood. Adei.. Lamanya nak tunggu setahun.. @_@

Kek ni ada 3 rasa, coklat, strawberry dan white chocolate. Biasa saya guna tepung sikit je, kali ni tepungnya lebih banyak, sampai guna 2 jenis tepung. Huhu.. Tekstur kek lebih kering dari Baked Blueberry Cheesecake (sebab kehadiran tepung) dan lagi satu sebab saya tak bakar cara bain marie (loyang springform rosak, asik leaking je. Saya cuma letak loyang atas wet towel atas rak oven. Tapi kena hati-hati, jangan bagi towel kering. Tujuannya nak elak bawah kek hangus masa nak tunggu cheesecakenya masak).

Malas bercakap banyak, jom layan resepi~

P/S: In case you're wondering, saya masih mood hibernate nak baking-baking ni, jaga kesihatan (la kunun). Haha.... Tapi disebabkan tengok bulan ni takde entry, amik kesempatan testing resepi yang ni ;p Kesian tengok blog bersawang lama-lama...


Resepi Baked Neapolitan Cheesecake
By: Aku.Zack
(Diadaptasi dan dimodifikasi dari Boston Cheesecake, Catherine Lau, buku Kek Keju Menawan)
(loyang 9" bulat ketinggian minima 3")


Base: chocolate chiffon
Tengah: white chocolate cheesecake
Atas: Strawberry cheesecake
Hiasan: Strawberry deco powder dan Fresh cream


Neapolitan cheesecake, sudah dibedah siasat. Ada 3 rasa dalam ni

Deco yang sempoi~

Slice yang pertama untuk merasmikan rasanya. Hilang juga kempunan ku, hehe..

Sudah dipotong, tutup dengan plastik keras seperti transparency untuk elak bahagian terdedah kering
Neapolitan cheesecake yang sedang disejukkan


Base: Kek Chiffon
A:
15g serbuk koko
1/4C air panas
*1/2st chocolate emulco

B:
2 kuning telur
50g gula kastor
75g tepung superfine
1/2st + 1/4st baking powder
1/4st soda bikar
1/8C minyak jagung
1/2st esen vanila

C:
2 putih telur
1/8st cream of tartar
35g gula kastor

Cara:
1. Larutkan serbuk koko & choc emulco dalam air panas. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, campurkan kesemua Bahan B. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar secara bain marie dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 25-30 min, 175C.
6. Sejukkan kek pada suhu bilik di atas redai (masih dalam loyangnya).

Cheese filling:
60g butter, didadu
200ml whipping cream
250g cream cheese, suhu bilik
40g gula kastor
40g tepung gandum/superfine, diayak
2sb + 2st tepung jagung, diayak
4 biji kuning telur
1st just limau/lemon

4 biji putih telur
1/4st cream of tartar
60g gula kastor

50g white chocolate, dicairkan
1st strawberry paste + beberapa titip pewarna merah

Cara:
1. Sediakan springform pan 9" yang digris dan dialas baking paper pada dasar dan kelilingnya. Letakkan kek sponge coklat di dalam. Ketepikan.

2. Pukul cream cheese, butter, 40g gula kastor dan whipping cream hingga sebati. Masukkan campuran tepung diayak dan adun rata. Masukkan kuning telur dan jus lemon, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua ( berat 335g setiap satu).

2. Masukkan white chocolate cair ke dalam satu adunan. Masukkan strawberry paste + pewarna ke dalam adunan yang lagi satu.

3. Dalam bekas bersih, pukul 2 biji putih telur dengan 1/8st cream of tartar hingga berbuih. Masukkan 30g gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul hingga kembang dan ringan. Kaup balikkan ke dalam adunan keju coklat perlahan-lahan. Bakar dalam oven 160C selama 25-30 minit secara waterbath. Pastikan ketinggian air lebih kurang paras kek coklat.

4. Beberapa minit sebelum adunan keju white coklat masak, pukul baki 2 biji putih telur dengan 1/8st cream of tartar bersama baki 30g gula hingga bertanduk. Kaup balikkan ke dalam adunan keju strawberry.

5. Tuangkan adunan keju strawberry di atas adunan keju coklat dan bakar lagi 30-40minit atau hingga permukaan atas cheese kelihatan sedikit kering dan bahagian tengah tidak lagi bergoyang.

6. Renggangkan pintu oven sedikit, biarkan kek sejuk dalam oven lebih kurang 1 jam. Seterusnya sejukkan pada suhu bilik (masih dalam loyangnya) dan simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dikeluarkan dari loyangnya.

7. Hias dengan fresh cream atau suka hati.

Note:
1. First time tak buat cara bain marie. Luar agak kering tapi dalam masih lembap-lembap. Mungkin sebab tak guna bain marie dan menggunakan tepung yang lebih banyak daripada biasa.
2. Next time cuba eliminate tepung gandum/superfine dan guna tepung jagung je. Tapi risiko untuk kek mendap ketika sejuk.
3. Kek ni tinggi. Guna loyang springform 9" ketinggian 3". Loyang 8" terlalu kecil, eksperimen ni terpaksa buang lebihan adunan strawberry.
4. Boleh ditambahkan lagi white chocolate tapi pastikan jangan lebih dari 100g untuk elak kek kering akibat coklat yang banyak.
5. Kalau rajin, base boleh ganti dengan Baked Chocolate Cheesecake. Tapi memang cheesey la kalau gitu

14 comments:

ZalinZalina said...

Awak minat kaler pink ek..kak ina suka tengok kek2 yang awak buat coz mesti ada kaler pink :)

Cendana Kasih said...

errmmm...tak tahan tgk... sib baik la Zack jauh diseberang lautan nun..kalo idak, nak jer tempah kek ni...

Cheq Sue said...

cheq sue kan lemah betul dengan bende yang namanya cheesecake neh...selalu kalau buat banyak yang tak jadi dari jadinya...

AZLITA AZIZ said...

alahaiii... sedapnya Zack
Terkasima akak dibuatnya.. pakal aje akak ni demam kalau tak akak dah godek2 dah kat dapur..
Pandainya zack buat kek suka akak tengok..

Ann@Anncoo Journal said...

Your cheesecake is very pretty too bad I don't understand Malay :(

Ely Hasrul said...

wow nmpak cantek nampak sedap!!

cinnamon.com said...

cantknya,sayang sungguh nak mkn..tgok aje lah ye.....

missalongwani said...

salam kak..wani nak tanyer akak pasal nak balut kek ngan fondant....wani nak buat red velvet kek..nak balut ngan fondant..blh balut2 dulu ngan cream cheese?

CitarasaKu said...

sweetnye...i like it.

Zack Zachoes said...

@ZalinZalina: aah sy pn tak perasan.. ye kot sy minat pink, sbb baju2 pun banyak warna pink & purple ;)

@Cendana Kasih: sy hulurkan terus je, tak usah ditempah2 ;) hehehe..

@Cheq Sue: cheesecake tak susah sgt, ada lg resepi2 yg senang cuma campur semua bahan2 sekaligus.. yg ni dia guna meringue sebab sy nk cheesecake gebu ^_^

@kak Azlita: hehe, tq kak ^_^ suka sy masa buat kek ni, mencabar minda ;)

@Anncoo: tq Anncoo, sorry for the inconvience. most of my recipes are in malay. maybe one day I'll both both languages in my recipes ;) if you like I'll translate this one into English ^_^

@Ely Hasrul: tq, sudah dimakan pun ;) hehehe..

@Miss Alongwani: w'salam, kek fondant akak tak biasa lak buat wani...rasa boleh kot cuma jgn guna resepi yg cheesenya lembik/cair sgt, takut problem nnt..

@CitarasaKu: tq, sy pun suka ^_^ hehe..

chikabaker said...

cantiknyee!
and nampak sedaaaapppppp!!
mintak izin share boleh?

awesomeness!

Zack Zachoes said...

@chikabaker: tq ;) leh je amik resepi ni, nk buat jualan pn boleh ;) muehehehe.. halal je..

fariniamoy said...

x mau buat kelas buat kek ka d tawau???...mo blajarrrrr

Zack Zachoes said...

ndakda, belum lg mo buka kelas. kalau ada sy akan war2kan disini ya? tq for asking ^_^