Saturday, October 22, 2011

Resepi Nasi Oren dan Limau Grilled Rosemary Chicken

Beberapa hari ni tekak terasa nak makan yang panggang-panggang pula. Ececece.. Eksen tak ingat, mentang-mentang ada oven baruu~ :p

Stok oren masih ada banyak. Terfikir nak buat nasi oren. Dulu masa kecil-kecil mak biasa buat. Lama dah tak makan, rasanya lebih 20 tahun agaknya (agaknya laaa :P) Nak minta resepi kat mak, tak silap buku resepi mak dah lama hilang sejak pindah balik dari UK. Jadi terpaksalah minta pertolongan En. Google mencari resepi nasi oren ni. Skodeng punya skodeng, terjumpa blog The Story of Amie's Little Kitchen. Macam menarik, cuma tak ikut 100%. Biasalah, guna apa je yang ada. Ayam pun jadi Limau Grilled Rosemary Chicken. Kenapa limau? Sebab ku takde stok lemon :P Muehehe..

Layan~

Resepi Nasi Oren
Diedit dan dimodifikasi dari blog: The Story of Amie's Little Kitchen@http://salamisimon1.blogspot.com/2011/07/nasi-oren-ayam-lemon-madu.html

The ayam - lemon bertukar menjadi limau

The nasi - nak terang letak pewarna oren sikit
The food - lauk simple tapi baunya harum~


Bahan-bahan:
500gm beras basmathi - ku guna 1C je, untuk sekali makan je
3 biji bawang merah, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
50gm mentega - ku guna 2sb
2 sudu makan jus oren - ku guna perahan jus dari 2 biji limau sunkist + air hingga cukup 1C + 1/2C
3 sudu makan stok ayam bersama dengan air (jadikan 4 cawan) - tak letak, tengah pantang bab MSG ni. Boleh guna air rebusan ayam/daging
1 biji buah oren - ku guna 2 biji oren Sunkist yang diparut kulitnya
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya -  tak letak
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning - tak letak, nak guna warna asli oren
* Amie tambah hirisan halia dan 1/2 cawan kismis - saya pun
Secubit serbuk kulit kayu manis - ku letak

Cara memasak:
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Panaskan periuk dan masukkan butter, kemudian tumiskan bawang merah, putih, dan serbuk kulit kayu manis serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan beras yang telah dibasuh tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan stok ayam dan jus oren serta parutan kulit limau ke dalam tumisan tadi.
5. Selepas itu masukkan garam, lada sulah, dan kismis secukup rasa. Kacau sebati.
6. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
7. Setelah nasi siap di masak titikkan pewarna kuning dalam 2-3 titik untuk menambah warna pada nasi tadi.
8 Sedia dihidangkan.


Resepi Limau Grilled Rosemary Chicken
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Bahan:
1st dried rosemary
1st dried parsley
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
garam
2sb butter
olive oil/minyak masak
2 peha ayam

Cara:
Lumur semua bahan pada peha ayam. Perap sejam (ku perap 30 minit je sebab nak cepat). Bakar dalam oven api atas-bawah, 200-220C selama 30-40 minit atau hingga ayam kelihatan garing dan masak.

P/S: Kalau nak tambah lain-lain bahan boleh je..ikut selera masing-masing.

7 comments:

Wawa said...

waduh2 kak zack!!!sedapnye nampak!!!kak zack patut masuk masterchef msia je tau!!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam ,nasi oren kak ros tak pernah makan.satu kelainan ya.

Zack said...

@Eencyweency: akak kalau masuk masterchef terus kena disqualified agaknya, sebab banyak bahan akak dah edit guna apa je yg ada. hehehe..

@Puan Ros: Aah kak, lain sikit ni. Biasa makan nasi tomato, nasi karot..ni nasi guna buah pula. hehe.. Bau nasinya mcm oren ^_^

Chik Mimi said...

zack ku terguda dgn nasi orenmu itew :)

Zack said...

hehe.. Chik Mimi, mai le datang rumah lain kali, sy masakkn ;) muehehe..

Cheq Sue said...

zack, kite dah mark recepi tu, yapi xde kesempatan nak try lagi...memang menyelerakan betul tengok

Zack said...

hehe, cuba la cheq sue ;) edit2 la bhn2 kalau nk, sy pn guna apa yg ada je ;p