Thursday, July 26, 2012

Resepi Biskut Mama Cadbury

Pertama sekali, minta ampun dan maaf lewat jawab komen. Huhuhu.. Tak berapa ada masa nak duduk lama-lama depan pc sekarang.

Biskut yang telah diderhakan sikit sebab nak buat awal dari biasa. Asalnya base guna cream cheese, tapi sebab pertama kali nak buat tak tahu tahan berapa lama. Eksperimen awal kejadiannya lain sikit, haha..

Biskut mama cadbury eksperimen terakhir
Eksperimenku yang terdahulu

Rasanya ok sikit kot banding yang awal-awal. Yang penting, cadbury tak cair, melekat kat biskut dan biskut bakar serata. Apapun, layan~


Biskut Mama Cadbury 
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com 
Diedit dari Biskut Mama Carrey citarasawan 
50 biji+- 

Bahan: 
A: 
100g butter
50g gula kastor
½ bj kuning telur Gred A @ 1 kuning gred C/D
1/2st esen vanila

B: 
130g tepung gandum
25g tepung jagung
25g susu tepung
***Ayak dan ketepikan.

Hiasan: 
50 biji coklat cadbury (suku daru botol besar tu)

Cara: 
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.

3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Simpan dalam peti sejuk 15-30 minit atau hingga mudah diterap.

4. Canai atas permukaan tak melekat (ku guna marble slab bersih) dan terap bentuk sama saiz dengan coklat. Simpan kembali dalam peti sejuk 10-15 minit.

5. Sementara itu panaskan oven 160C. Bakar adunan 10-15 minit api atas-bawah, rak tengah, hingga separuh masak.

6. Keluarkan tray, sapu putih telur atas biskut. Susun coklat cadbury di atasnya. Bakar lagi 5-10 minit menggunakan suhu atas-bawah, rak paling bawah, hingga biskut kelihatan masak. (See NOTE below)

7. Sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Note: 
- Biskut ini rangup.
- Cadbury memang menggerutu sikit time habis bakar.
- Resepi asal guna cream cheese.
- Oven Elba saya ada 5 tingkat. Pembakaran pertama rak tengah, pembakaran terakhir sy guna rak ke-2 dari bawah. Masih guna api-atas bawah tapi sebab tray jauh dari api jadi cadbury tak cair.
- Sapu putih telur untuk cadbury melekat kat biskut.
- Sesiapa nak try yang cream cheese, dipersilakan:




Resepi Biskut Cheese Cadbury

Sumber: Eryna Bizkit


Bahan A
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese

Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung

Bahan C
1 botol coklat Cadbury

Cara membuatnya :
  1. Pukul Bahan A hingga sebati selama 4 minit
  2. Masukkan Bahan B. Gaul rata
  3. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk
  4. Potong mengikut saiz coklat Cadbury dan susun coklat di atasnya
  5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 40 celcius. Guna api bawah sahaja

6 comments:

Kayu Manis said...

assalamualaikum .lama tak berkunjung ke sini..apa khabar zack..

selamat berpuasa utk zack sekeluarga..

nanti kak nak copy resepi ni..boleh ye?
nampak sedap

Zack said...

waalaikumussalam ka nor,
hehe, jarang la skrg sy update blog ni kak. mcm takde masa lak.. sy sihat, alhamdulillah, cuma ada sikit2 sakit tekak dgn selsema. cuaca tak menentu kt tawau ni..

selamat berpuasa jg kak ;) sedap kak resepi ni, kawan test yg cheese pun sedap. cuma sy tak test lg sbb tak tahu cheese tahan ke tak kalau buat awal2. hehe.. boleh takde masalah nk copy ^_^

Whitelab Maira said...

Yeay putih telur jadi "gam" menjadi!!

My latest resipi posting :
Homemade Murtabak

wisata outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Zack said...

Fay Farah:
tahniah dik ;)

@wisata:
salam kenal :)
akan dikunjungi blognya, insyaAllah :)

Unknown said...

Resepi ni saya dah buat... Sedap sgt.. Terima kasih Zack....