Wednesday, January 2, 2013

Resepi Cream Puff dan Vanilla Creme Diplomat

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013,

Ayoyo kenapalah malas sangat nak update blog sekarang >.< Huhuhu.. Ampun dan maaf dipinta, nanti mak Taufiq try merajinkan diri mengupdate dan membalas komen. Jangan jemu datang jenguk dapur makcik na :P

Eksperimen ni nak testing menggunakan oven Singer yang dah setahun lebih terdampar di pantai- er bilik belakang. Guna oven Elba ada problem lak, pemanas dia ai kurang berkenan la yu.

Apapun enjoy~ Memang menjilat jari creme ni.

Cream puff with vanilla creme diplomat

Puff takde inti

Resepi Cream Puff 
Link: kak Yani@http://myresipi.com/top/detail/235 

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong kiub 
60g tepung gandu, diayak
2 biji telur (100g) - anggaran 2 Gred A tolak 1sb putih telur 

1. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Atau boleh juga guna loyang non-stick.

2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih SEGERA tutupkan api. (jangan lama-lama nanti air tersejat)

3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Biarkan doh suam pada suhu bilik sebelum dimasukkan telur (untuk elak telur termasak). 

5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Adunan seharusnya pekat tetapi masih senang mengalir.

6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipekan ke atas dulang. Anggaran diameter doh ialah 5cm menggunakan nozel star atau round diameter 1cm.

7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik sedikit menggunakan hujung jari yang basah.

8. Spray permukaan cream puff dengan air (ku abaikan sebab doh memang penuh dengan cecair utk membantu ia mengembang). 

 9. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 12-15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20-25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.


NOTE: 
- Cream puff yang menjadi adalah luarnya/exteriornya keras dan bukannya lembut.
 - Jika ada sedikit doh yang belum masak di dalam, sambung masak dlm oven tanpa menutup pintu sepenuhnya. Atau boleh juga buang doh yang belum masak


Resepi Vanilla Creme Diplomat 
Link: http://recipes.sparkpeople.com/recipe-detail.asp?recipe=1720007 

Bahan: 
250g susu segar
1st esen vanila
1 biji telur
30g gula kastor
10g tepung kastad
15g tepung jagung
 200g fresh cream, pukul kental

Cara: 
1. Didihkan susu segar + esen vanila dalam periuk kecil. Tutup api.

2. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga sebati. Masukkan tepung kastad dan tepung jagung. Aduk rata.

3. Tuangkan 1/2 susu segar yang dididihkan tadi, kacau rata. Tuang ke dalam baki susu segar. Kacau guna whisk hingga pekat atas api kecil.

4. Alihkan dari api, tutup permukaan kastad dengan cling wrap. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian simpan dalam peti sejuk hingga benar-benar sejuk.

5. Apabila sudah sejuk, pukul sebentar guna sudu atau whisk. Kaup balikkan ke dalam fresh cream hingga sebati.

6. Masukkan ke dalam piping beg dan paipkan ke dalam puff yang dibelah dua.


NOTE:
Oven yang mempunyai 2 pemanas (gmbr kiri) bahagian belakang lebih cepat bakar tapi bahagian tengah paling lambat masak.

Oven yang mempunyai pemanas berlingkar (gmbr kanan) pemanasannya lebih sekata. Bahagian belakang, depan dan tengah masak dalam masa yang sama.

15 comments:

Liza said...

slmt thn baru zack, nnt akk nk try la creme diplomat tu, mmg nmpk best, anak2 akk mst suka ni....thnx ye zack

IbuQ_intan said...

selamat thn baru...nk bakar puff api atas bwh atau bawah saja?

Zack said...

@k.liza: selamat tahun brp (yg dh tak brp baru, hehe..) sama2 kak, gud luck ^_^

@ibuq_intan: selamat thn baru, biasa sy guna api atas-bawah, rak tengah. jrg sgt sy guna api bwh atau api atas sahaja.

miss3? said...

salam kak zack..klu fresh cream blh x campur dgn UHT wcream? thanks k.zack :)

FIEQA said...

kak zack, saya gune oven jenama elba mcm yg kak zack post dlm entry ni... mmg btol kate kak zack, kek yg sye buat akan terbakar atau terlebih msk dibelah luar, tpi dlm still x msk... mcm mane saye nk dptkan kek yg elok???

Zack said...

kalau akak, satu cara je. pusing loyang biar dia bakar rata. hehe.. mmg tak boleh buat apa2, pemanas dia mmg macam tu. jd haba pn tak dpt distribute dgn rata. kalau saiz oven kecil rasanya takde masalah sgt kot, sbb haba senang circulate. cuma oven besar la akak rasa mgkn ada masalah sikit.

Unknown said...

best la resipi ni..klu xde fresh cream blh ke guna whipped cream..hehe

http://vitaminhalal.com/

Me Myself & I said...

berapa lama cream ni boleh tahan..? tq

Zack said...

boleh guna whipped cream yg uht anchor tu tp tak tahan lama kt suhu bilik.

aida, sy pun kurang pasti. tp biasa yg guna telur masak ni tahan max 5. simpan dlm bekas bertutup dlm peti sejuk.

Kayu Manis said...

Terbaik...tq zack...

atyesha said...

Boleh x xnk guna telur dalam filling tu?

Unknown said...

Kalau nak bakar cream puffs perlu tak ON kipas oven? Atau perlu dibakar tanpa kipas lebih elok?

Zack said...

atyesha: boleh cari resepi yg tak guna telur. dlm resepi ni telur sebagai stabilizer dan pemekat. kdg sy adjust2 tak guna telur tp ganti dgn tepung jagung. lbh kurang 1sb tepung jagung untuk setiap 1 biji kuning telur. tp hati2 jgn tambah banyak sgt takut custard terlalu kental.

Zack said...

unknown: bergantung pd oven, biasa kipas oven untuk biskut sebab nk keringkan biskut. kalau kek pakai kipas keknya lebih kering. cuma kdg udara tak circulate dgn elok jd sy on kipas untuk oven saya ni.

Aliff Danish said...

Puff bole tahan berapa hari dlm peti sjuk ye sis? Klau inti nya shaja , berapa lama bole tahan kalau simpan dlm peti sejuk? Tq.