Thursday, February 28, 2013

Terima Kasih Buat Suamiku

Mungkin ramai yang sangka, saya memang dilahirkan dengan bakat semulajadi untuk membuat kek dan berniaga.

Sebenarnya tidak sama sekali.

Terus terang saya katakan, sebelum saya berkahwin, knowledge saya tentang kek dan bisnes memang zero. Nil. Kosong. Saya tak tahu langsung tentang perniagaan, tak tahu langsung tentang kek. Dan tak tahu langsung saya sebenarnya ada kebolehan dalam menghias kek (walaupun tak seberapa mana pun sebenarnya :P)

Masa awal-awal kahwin dulu, saya sangka saya akan 'berkerja' seperti suami saya di Kolej Komuniti Tawau. Menjadi pensyarah kolej. Bergaji tetap. Typical pegawai kerajaan. Buat kerja-kerja ofis sikit, mengajar budak-budak elektrik. (Kalau sekarang anda tanya saya tentang elektrik dan wiring, konfem saya akan fail. Hehehe..) Setelah melahirkan Taufiq dan setelah beberapa tahun berlalu, saya sedar haluan mengajar subjek elektrik bukanlah jalan yang telah ditetapkan untuk saya. Allah telah merancang sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung dalam kepala saya. Iaitu berniaga membuat kek.

Kalau ikutkan sebenarnya saya takde niat langsung nak berniaga. Ye la, kek pun buat asik tak jadi je masa time belajar dulu. Pula tu subjek Prinsip Akaun pun saya tak faham (dulu amik sains dengan subjek PA sekali kat sekolah). Apa lagi bab berbisnes ni. Ikutkan dulu kira modal bahan pun saya fail, hehehe.. Tapi alhamdulillah, berkat dari kehidupan yang serba serbi mencabar di bumi Tawau ini, ditambah dengan didikan serta bimbingan suami, saya mula berani mengambil tindakan menjual kek dengan kawan-kawan terdekat.

Teringat lagi kek yang pertama saya jual adalah coklat moist. Keknya berat 1kg, bahan-bahan yang saya gunakan dahulu bahan branded seperti Tudor Gold dan Vochelle. Kalau ikut kira-kira sekarang, guna bahan-bahan sama, harga jualan RM40/kg guna bahan branded memang hanya balik modal saja dan untungnya beberapa ringgit je. Tapi maklumlah, baru nak berbisnes. Lagipun zaman dulu kurang/takde saingan. Kawan-kolej memang selalu order dengan saya, lagipun keknya saya jual agak murah dalam RM30 je. Hehe.. Masa awal dulu suami dah ajar cara kira kos bahan dan untung rugi. Kalau ikut harga bahan pada zaman tu memang masih boleh dimaafkan lagi. Cuma sebab sifat terlalu kesian yang ada dalam diri saya, saya telah letakkan kira-kira yang paling minimum untuk semua bahan kek saya. Contohnya, 1kg gula masa tu baru RM1.60/kg. Jadi dalam kira-kira saya anggap RM1.60/kg relevan untuk 3, 4 tahun akan datang. Tetapi selang setahun harga gula pula naik mencecah RM2/kg. Termasuklah harga bahan-bahan lain seperti tepung gandum, serbuk koko dan susu pekat manis. Walaupun tiap barang kenaikannya cuma 40sen (ada yang sampai naik RM5 dalam masa tak sampai setahun), disebabkan semua bahan tersebut naik serentak maka untung/rugi saya pun affected. Bayangkan kalau guna 10 jenis bahan, semua naik 40sen hingga  RM5. Jadi mesti kita akan terasa sikit kan? Pula tu saya memang ambil untung cukup-cukup makan saje, bila selang 1, 2 tahun margin keuntungan pun makin kurang dan kos modal makin naik. Hehehe.. Tula siapa suruh baik sangat :P

Disebabkan margin untung saya makin kurang, saya mula risau. Dan suami saya mengajar saya membuat ramalan harga bahan-bahan pada masa akan datang. Kos bahan mentah tetap akan naik, sukar untuk ia turun. Suamiku mengajar membuat ramalan, harga maksimum bahan itu akan naik dalam masa 2, 3 tahun akan datang. Dan dia suruh saya membuat survey harga pasaran yang paling tinggi di tempat tinggal kami. Contohnya, jika biasanya saya beli telur harga RM0.42 sebiji untuk telur gred A di pasar, ada tak kemungkinan saya terpaksa membeli di kedai lain yang harganya RM0.50 sebiji? Sebenarnya memang itu pun berlaku, jika saya terpaksa beli secara emergency di kedai belakang. Jadi untuk kiraan saya mula mengambil kira faktor-faktor begitu, kenaikan harga bahan dalam masa 1, 2 tahun dan kes emergency jika saya terpaksa membeli di tempat lain yang harganya jauh lebih mahal.

Sebenarnya banyak saya belajar dari suami saya. Mak mertua saya biasa buat kek. Jadi suami saya biasa melihat dan menolong maknya membuat kek. Suami saya pula memang rajin menolong maknya di dapur, maklumlah anak sulung dari 10 orang adik beradik. Sejak kecil lagi suamiku telah didik untuk menjual kuih muih di depan rumah dan di tepi jalanan. Bukan itu saja, dia memang biasa menolong maknya memasak di dapur, sebenarnya kalau bab makanan dia la pengkritik paling hebat. Andaikata makanan yang saya masak kurang masin, dia akan berterus terang dengan saya. Dari situ saya cuba baiki mana-mana kelemahan dalam masakan saya. Sekiranya dia rasa kombinasi perisa kek saya kurang memuaskan, dia akan bagitahu. Awal-awal dulu memang saya rasa kecil hati, tak sedap ke saya masak.. Tetapi sebab kritikan dan cadangan pembaikan dari dia yang membuatkan saya lebih keyakinan untuk memperbaiki produk-produk saya, tak kiralah masakan biasa ataupun kek. Pada saya kritikan itu perlu, kalau kita ingin memperbaiki diri sendiri. Tetapi biarlah dalam kita mengkritik kita juga memberi cadangan-cadangan supaya ia dapat menjadi lebih baik. Dan adab memberi kritikan pun perlu dijaga, dikhuatiri orangnya akan terlebih sensitif. Contohnya, jika ingin menegur biarlah tegur dalam keadaan tiada orang lain. Ataupun komen di ruang PM di facebook. Jaga air muka orang, janganlah bagi orang melihat kita menegur dia depan orang ramai (kecuali dia jenis orang yang mudah ditegur dan tak mudah ambil hati). Jika cara itu pun dia masih tak dapat terima, ada kemungkinan dia bersifat egoist dan memang langsung tak boleh ditegur. Hihihi..

Berbalik kepada berniaga kek, suami saya turut ajar bagaimana kita mengolah sesuatu resepi andaikata ada bahan dalam tersebut tiada dalam stok. Contohnya, kalau biasa kita masak guna kuah Yong Tau Fu guna gelaka melaka tetapi stok gula melaka tiada, suami saya mengajar menggunakan bahan yang seakan dengannya, misalnya gula perang. Dari segi warna ia tak terlalu beza, dan dari segi manis pun tak terlalu jauh. Biarpun tiada gula melaka kita masih dapat memasak menggunakan gula perang, walaupun dari segi rasa ia mungkin sedikit berlainan, tetapi kuah Yong Tau Fu tetap dapat dimasak. Cara ini juga telah saya apply ke dalam kek. Sekiranya resepi mengatakan guna lemon jus untuk cheesecake, saya akan guna bahan yang terdekat iaitu jus limau kasturi. Pokok pun ada di depan rumah, kos pun jimat. Tetapi harus kita ingat, apabila kita cuba mengolah resepi bahan-bahan ini, ilmu dan sedikit pengetahuan perlu ada. Dalam bab cheesecake di atas, saya menggantikan lemon jus dengan jus limau kasturi sebab saya hanya mahukan rasa masamnya. TETAPI sekiranya kek tersebut memang resepi Lemon Cheesecake, kita gantikan dengan jus limau kasturi, sudah tentu resepinya akan berubah kepada Limau Kasturi Cheesecake. Jadi dalam mengolah sesuatu resepi, kita harus sertakan dengan sedikit ilmu, pengetahuan serta logik akal. Janganlah kita ikut resepi bulat-bulat dan terus 'stuck' bila ada bahan yang tiada dalam stok, tetapi janganlah juga kita sesuka hati mengubah resepi tanpa mengetahui apa sebenarnya yang kita buat. Itulah pesan dari suami saya, dan selama ini saya pegang dalam tiap masakan dan hidupan harian saya. Alhamdulillah.. Syukur padamu ya Allah kerana memberiku pasangan hidup yang paling hebat di mataku...

Buat suamiku, terima kasih kerana mendidik ku menjadi begini. Fikiranku lebih luas, tidak terkongkong pada satu teknik, bahan atau kaedah sahaja. Terima kasih kerana mengajar ku tentang bisnes dan ramalan, dan terima kasih kerana masih bersamaku dalam susah dan senang. Terima kasih kerana mendidik dan membimbingku sehingga aku dapat mengendalikan kelas kek sendiri dengan yakin, walaupun hakikatnya aku tak pernah pergi mana-mana kelas kek sebelum ini.

Terima kasih buat suamiku Muhammad Rahmat, semoga kita saling kuat menempuhi segala cabaran di dunia ini. Amin..



Banyak korban, banyak faham;
Kurang korban, kurang faham;
Tidak korban, SALAH faham.



Salah faham kerana disangkanya faham rupa-rupanya sebaliknya.
Lebih baik tak faham daripada salah faham, kerana sedar akan ketidakfahamannya.
Bermujahadahlah dalam menuntut ilmu, insyaa Allah pemahaman kita akan lebih kuat dan berkat.

5 comments:

Unknown said...

Betul tu, kita sbg isteri kena bnyk belajar dari suami. Kdg setengah suami dia taktahu mslh isteri jika kita tidak bertanya dan mengadu pdnya.
Tapi syg, ada juga setengah suami yg lepas tgn. Tak ambil tahu apa isterinya lakukan atau usahakan utk rumahtangga mereka.

LiNa_Pg said...

salam zach..bertuah mempunya suami yang banyak membantu..
saya sangat bersetuju tu,saya juga merupakan home baker secara kecil2an.Kita kdg2 terlalu 'lurus' membuat kos...bila harga sesuatu barang naik mendadak contoh time raya n CNY margin keuntungan akan menurun..begitu juga dengan belian di kedai runcit setin susu cair pun dah beza dalam 50-70sen..bila dikira semua keuntungan dah merosot hingga ke rm5 huhu

Akak suka baca blog zach..macam2 teknik yang dkongskian...terima kasih banyak2...dan terima kasih juga sudi follow blog akak :)

Eey said...

Salam Zach,

Moga entry akan dtg Zach dapat menhuraikan lg tentang cara kira kos bahan dan untung rugi. Saya juga menghadapi masalah dlm menentukan harga. Mungkin kerana sifat terlalu kesian @ tak sampai hati utk meletakkan harga juga ada pada diri saya.

Makasih.
:)

Kayu Manis said...

knor tu pun urus kewangan dan bajet untung rugi suami yg ajar...kalau nor main hentam aje..

buat kira2 tulis dlm buku pun suami yg ajar..beli barang...kak le..

Zack said...

@zana: hehe, ya mmg ada yg macam tu.. tak brp peka dgn kesusahan isteri.. apapun mudah2an kita semua mendapat suami yg prihatin dgn isterinya ;)

@lina: betul tu, time dekat nk raya la paling terasa. mmg kadang keuntungan boleh turun sbnyk rm5 ke atas. kalau yg mana berniaga besar2an beli awal2 dan beli borong, tp biasa kalau buat jualan kecil2an kita beli sikit2 yg lg terasa.

@eey: w'salam, insyaa Allah ada kelapangan sy nyatakan dlm blog.

@kak nor: hehe, samalah kita ikutkan. dulu buat kira2 dlm buku, lama2 baru guna pc. hehe..