Friday, May 15, 2015

3rd Pregnancy: Nasihat Buat Teman

3rd pregnancy: 4 years after uterine rupture
-------------------------------------------------------------

terus terang sy ckp, sebenarnya walaupun dh hampir 4 tahun berlalu tp kdg2 ada masanya sy rasa kejadian tu baru je berlaku semalam. jujur sy cakap, nk terima kenyataan anak kita pergi sebelum ibubapanya bukan perkara mudah, tp bukanlah bermakna mustahil.. cuma mungkin makan masa yg lama, berbulan, bertahun, berpuluh tahun.. kadang2 dlm kesepian mesti teringat kembali kenangan bersama arwah.. ada waktunya tanpa kita sedar air mata akan mengalir.. bila perasaan terlalu hiba, sayu, sedih, masa tu bermacam2 kita fikir.." kalaulah aku ni...", "kalaulah aku tahu..", "mesti benda tu tak jadi.." dlm kita kesedihan, perasaan tengah kosong...bisikan2 syaitan yg buat kita rasa tewas nk teruskan hidup.. hanya doa, berserah diri, percaya sepenuhnya kepada qada' dan qadar Allah yg Dia Tahu segalanya, hanya tu sahaja yg dapat selamatkan kita dr hilang kewarasan akal fikiran..
kalau diikutkan hati sebagai ibu, mmg kita akan rasa susah nk terima kehilangan orang tersayang.. lebih2 lagi yang lahir dr rahim kita, yg kita besarkan bertahun2.. kenangan bersama arwah akan sentiasa menghantui kita.. cuma jangan jadikan kenangan2 lama bersama arwah suatu perkara yg menyedihkan.. tenung, renung, ingat kembali kenangan lama dengan hati yg bersyukur.. sekurang2nya Dia telah pinjamkn seseorang yg istimewa dlm hidup kita walaupun sekejap.. anggaplah kenangan lama suatu kenangan yg manis, suatu yg tidak dpt kita lupakan.. elakkn mengingat kembali kenangan bersama arwah dengan perasaan sedih, kesal, hiba..
dulu sepanjang sy mengandungkan fatihah sy suka sangat membaking. tiap hari mesti sy eksperimen idea, resepi baru. tiap kali sy buat eksperimen sy akan update ke dlm blog sy. masa tu mmg tak terlintas langsung dlm fikiran kematian akan menjemput kami salah seorang. langsung tak ingat tentang mati. sy menghabiskan masa2 sy menghiburkan diri di dapur. buat eksperimen, bg jiran2 makan, kongsi tip dekat blog.. tahun tu (2011) mmg tahun yg paling sy rajin, kalau ingat balik mmg rasa pelik. rupanya Allah nk bg sy peluang "bersama2" dengan fatihah membuat benda2 yg hepi. mungkin supaya sy tak rasa terkilan sgt bila sy kehilangan dia masa baby nnt..
pd mulanya masa sy dapat tahu ank sy dh meninggal, sy rasa buntu. mcm seakan2 bukan ank sy tp ank orang lain yg meninggal. lambat laun, bila sy tengok perubahan diri sy seperti orang yg baru kelahiran anak tetapi tiada tangisan bayi di rumah, baru sy sedar...sy memang kehilangan seorang anak.. hanya Allah saja yg tahu bertapa kosongnya hati sy pada masa tu. berminggu sy bergelut dengan perasaan yg "kosong". dlm masa sama, suami sy cuba menenangkn mak sy yg menjaga sy pada masa tu. sy, suami dan mak betul2 menghadap maut di depan mata sendiri. ayah sy, adik2 sy masa tu semua masih di semnanjung. jd kami bertiga yg paling terkesan dengan kematian fatihah.. anak yg disangka sihat, besar, cantik, yg diharapkn panjang umur dan murah rezekinya....rupanya diambil dalm sekelip mata.. takdir Allah menentukan segalanya..
suami sy walaupun sedih sgt pd masa tu, dgn menghadap kesedihan mertuanya dan anaknya yg masih kecil, tabah.. berhari2, berminggu2 dia bagi semangat kt saya..walaupun dia sendiri hampir hilang separuh dr jiwanya.. ini merupakan kali ke-2 dia menghadap kematian depan mata.. pertama, masa adiknya meninggal dlm dakapannya sendiri ketika dia masih sekolah rendah.. kedua, anaknya sendiri.. mudah2an dijauhkn dia dari menghadap kematian yg ketiga dpn matanya sendiri.. suami sy tiap hari pesan, berzikirlah pd Allah.. hati yg kosong kita isikan dengan ingatan kepada Allah.. hati yg kosong kalau tak diisikan dgn ingatan kpd yg Maha Mencipta, takut akan diisi dengan bisikan syaitan yg membinasakan.. tiap hari sy zikir, dengarkan selawat syifa'.. salah satu kelebihan selawat syifa', ia menyembuhkan penyakit..termasuklah penyakit hati..
satu lg sy amalkn smpai sekarang, bacaan surah Insyirah. setiap kali sy mengaji surah Insyirah, mesti sy akan menangis.. sbb maksud ayatnya sangat mendalam..
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (ayat 5 & 6, surah Insyirah)
percayalah, setiap kesukaran yg kita hadapi ada kemudahan. Allah takkan biarkan hambaNya terumbang ambing seorang diri.. semasa sy dpt perkhabaran berita dr doktor mungkin sy tak dapat mengandung lagi, atau lbh teruk, mengandung anak seterusnya tiada jaminan sy dan anak akan selamat, sy hampir pasrah. tahun berganti tahun, orang ramai yg tak kenal sy asik bertanya, bila taufiq ada adik lg? sy hanya mampu senyum, geleng kepala. kalau sy ada mood sy akan cerita, anak perempuan sy dh meninggal, mmg dh ada adik. cuma takde rezeki nk besarkan dia. bila sy mula mengandungkan anak ke-3, sy rasa terkejut, buntu.. sbb sy tak letak harapan dpt mengandung lg. tapi ini yg Allah tetapkan, jarak umur anak sulung dgn bongsu jauh. apapun yg berlaku, sy terima dgn redha, dengan lapang hati. sy rasa sy dpt mengandung lg pn sudah satu nikmat yg besar sgt bg sy..
kesedihan yg sy alami bertahun2 ni membuatkn sy sedar.. biarpun sy kehilangan seorang, sy masih ada anak yg lain. kadang2 masa awal dulu sy terlupa, dlm sedih2 sy, sedih lg anak sy yg masih hidup..sedih lg suami sy..kalau sy layan perasaan yg terlampau.. sy masih ada lg yg memerlukn. kita kehilangan satu, tp jangan sampai lupa apa yg kita masih ada.. sekarang ni alhamdulillah, sy dapat terima dengan lapang sy telah kematian seorang anak. walaupun masa sy bersama dia hanya sementara, sy tetap mengaku sy masih ada 3 orang anak..biarpun dia telah pergi mendahului sy.. yg pergi biarkan pergi, jgn ditangisi lg.. andaikata kita terlalu sedih, ingatlah..kita masih ada lg yg memerlukn kita.. kalau kita sedih..menangis..berlarutan smpai merisaukan keluarga..takut nnt anak kita di "sana" akan menangis melihat kesedihan kita.. yg hanya mampu kita buat berdoa, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. semoga anak kita tak sedih melihat kita sedih di dunia ini.. rindu, sayang, sesekali mengeluarkn air mata mengingatkannya tiada masalah.. lumrah kita sebagai manusia mengingat pd yg kita rindu.. tp janganlah biarkn perasaan terlampau sedih membuatkn kita lupa pada yg masih hidup..
semoga (buat mereka yang telah kehilangan) tabah mengharungi hidup.. support keluarga terutama suami penting. penerimaan pada kenyataan yg anak kita telah pergi pn sangat penting.. selagi kita tidak dapat terima inilah qada' dan qadar kita, ujian buat kita..pemulihan hati akan menjadi lebih lambat.. kalau perlu, berubatlah dengan ustaz/ustazah.. rawatan batin perlu, seandainya kita tak mampu nk menghadap sendiri.. mudah2an ayat suci Al-Quran dan nasihat dr org yg lain yg senasib dpt membuatkan kita rasa..kita bukanlah keseorangan..masih ada yg sudi membantu..
pemulihan bukanlah mustahil..cuma mungkin mengambil masa.. mungkin, ketika kita rasa kesunyian..bisikan2 akan menghasut fikiran kita.. tapi ingatlah, ajal maut Allah telah tetapkan sejak Luh Mahfuz lagi.

hadith riwayat Abdullah bin Mas'ud (ra) berkata,mafhumnya: Rasullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama 40 hari (sebagai nutfah). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula. Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnnya dan diperintahkan untuk menulis 4 perkara iaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia." (sohih Bukhari)

7 comments:

mummycda said...

salam puan...tahniah atas kandungan puan.memang benar amat payah utk lupakan kisah silam kita...sy pun kehilangan anak sulung lelaki 5 tahun lepas.sampai ke saat ni pun sy masih terkenangnya..sy pun tak pasti sampai bila perasaan ni mungkin sampai akhir hayat..sy doakan puan dan baby sentiasa sihat.

Nin said...

Salam.
Everything happened for a reason which only the Supreme Being knows. I came very close to losing my child too in 2011. Allah menguji sbb Dia sayang kita, take comfort in that.

Congrats on your pregnancy.

Zack said...

Wassalam,
alhamdulillah, sy baik2 saja :) insyaa Allah, terima kasih atas doanya :)

mayangbakingmadness said...

ya allah menitis akak baca ni zack... semoga allah lindungi awak yer .... akak mmg sgt sensitif bab anak2 ni dan alhamdullilah allah bagi akak ramai anak (5 org) itupun kalau balik kg ada aje mulut org mengata, kerap sangat mengandung le, anak dah ramai le lelaki ada pompuan ada .. cukup le tu, ada gak sedara2 mengata, ehh ko tak ikat ke, tak amik pil ke, tak cucuk ke? sudah2 le beranak, cukup le tu ... adeh kekadang akak sedih juga tau... kalau tak de anak sibuk bertanya ni dah ramai anak pun sibuk juga.... kekadang kalau mengandung lgi kita jadi malu.. malu pada tanggapan orang... tapi akak just think positif aje.... buat apa nak malu kat org, allah ada.. ni rezeki dari allah... lagi pun bukannya anak tak sah taraf.. halal ape... ok le zack panjang plak celotehnya... ALL THE BEST YER..

wani said...

Salam Puan Zack,

Saya dah 4 kali csear,..anak ke 4 meninggal juga..dah 4 bulan pun..kadang2 mcm Pn Zack kata..melayan perasaan keterlaluan sampai lupa nikmat Allah yg kita masih ada anak yang lain.. bersabarlah Pn..semoga kita dan keluarga kita dapat berhimpun disyurga Allah bersama2 anak syurga kita..saya doakan Pn. tabah..kisah rahim pecah ni ada jiran saya pun mengalaminya..rahim dia terpaksa dibuang ketika dia baru berusia 31 thn (kalau tak salah saya), tp syukur bayi dia selamat..cuma dia redha tak bole mengandung lg..tp kakak tu mmg tabah..dan dia bercerita pd kami dlm keadaan dia sungguh redha dan bersyukur atas nikmat ada anak2 yang lain..

Anonymous said...

Assalamualaikum pn. Zack.. sy nana, sy baru je mengalami pengalaman yg serupa dgn puan. Rahim terkoyak dan anak meninggal. Boleh tak sy hubungi puan utk minta nasihat pnjagaan dalaman, next pregnancy dll.boleh sy dptkan nama fb puan. Terima kasih

Susan said...

Its an unbelievable delight examining your post.Its overflowing with information I am looking for and I need to post a comment that "The substance of your post is radiant" Great work. Find out today's Celebrity birthdays and discover who shares your birthday. We make it simple and entertaining to learn about celebrities.