Monday, August 17, 2009

Resepi Lasagna- Permintaan Kak Su

4

Menunaikan permintaan Kak Su yang dah lama nakkan resepi lasagna. Huhu... Sori Kak Su, bz sket kat dapur mengetest resepi-resepi baru. Huahaha...

Resepi Lagsana
Sumber : Cik Mat Gebu
http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/04/lasagna-or-lasagne-which-one-ekk.html)

Resepi asal dari joayee@myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/741)

(ku buat separuh resepi)

Lasagna simple

Bahan Utama:
Kepingan lagsana secukupnya
White sauce (resepi dibawah)
Inti daging (resepi dibawah)
Parutan keju mozarella secukupnya
Parutan keju cheddar secukupnya

Bahan Inti:
450g daging kisar (ku guna daging burger je, 2-3 keping gitu)
2 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* (ditumbuk halus) (ku tak letak)
1sb cili kisar (ku tak letak)
2 helai bay leaf (ku tak letak)
1 st serbuk lada hitam (ku tak letak)
1 tin tomato "plum" diramas (ku guna buah tomato je)
1sb rempah kari daging (ku tak letak sebab guna daging burger)
2sb tomato puri
1 tin cendawan butang, tos, cuci, dan hiris nipis
garam dan gula secukup rasa
karot, brokoli, didadu (ku letak sendiri, untuk anakku makan)
2sb sos tomato (ku letak sendiri)
2sb sos cili (ku letak sendiri)
secubit oregano (ku letak sendiri)
secubit parsley (ku letak sendiri)

Bahan White Sauce:
600ml susu segar (ku guna air masak + susu tepung)
3sb tepung gandum
1/2 st serbuk lada hitam (ku tak letak)
3sb mentega (ku letak sendiri)
sedikit mozarella cheese (ku letak sendiri)


Cara Membuat Inti Daging:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 tumbuk, tomato puri, tomato sos, sos cili dan cili kisar hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf, dan gaul rata.
  3. Masukkan daging cincang/burger dan masak hingga berubah warna.
  4. Masukkan tomato plum/buah bersama lada hitam. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan karot dan brokoli (kalau letak) dan cendawan butang. Masukkan oregano dan parsely, gaul rata.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tapi masih lembap.
  7. Angkat dan sejukkan.

Cara Membuat White Sauce:

  1. Masukkan mentega dalam periuk kecil dan cairkannya.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau guna whisk hingga keputih-kuningan.
  3. Masukkan susu segar dan kacau sebati.
  4. Masukan secubit garam, gaul hingga bancuhan menjadi pekat. Angkat dan ketepikan.

Cara Penyediaan lasagna:

  1. Panaskan air mendidih, campur 1st minyak masak dan celur kepingan lasagna hingga lembut, angkat dan letak atas dulang disapu sedikit minyak (bagi mengelakkan melekat).
  2. Pada bekas lasagna, oles sedikit mentega dan alas dasarnya dengan kepingan lasagna.
  3. Sudu dan ratakan initi daging, tabur sedikit parutan keju cheddar.
  4. Alaskan lagi dengan kepingan lasagna dan sapukan white sauce.
  5. Lapiskan lagi dengan kepingan lagsana dan ratakan dengan inti daging.
  6. Buat hingga siap dan lapisan akhir diakhiri dengan baki inti daging dan ditabur keju mozarella. (ku selalu akhiri dengan white sauce serta mozarella dan bukannya inti daging sebab nak bagi permukaan nampak keperangan bila masak)
  7. Bakar dalam oven pada suhu 175 degrees celcius, 30-35 min. Boleh dihidang panas atau suam.
  8. ***Sebelum tu, kalau nak mudah potong dan tak nak dia berderai sangat, elok biarkan setengah jam or sejam bagi sos-sos melekat dengan kepingan lasagnanya. Pastu baru panaskan jap baru potongkan sebab dari pengalaman ku bila baru masak dan potong memang tak cantik potongan bentuk badannya. Huhu.. Bila hidangan kedua baru cantik sket dan tak berderai segala isi lasagna.

Note: Kalau malas nak lapis-lapis ni boleh gak rebus makaroni sampai lembut, pastu gaulkan dengan sos daging dan letak dalam bekas. Pastu tuang je white sauce kat atas makaroni dan taburkan mozarella cheese. Bakar pun tak lama sebab makaroni dah masak, dalam 5-10 min hingga atas keperangan. Ni stail simple, called Makaroni Lasagna tak silap. Ada gak resepi try resepi macaroni lasagna di sini.

Makaroni lasagna ku

4 comments:

mizzyN said...

hi, tgh blogwalking.

Zack Zachoes said...

hello, welkem..

openid said...

Aduh terliur dah ni. :) Nampak creamy dan sangat menyelerakan.

Zack Zachoes said...

Openid, memang sangat creamy sebab bubuh banyak mozarella cheese masa ni :)