Saturday, August 1, 2009

Resepi Donut - My Comment? Besttt!

Hmmm.. Dah berapa hari berturut-turut buat donut. Sebabnya? Topik sukee makan. Janji Topik makan, mak tak kisah berkerja keras ;) sebab dia memang memilih gak nak makan :P

Malam tadi buat donut tapi reserve untuk makan pagi tadi. Goreng sikit bagi deactivate-kan yeast dia (jangan bagi keperangan, sekadar luar putih-perang) pastu sejukkan jap baru disimpan dalam freezer. Pagi tadi keluarkan jap pastu goreng. Sonang sangat, hehehe... Next time keinginan nak makan (atau ada tetamu datang, hehe) tinggal goreng je. Yang bestnya walaupun camtu donut tetap fresh dan gebu. Pulak tu dapat makan hot and fresh from the kuali :p

Takleh nak tulis panjang-panjang, Topik jap lagi panggil la ni (nak susu la apa lagi) jadi terus ke resepinya. Resepi dari Yani@myresepi.com. Asal bentuk pintal tapi terap bulat-bulat bagi senang Topik pegang. Thanks Yani, memang tak sentuh lagi dah resepi donut lain. Kekeke...




Bread-like texture inside- Crunchy on the outside, soft in the inside.
Resepi Donut (dalam 8-10 biji)

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
  3. Masukkan pula butter. Kacau sehingga sekata.Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  4. Uli sehingga tak melekat ditangan
  5. Buatkan bentuk bulat.
  6. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  7. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  8. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  9. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  10. Uli biar jadi bentuk panjang
  11. Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
  12. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  13. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

N/B: Nak yang bergambar boleh dirujuk di sini.

No comments: