Wednesday, July 27, 2011

Resepi Cendawan dan Brokoli Goreng Sos Tiram

1

ENTRY AUTO-UPDATE: Tuan empunya blog Aku.Zack@zachoes.blogspot.com sedang cuti bersalin/rehat untuk beberapa minggu/bulan/tak pasti(?). Hehe..

Lauk yang simple dan mudah nak masak dikala mood-tak-tahu-nak-masak-apa melanda. Hehe.. Apapun, layan~


Resepi Cendawan dan Brokoli Goreng Sos Tiram

Cendawan dan brokoli goreng sos tiram


Bahan:
(4 org)

200 gm cendawan butang (guna yg dlm tin pun blh jugak)
200 gm brokoli - ku guna satu pokok brokoli
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1-3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, dihiris - ku guna 4 ulas bawang putih, diparut@ditumbuk halus
Minyak utk menumis
Sedikit air - jika ingin berkuah
Garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali & tumis hirisan bawang besar (atau bawang putih) sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis & sos tiram. Kacau rata.
3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah. Masukkan garam secukup rasa (ku letak paling akhir).
4. Setelah menggelegak sedikit, masukkan cendawan diikuti brokoli. Kaup balikkan. Jangan terlalu lama hingga brokoli menjadi layu.
5. Sedia utk dihidang. Sedap dimakan ketika masih panas.

1 comments:

cinnamon.com said...

bagus sgt mkn lepas bersalin,nak tya boy ke girl? msti cutekan..semangat memasak,tetap ada,bagus sgt...tabik spring..