Wednesday, July 20, 2011

Resepi Chocolate Cheese Tart dengan Chocolate Pastry

7

ENTRY AUTO-UPDATE: Tuan empunya blog Aku.Zack@zachoes.blogspot.com sedang cuti bersalin/rehat untuk beberapa minggu/bulan/tak pasti(?). Hehe..

Aritu ingat nak buat cotton cheesecake tapi tertangguh lagi lak. Huhu.. Takpela, nanti pas pantang baru la buat kot. Saje buat chocolate cheese tart, asik buat blueberry dengan kiwi cheese tart je. Hehe.. Resepi kali ni gabungan dua resepi asing, pastri coklat dari Daily Delicious dan chocolate cheese filling dari kak Citarasawan @ kak Wan. TQ to both of you, anak pun tertipu ingat makan coklat sebenar, siap minta-minta lagi (sebab ikutkan dia memang kurang minat cheese). Hahaha..

Let's skodeng the recipe di bawah~


Resepi Chocolate Cheese Tart dengan Chocolate Pastry
(40 - 45 biji mini tart)

Chocolate cheese tart with chocolate pastry


Resepi Pastri Coklat
Diadaptasi dari Daily Delicious@Deeply Satisfied Chocolate Tart

Bahan:
110g butter, suhu bilik
75g gula kastor - ku guna gula kasar kisar + gula aising sebab habis stok
190g tepung gandum*
20 serbuk koko* diayak bersama
1 biji telur Gred A

Cara:
1. Pukul butter dan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur, kemudia
n campuran tepung gandum dan serbuk koko yang diayak.
2. Gaul guna tangan hingga adunan nampak seperti bread crumbs, kemudian uli perlahan-lahan hingga adunan membentuk seperti bola.
3. Balut dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk paling kurang 1 jam.
4. Tekankan 10g doh ke dalam acuan tart dan buang doh yang berlebihan. (NB: Acuan perlu disapu sedikit butter kerana agak sukar dikeluarkan pastri walaupun sudah didiamkan selama 5-10 minit dalam acuannya).
5. Cucuk dasar acuan pastri dengan garfu untuk mengelakkan pastri terlalu mengembang ketika masak.
6. Simpan dalam peti sejuk untuk 10 min. Sementara itu panaskan oven pada suhu 160C.
7. Bakar pastri yang disejukkan tadi selama 15-20 minit atau hingga kelihatan masak.
8. Sejukkan atas redai dahulu, kemudian isi dengan adunan chocolate cheese filling (kalau isi masa pastri masih panas, cheese melimpah ke tepi nanti).
9. Pipekan adunan chocolate cheese filling dan bakar lagi 160C, 10-15 minit atau hingga cheese kelihatan sedikit kering tetapi jangan sampai merekah.
9. Sejukkan dahulu di atas redai sebelum tart disimpan di dalam peti sejuk.


TIP:
Pastri coklat jenis ini seperti biskut iaitu rangup. Simpan dalam bekas kedap udara jika tidak mahu membuatnya pada waktu itu juga. Chocolate cheese tart yang sudah masak seeloknya disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkannya jadi lemau.


Resepi Chocolate Cheese Filling
Diadaptasi dan dimodifikasi dari kak Wan@Resipicitarasawan.blogspot.com

Chocolate cheese tart dengan pastri coklat yang rangup


Bahan:
125g cream cheese, suhu bilik
1st + 1/2st chocolate emulco - ku tak letak
30g gula aising
30g butter, suhu bilik
1/2 biji telur Gred A @ 1 biji telur Gred C/D

Ganache:
25ml @ 25g UHT whipping cream - ku guna 25g fresh cream**
40g coklat masakan, dicairkan - ku guna dark chocolate jenama Selbourne**


** Cairkan whipping cream@fresh cream bersama coklat masakan secara double-boiler atau guna microwave. Masa first time buat, bila coklat masakan dicairkan tanpa letak whipping cream@fresh cream, adunan jadi berketul-ketul sebab coklatnya cepat mengeras. Kalau cairkan coklat masakan bersama whipping cream, kita jadikan ia sebagai ganache dan adunan tak mudah berketul-ketul.

Cara:
1. Pukul cream cheese, gula aising dan butter hingga sebati (ku guna whisk telur je).
2. Masukkan chocolate emulco, ganache dan telur. Pukul sebati hingga tak berketul-ketul (ku guna spatula untuk lenyek-lenyek adunan pada dinding mangkuk adunan).
3. Tuangkan adunan ke dalam piping beg. Sedia untuk digunakan (lebih mudah siapkan filling dulu sebelum pastrinya).


Chocolate cheese tart yang telah dibedah siasat, nampak dan rasa lembab basah

Batch pertama terlalu kering sebab guna suhu 180C dan tak simpan dalam peti sejuk, cuma letak pada suhu bilik semalaman


An array of chocolate cheese tarts

7 comments:

Rabiatun Adawyah said...

hi, nice tart..teruja ler, mesti sedap dgn choc. tak pernah rasa lagi ni.. Minta izin kopipes resipinya yer. terima kasih ^__^

norihan bakery said...

SUKA TART NENAS.NAK CUBA LA BUAT COKLAT PULAK..

Zack Zachoes said...

kak rabiatun: boleh2, amik je..takde masalah :)

norihan bakery: rasa mcm makan coklat je, huhu.. ank cungkil2 nk mkn cheese (yg disangka coklat) lagi2 masa sejuk, lagi terasa kecoklatannya.

zamrudkalam said...

salam, kak. saya dah try wat tart ni. mmg jadi :) mintak halal ye resepi. sy nk ty, klu simpan dlm peti sejuk, brp lame ek tart tu leh thn? n lps kite gune whipping cream tu, mmg kne simpan dlm freezer ye? sbb aritu letak kt peti sejuk sblh bwh je, bile nk buat lg skali mcm dh rosak je :(

Zack Zachoes said...

w'salam..

boleh, nk amik resepi no problem~ hehe.. choc cheese tart tak pasti brp lama boleh tahan, plg lama sy simpan 3 hari je (sbb hbs mkn dlm 3 hari, hehe).. mgkn boleh lebih, 5 days max kalau ditutup rapat dlm bekas (cuma pastikan jgn bg ia perspiring/berpeluh).

aah, whipping cream@dairy whipping cream mmg tak tahan lama sbb dia hasil tenusu dan mudah basi. simpan bhgn bwh peti sejuk. kalau tak selalu guna elok beli yg jenis kotak kecil, rasanya 250ml kalau tak silap.

alternatif lain, kalau utk pastri, tart, kek atau dessert/masakan yg manis2 (kecuali sup masakan barat cthnya) sy biasa ganti dgn non-dairy whipping cream@fresh cream je. sbb harga lg murah, simpan pn lbh lama (berbulan2 di freezer setelah dikocok kaku) dan boleh guna utk pelbagai resepi selain boleh digunakn utk hiasan kek2. cuma kena kurangkn gula dlm resepi dan hasilnya mmg krg lemak sikitlah but still tasty, insyaAllah.

more info ada kt link sini:
http://zachoes.blogspot.com/2011/04/fungsi-perihal-krim-putar-atau-whipping.html

FlowerBihaa said...

baiknya akak share2 ilmu masak-memsk ni. smoga Allah berkati akak & family.

Aku. Zack Zachoes said...

terima kasih dik, aaminn.. :)