Monday, July 11, 2011

Resepi Homemade Glis/Glaze untuk Buah-Buahan

15

Masih berbaring masa menaip resepi ni, gambar pun dah lama edit tapi baru la ni sempat nak susun-susun dalam blog. Tak usah risau mak buyung menunggu hari depan pc sebab kalau duduk pun takut jadi apa-apa nanti, tu yang baring je. Huhu.. Malas nak fikir, jom skodeng home glis/glaze untuk sapu buah-buahan segar ni. Stok apricot gel atau piping jelly memang dah tak pernah ada sekarang, bukan guna sangat pun. Jadi baik buat sendiri je, jimat teramat-amat. Hehe..


Resepi Homemade Glis/Glaze untuk Buah-Buahan
Diadaptasi dan dimodifikasi dari Food.com

Homemade glis/glaze untuk buah-buahan

Bahan:
1/4C gula
1sb tepung jagung
1/2C jus buah-buahan, boleh guna air dari cocktail buah-buahan - ku guna 1 biji limau kasturi campur air biasa hingga cukup 1/2C
1sb corn syrup - ku guna golden syrup

Cara:
1. Masukkan 1/4C air dengan gula dalam periuk kecil. Cairkan gula atas api perlahan.

2. Campur tepung jagung dengan baki jus buah-buahan. Masukkan ke dalam adunan gula dan masak hingga pekat.

3. Masukkan corn syrup/golden syrup dan didihkan sekejap. Tutup api dan ketepikan pada suhu bilik.

4. Boleh digunakan untuk diglis atas buah-buahan segar.

Boleh digunakan untuk sapu buah-buahan segar. Jimat, tak perlu beli apricot gel :P

15 comments:

nonierahman said...

wah..info yg sgt berguna boleh buat untuk fruit tart nanti.tq yer

Zack Zachoes said...

sama2~ hehe..

Ida,Japan said...

mekasih byk2 ye zack...bila2 ida nk cuba...kek kiwi tu cun la, cam nk try ler

Zack Zachoes said...

sama2.. hehe.. makaseh, masih belajar lg ni.. sambil2 bljr kongsi2 dgn geng2 lain :)

Anncoo said...

Hello Zack, Thank you very much for leaving your sweet comment on my site. It's great to know you thru blogging. I just saw the blueberry and chocolate cheesecake you've made, they are perfect especially the blueberry cheesecake. I love how you added the blueberry filling into the cake, beautiful! and this kiwi cake looks good too! (not sure about the jam as the I can't click on the translation)
The good care of yourself before start baking :)

Zack Zachoes said...

Thanks Anncoo for the compliments :D Seriously, your cakes looks absolutely mouthwatering, especially the cheesecakes. Yummy.. The jam isn't exactly a jam, it's a glaze for apricot gel substitution. I can't wait to start baking again and try your other recipes :D

Wanieyra said...

Agak-agak boleh tahan lama tak homemade glis ni kalau simpan dalam peti ais?

Zack Zachoes said...

wanieyra: bbrp hr je rasanya, sbb dia jd pekat bila simpan dlm peti sejuk. mgkn sbb ada tepung jagung kot. dlm gmbr atas sy buat suku dr resepi asal, ckplah nk salut whole fruit (buah2an segar) atas kek 1kg. sy buat 1/8C gula, 1/2sb tepung jagung, 1/4C air masak+1 bj limau kasturi, 1/2 sb golden syrup.

Citarasa Rinduan said...

selamat malam..
wah!!!!
blogger masak2..
apa ayu nak panggil kamu ya?
salam perkenalan

Zack Zachoes said...

citarasa rinduan: salam perkenalan.. :) panggil je zack.. blogger masak2 biasa je, huhuhu..

ninazsyafinaz said...

Hye Zack..salam perkenalan..Good info from you..Thank you for the sharing.:)

Zack Zachoes said...

hi ninazsyafinaz..salam :) no problem, sharing is caring~ ;)

Zack Zachoes said...

hi ninazsyafinaz..salam :) no problem, sharing is caring~ ;)

Re Hajar said...

salam,sy na tanya,kalo buat glaze ni blh prevent buah jadi buruk x??? coz na simpan strwbery smpai sminggu

Zack Zachoes said...

w'salam, glaze ni sama mcm piping gel, boleh elak buah jd buruk. cuma strawberry sy tak tahu brp lama sbb dia jenis berair sikit, paling lama sy simpan 5 hari