Sunday, August 21, 2011

Menu Orang Berpantang

8

Hari ni tukar sikit menu, selalu makan ikan kukus (biasa ikan kerapu la) dengan sup-sup sayur. Kali ni En. Hubby masakkan sup daging makaroni, pantang pun dah nak masuk sebulan jadi leh makan makanan berat sikit. Kalau tak makan makanan bayi jela, hahaha... OKlah kot. Badan pun dah lebih tegap, cuma darah belum lagi kering. Al-maklumlah, banyak benda yang tak boleh buat...breast-feeding pun tak, jadi rahim pun tak cepat kecut... *termenung kejap melayan perasaan*

Gambar-gambar lain tu makanan En. Hubby berbuka puasa. Hehe, semua En. Hubby yang tolong masakkan. Mak dah balik semenanjung, kesian kat adik-adik dah lama sangat berpisah dengan mak. En. Hubby lagi terer masak dari saya, puasa-puasa pun semua makanan cukup rasa. Kalau dia masak kita siap leh ratah-ratah lagi, walaupun orang kata makanan orang berpantang ni makanan orang sihat (dalam erti kata lain: takleh pedas, berempah, terlalu masam, masin, manis dll.) Tapi OKlah, tak terasa macam makanan orang sihat lak. Hehehe..

Resepi dengan cara-cara kena tanya En. Hubby sebab saya tak ke dapur ye :P

Sup daging makaroni tanpa rempah- menu orang berpantang. Daging tu direbus berjam-jam, memang lembut benor

Ikan kerapu kukus- menu wajib tiap hari bersama sup sayur (kadang-kadang tukar ikan lain gak)

Nasi dimasak dengan jus ikan bakar- menu orang berbuka puasa a.k.a. En. Hubby

Ikan bakar dengan butter, garlic, black pepper, sayur-sayuran segar (brokoli, tomato) dsb.- menu orang berbuka puasa yang sihat

8 comments:

KB Emily said...

pandainye suami masak u dalam pantang..untung.doakan korang bahagia.

K.Nor said...

salam zack.. wah untungnyer org berpantang ni ya.. dpt suami yg pandai masak.. zack pantang betul2 ya.. biar cepat sembuh, cepat sihat kembali spt sediakala.. :)

Zack Zachoes said...

KB Emily: bila darurat, semua boleh ;) hehehe.. amin...mudah2an jodoh sampai ke akhir hayat..

Zack Zachoes said...

K.Nor: w'salam.. pg2 sebelum kerja dia dh tlg masakkan kak, tkt tghr tak sempat/tak dpt blk.. caiyok2, mcm dh makin sihat dh ni. tak sbr nk cergas blk ;) hehe..

Citarasa Rinduan said...

Assalamualaikum

salam ziarah zack, oh!!
sedang berpantang rupanya..
nampak gayanya..
ayu kena ikut resepi u hubby utk kesihatan en zalie..

semoga cepat sembuh ya..

PS: ayu boh blog zack dalam bloglist ayu.. minta izin ya..

Zack Zachoes said...

waalaikummussalam..

aah sedang berpantang ni kak Ayu. hehe, boleh je ikut resepi ni..mmg makanan kesihatan yg telah diamalkan berminggu2. huhuhu.. boleh boleh, sy pun ada letak link akak kt bloglist sy.

eencyweency said...

menu berpantang mcm lg best je dr menu bbuke biase..igt lg dlu mase kecik2, mase mak tgh pantang sll sebok nk mkn jgk sbb sdp..haha

Zack Zachoes said...

anak sulung akak ni pun sama, maknya pantang dia pn sama makan gak ;) hehehe..