Friday, December 2, 2011

Resepi Sos Butterscotch

Lama tak tulis entry... Idea berlegar-legar dalam kepala tapi kesihatan kurang menginzinkan buat masa ni. Harap bersabar ye tuan-tuan dan puan-puan, mak-yang-takde-kerja tengah ambil kesempatan untuk merehatkan badan dan minda, badan dah tak sekuat dulu lagi dah T_T Kesiannya..

Hari ni buat butterscotch sauce dan butterscotch chunks. Ada lagi lebih kurang 500g+- gula perang dalam gerobok yang akhir tahun ni akan expired. Aritu beli banyak sangat, sampai 2kg. Buat kek coklat, biskut etc. pun tak habis-habis lagi, last-last fikir buat butterscotch sudahlah...

Memandangkan saya ni seorang yang 'sangat' kreatif (sebenarnya taknak bazirkan stok whipping cream je :p) jadi saya cari resepi yang tak guna thick/heavy whipping cream dan ganti thin cream dengan susu sejat@evaporated milk. Nasib baik la takde rasa yang terlalu ketara (masa awal-awal tu ada la sikit bau susu sejatnya, sebab esen vanila tinggal 1 sudu teh je T_T) tapi lama-lama dibiarkan pada suhu bilik, baunya akan hilang. Bau macam butterscotch biasa jugalah.

Layan~

Resepi Sos Butterscotch
(Modified from taste.au.com)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Sos butterscotch

Butterscotch chunks untuk buat biskut butterscotch- tak boleh nak buat bentuk chips, pejal sangat. More research please!

Bahan:
2/3C thin krim - ku guna susu sejat@evaporated milk
3/4C gula perang, dipadatkan
2sb + 1/2sb butter
2st esen vanila - ku cuma tinggal 1st je

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan bahagian bawah periuk@bottom of the pan tebal untuk elakkan butterscotch hangus).
2. Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
3. Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala (ku renihkan 10 minit untuk pekatkan sos).
4. Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam. Sedia digunakan sebagai sapuan filling kek, atas roti seperti kaya, ice-cream, dan lain-lain.

21 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum zack...
x per zack... bawak2 dulu berehat yer cayang.. ermm.. akak x perna n x reti lg buat semua nie.. lain kali nak cuba gak buat...

Cheq Sue said...

xpelah zack...rehat puas2...sekali keluar n3 meletops you!!! baru sehari dua ni dok pk nak pi cari butterscotch. kalau buat roti mesti sedap kan... :)

Zack said...

Waalaikummussalam kak Diana..
hehe, kena teruskan rehat sampai ke hujung tahun ni atau awal tahun depan. haipp~ kalau larat sekali sekala buat kek kot, takut berkarat pula nnt ;p hehe.. kalau akak ada stok gula perang banyak boleh buat, sy cari bhn2 paling simple je (sampai cream pun nk ditukar pd susu sejat :P) haha..

Cheq Sue, entry sy biasa2 je.. aah rasanya mmg leh buat roti ni. dengan buat biskut sekali, terfikir satu idea nk buat biskut butterscotch tp ntah bila la tu nk buat ;p muehehe..

gula merah said...

wahhh...dh lama nk buat butterscotch ni..tp x tau..nk mencari malas...ha , ni dh jumpa..insyaAllah boleh la cuba nanti..have a good rest Zack..

Zack said...

@Gula Merah: butterscotch ni tak susah sgt, resepi yg ni campak je semua bhn2 dlm mangkuk pastu kacau. hehe.. tq, nk rehat puas2 pastu baru start buat kek blk ;) haippp..

Unknown said...

Hi zack, sorry nak tanye mana nak beli peppermint extract. Mcam susah nak jumpa je, i saw in one of ur post yang u guna peppermint extract. Jus wondering where i could get that. Thanks :)

Zack said...

@Elynnzo: hi, aritu sy beli kt kedai bakeri.. kalau kat Tawau ni seperasan sy ada 2 tempat yg jual, satu kt Home Bakery & Studio, Jln Kubota Square dan A-Mart Bakery, Takada. kalau kat semenanjung kedai mcm Pandan Pusat Bekalan Bakeri, Shah Alam ada jual kot..atau Bake With Yen ke..Yummy Bakery, Bangi ke.. sori luar Tawau tak tahu sgt (sbb dok kat Tawau sekrg)

marshita said...

pandai dan kreatif betul anda, saya suka

marshita said...

asalamualaikum

maaf saya org baru,kerana blog anda membuatkan saya buat blog sendiri. harap dpt tolong saya terutama dalam deco kek, inilah yg paling saya minat

Kayu Manis said...

no 1 kurang jelas la zack..(pastikan bawahnya tebal untuk elak butterscotch hangus).

Zack said...

@Marshita: waalaikummussalam..
insyaAllah, mana yg boleh sy tolong sy cuba :) kalau blog tak susah sgt, cuma kalau deco2 agak susah sikit sbb belajar dlm alam maya ;) hehe..

@Cinnamon: ohh..yg tu maksudnya pastikan periuknya tebal (bottom of the pan is thick). sat na sy edit balik..

marshita said...

ASSALAMUALAIKUM

NAK MINTA BANTUAN LA, CMNA NK LETAK HARGA SEBIJI KEK TU, KALAU2 ADA ORANG NK ORDER LA HE HE HE (MAAF TERPERASAN LAK). UTK SIMPAN KEK , ZAK GUNA CHILLER KE,

Zack said...

@Marshita: waalaikummussalam..

kalau nk letak harga kek, boleh rujuk link ini, dia lengkap dgn kira2 sekali: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=189435

kek sy homemade, sy guna peti sejuk biasa saje. kt rumah ni ada 3 peti sejuk (1 tuan rumah punya, 2 lagi sy punya). sy guna peti sejuk biasa sbb boleh letak barang2 lain (stok, bhn mentah utk masakan harian dsb). belum fikir nk beli chiller sbb skrg sy tgh rehat dan rasanya dah tak kuat lg nk ambil tempahan bnyk2 mcm dulu..

harap dpt membantu ^_^

Kak Lee said...

nk kena cube nie...

Zack said...

@kak Lee: silakan~ ;)

Maria's said...

Salam, Nak ucap tima kaaaaasih sgt2
kak. Zack for sharing this great recipe.. senang sgt nak buat & rasa delicious sgt2. Use this for my butterscotch cake.. Thanks a lot

Zack said...

w'salam,
sedap kan? akak pn suka ^_^ hehe.. alhamdulillah..

migha said...

salam, butterscotch chunks mcm mana pulak ea?ke sos tu akan jd chunks?resipi kat atas tu untuk sos je kan?

Zack said...

w'salam,
chunks tu ketulan. resepi atas ni just sauce, chunks tu kalau tak silap sy letak dlm white choc. nnt dia akan berminyak, lebihan minyak tu sy buang tinggal ketulan2 butterscotch yg keras.

Unknown said...

nak tanya klau ganti susu dgn whip cream blh tak?

Zack said...

norhafizah: boleh, cuma mgkn lg pekat. boleh try guna separuh wc+ separuh air untuk cairkannya.