Wednesday, February 15, 2012

Resepi ANZAC Butterscotch Cookies

9

Resepi ni dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat. Semalam ada kesempatan, walaupun masih batuk dan selesema, tetap menggagahkan diri nak buatnya. Senang je, baki doh yang tak di bakar lagi boleh disimpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari atau beberapa minggu/bulan dalam freezer. Resepi ni tak menggunakan telur, jadi biskutnya agak rangup tapi bagi saya, sedap juga buat biskut guna butterscotch sauce ni (agaknya orang lain ada buat ke? Biasa cari resepi orang guna butterscotch chips je :P)

Resepi ni diolah dari biskut ANZAC (Australian and New Zealand Army Corps). Al-kisahnya zaman tu tengah berperang, isteri-isteri soldiers ni bekalkan biskut ni sebab ia tahan lama dan murah. Apapun, jom layan~

UPDATE 17 FEB 2012: Resepi butterscotch yang digunakan jangan terlalu pekat, sebab bila bakar biskutnya nanti biskut akan lama-lama keras due to caramelization process. Will experiment on a more softer cookie using eggs next time, insyaAllah..


UPDATE 3 APRIL 2012: Versi butterscotch cookies yang rangup menggunakan telur dan baking powder ada di sini. Jenis ni tak keras sangat dan lebih lighter in texture.

Resepi ANZAC Butterscotch Cookies
Modified dari ANZAC biscuits, from The Essential Book of Baking, terbitan Murdoch Books
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

ANZAC Butterscotch Cookies

Bahan:
1/2C tepung gandum
1/2C quaker oats
1/2C nestum
1/3C gula perang (boleh dikurangkan kpd 1/4C)
1/4C white choc chips - sy guna white choc yang dicincang halus
60g butter
1/4C butterscotch sauce - resepi di sini
1/4st soda bikarbonat + 1sb air mendidih


Cara:
1. Campurkan tepung gandum, quaker oats, gula perang, white choc chips, dan nestum dalam satu bekas. Ketepikan.
2. Dalam bekas tahan panas, campurkan butterscotch sauce dan butter dan cairkan secara double boiler atau guna microwave oven.
3. Campurkan soda bikarbonat dalam 1sb air mendidih, dan tuangkan ke dalam adunan butterscotch. Gaul rata. Tuangkan adunan ini ke dalam campuran tepung. Gaul guna sudu/senduk hingga sebati.
4. Bulat-bulatkan adunan sebesar 1sb dan tekan sikit atas tray yang dialas baking paper.
5. Bakar pada suhu 170C, 15-20 minit atau hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang. Biarkan 2-3 minit atas tray sebelum disejukkan sepenuhnya atas redai.


Note:
- Adunan ni saya tambah dalam 1sb lg butterscotch sauce, baru dohnya boleh dibentukkan bulat-bulat.
- Jarakkan antara biskut lebih kurang 1.5inci.
- Resepi asal tak guna nestum dan butterscotch, tapi dessicated coconut dan golden syrup.
- Biskutnya rangup dan tak sesuai untuk orang yang giginya rapuh (tapi bila makan tak hengat dunia ;p)
- Boleh guna butterscotch sauce yang siap dibeli, tapi mungkin kena adjust kemanisan dan tambah/tolak cecair.

9 comments:

CitarasaKu said...

Salam zack,

Nampak sedap je saya suka buat biskut dan simpan dalam balang bila teringat nak makan time malas nak buat kuih muih.

Zack Zachoes said...

w'salam citarasaku,

samalah saya, biskut2 dia tahan lama sikit banding kuih muih, leh buat stok. kt rumah ni pn tukang makan kuihnya 2 org-dewasa-yg-berperut-kiut je :P

Cheq Sue said...

kita dah print resepi ni...tapi kena buat sos b'scotch dulu ye... sekarang cam kemaruk nak makan kukis2 aje..

Zack Zachoes said...

aah sosnya buat dulu, aritu sy buat lama simpan dalam peti sejuk. hehe.. kalau ada butterscotch chips lg senang, tp ntah tak pernah jumpa pula..

Chik Mimi said...

zack nampak menarik cookies ni ,tapi nak kena buat saucenya dulu yg M tu hehehee

Zack Zachoes said...

Chik Mimi, ai faham bab tu ;) samalah disini, tp sbb aritu mmg ada simpan stok, tu yg mengetest ni ;p hehe..

cinnamon.com said...

sedapppppnnya..minum dgn kopi lg sedappkan..

demmam2 pun larat lg ye.

Mat Gebu said...

salam...hmm menarik nih, boleh saya cuba nanti..terima kasih share resipi.. ^__^

Zack Zachoes said...

@cinnamon: demam, batuk2 sebab cuaca tak menentu. hehe.. ni tinggal batuk sikit, demam aritu dh baik..

@Cik mat gebu: w'salam cik mat.. uih macam tak caya lak cik mat jenguk blog sy ni. hehe.. tq sbb sudi singgah ^_^ resepi terdesak tu cik mat, cari2 tak jumpa butterscotch chips kt sini ni :P