Thursday, May 3, 2012

Berjalan-Jalan Di Kota Kinabalu, Sabah

Tajuknya berjalan-jalan di KK, tapi tuan blog nak upload gambar baking tools yang dibeli kat KK :P Sabo jelah.. Gambar-gambar masa kat KK En. Hubby dah upload kat Facebook. Biasa kalau dia dah upload saya memang tak upload dah, hehe.. Tujuan pergi KK nak makan angin, maklumlah dah lebih setahun tak pergi berjalan-jalan. Ada kesempatan pergi cari kedai bakery kat KK, tapi cuma jumpa satu je Bake With Me kat Lintas Plaza. Yang Sincere tersesat masuk taman perumahan T_T Kata orang dia dah pindah tempat lain tapi tak jumpa lak tempat barunya tu. Huhu.. Takde rezeki.. Lain kali ada rezeki nak gi lagi, memang seronok pergi sana. 4 Hari rasa cukup sekejap sebab kitorang naik kereta, dari Tawau ke KK jak makan masa dekat 9 jam.

Apapun layan jela gambar tak seberapa di bawah ni~



Stainless steel cake knife, beli RM8 je. Murahlah kalau ikutkan


Chefmaster, komfen kat Tawau takde jual lagi :P hahaha..

Choc dipping tools, baru RM6 o.0 Terbeliak biji mata ai u know :P

Standard..mesti ada. Lama punya dah tak berapa licin

Cone holder, beli murah 6 pcs baru RM8
Redai kek, baru RM9
Buku cheesecakes

Oops. Tersesat pula kek kereta taufiq :P

Tempahan tak buka lagi, nak rehat lagi sebab sakit-sakit otot masih belum baik. Boleh pula on the way balik ke Tawau Isnin lepas bertembung dengan Basikal Borneo T_T Tak semena-mena kitorang jem dalam road block kat Kundasang 4 jam. Huhuhu.. Bukannya di pekan tapi di atas bukit jadi kesejukkan la kitorang masa tu >.< Hehe, pengalaman..



P/S: Dah macam kedai online jual barang la pula post ni :P

5 comments:

Miss Amateur Cook said...

murahnya!

Nuwairani said...

tak pernah pergi pon bakery di KK! bestnya

ainul.zmrs said...

wahhh di mana tu aa kak? cuti2 ni mcm tringin mau buat kek tp tda bahan.cnfuse mau beli brg di mana. nway,first time singgah sini:)

rahel said...

Salam Zack...
waa diam2 pegi kk ya...Rahel pun suka tengok bhn2 kek di Bake with Me..ada murah sikit harga barang di situ..len kali boleh la kita jalan sama2...hehe..

Zack said...

@Miss Amateur: yeah, murah kan?

@Nurairani: hehe sy pun first time ni ;p

@Nurul: di Bake With Me, alamatnya 28-0, Ground Floor, Lrg Lintas Plaza 3, Lintas Plaza, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

@Rahel: w'salam, yaaa lepas ni pergi mana sy pn xpasti lg. hehe.. boleh bah, sy tak brp kenal sgt jln di kk tu ;p hihi..