Thursday, April 2, 2009

Resepi Pizza & Mushroom Soup (Ala-ala) Pizza Hut Style

Huhu...

Terhengen nak buat apple pie. Tapi tak tahu la bila sebab lom cari resipi apple pie filling. But don't worrit, it's in the process ;)

Anyway, malam tadi buat supper simple jak. Mushroom soup ala-ala Pizza Hut, makan dengan pizza buatan sendiri dan french bread.

Resipi Mushroom Soup (minami@myresipi.com)

1 keping dada ayam
1.5liter air
500ml susu segar (ku guna susu tepung + air je)
1 ketul kiub ayam
1/4C cendawan butang -hiris kecil-kecil
garam
1C tepung gandum + air

Cara:

  1. Potong ayam kecil-kecil (ku malas potong, just nak amik air rebusan ayam je).
  2. Masukkan ayam dan air dalam periuk. Rebus hingga masak.
  3. Keluarkan ayam. Masukkan susu dan kiub ayam. Masak atas api perlahan.
  4. Masukkan mushroom. Masak dalam 5-10 min hingga tukar warna dan tambah pekat.
  5. Masukkan campuran tepung gandum dan kacau hingga pekat.
  6. Tambah garam secukup rasa.
  7. (Tambahan ku) Amik sikit mushroom soup, blend kan hingga halus. Masukkan kembali ke dalam periuk. Ni nak bagi pekatkan lagi kuah biar lagi rasa mushroom dia.
  8. Siap dihidang (ku tambah sedikit daun parsley kering).


Pizza tu uat sedang-sedang, dapat banyak dalam 4, 5 keping. (Sila abaikan kekurangan-kegebuan-kekeringan-sedikit pizza zaman ini sebab masak guna oven tak berpintu :P)


Resipi Pizza

Loyang 11"

2C @ 200g tepung gandum (ku guna tepung roti)
2st @ 20g yis segera (ku guna ragi roti)
1/2st @ 3g garam
2sb @ 10g minyak
1st @ 10g gula
1/2C air suam untuk menguli

Sos Pizza: (mamafami FP)
1 slice meat patty/daging burger (tambahan ku) - shredded
1/2 large onion - finely chopped
1 large tomato -chopped
1 tsp garlic paste (I didn't use this, just used chopped garlic)
1tb tomato sauce
pinch of sugar (didn't use)
salt to taste
1/4tsp paprika (I used chillie powder)
oil

Cara sos pizza:
  1. Heat oil, add garlic paste.
  2. Add onione, fry till fragrant.
  3. Add shredded meat patty, fry till cooked.
  4. Add tomatoes, stir well.
  5. Add tomato sauce, salt and paprika.
  6. Cook till thick.
Topping:
Sausages - sliced
onion rings
Mozzarella cheese -grated
Parmesan cheese -grated
Cheddar cheese -grated

Cara:
  1. Campur tepung, yis, garam, gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli jadi doh lembut dan tak lekat di tangan.
  2. Masukkan doh dalam bekas yang disapu sedikit minyak/majerin. Tutup bekas dengan cling foil.
  3. Letakkan mangkuk di tempat yang panas selama 60 min hingga naik sekali ganda (ku letak dalam oven yang suhu hangat-hangat je. Jangan terlampau panas dah la :p )
  4. Minyakkan acuan pizza @ loyang. Canai doh setebal 2cm (ku buat nipis lagi, bagi rangup). Masukkan doh dalam loyang hingga menutupi loyang.
  5. Biarkan 10 min hingga kembang sikit.
  6. Cucuk dengan garfu agar tidak mengembang bila bakar.
  7. Sapukan sos pizza dan taburkan 1/3 cheese.
  8. Bakar sekejap 200C, 5-10 min bagi masak (ni step aku sendiri sebab oven takde pintu jadi masak apa-apa kena pre-made dulu)
  9. Taburkan topping dan taburkan cheese selebihnya di atasnya.
  10. Bakar 200C, 25-30min.
Verdict:
Dohnya lembut, bila cheese cair rasa ummmph... Boleh simpan dalam fridge 2-3 hari, nak makan panaskan balik je :P Tujuan letak cheese pada layer pertama tak kasi topping atasnya terjatuh masa makan. Rasanya kalau pakai bread maker mesti lagi lembut dan gebus. Tapi uli pun ok je.

No comments: