Monday, March 21, 2011

Resepi Chocolate cheese layer cake

Simple kek dengan lapisan cheese diatas. Seperti biasa, Taufiq cuma makan yang coklat dan buang yang cheese. Huhuhu.. Nice taste juga, cuma lapisan cheese kurang sebab buat separuh adunan dan guna loyang besar.

UPDATE 18 MAY 2011: Resepi untuk kek coklat keju bakar (baked chocolate cheesecake) ada di sini. Jenis yang tak berlayer tapi memang guna coklat dalam cream cheesenya.

Chocolate cheese layer cake

Resepi Chocolate cheese layer cake (Kek Coklat Lapis Cheese)
7" x 10" square pan (ku buat separuh adunan, guna springform pan 8" yang tinggi 3")

Bahan:

Lapisan coklat:

1 1/2 cwn gula halus (ku kurangkan)

125g butter

2 biji telur (grade c~berat utk 2 biji sekitar 80~95gram)

1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut)

3/4 cwn susu coklat (ku guna susu tepung + air masak)

1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama)

1 sd teh esen vanilla


Lapisan cheese:

375 g cream cheese (ku guna 190g)

100 g gula halus (ku guna 50g)

1/2 cwn tepung gandum (ku guna 1/4C)

2 biji telur (grade C juga ye (ku guna 1 gred C)

50ml air biasa (ku guna 25ml)

Cara:

  1. Lapisan coklat: Pukul butter dgn gula sampai gula larut dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga betul-betul sebati. Masukkan pula campuran coklat (yang dah siap bancuh dgn air panas tu). Masukkan pula susu coklat, diselang-selikan dengan campuran tepung+soda bikarbonat+serbuk penaik dan esen. Gaul rata.
  2. Ambik 2 sudu besar adunan kek dan masuk dlm piping bag (untuk buat corak2 atas cheese).
  3. Sediakan loyang yang bersaiz 7 inci x 10 inci yg berbentuk segi empat tepat. Kalau sape2 ade loyang yg mmg utk cheese cake lagi bagus. Senang nak bawa keluar nanti.
  4. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek coklat tu selama 12 hingga 15 minit.
  5. Lapisan cheese: Sementara tunggu kek masak, pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan pula tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air.
  6. Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke atasnya. Paipkan pula 2 sudu adunan kek coklat tadi. Corakkan kek ikut kreativiti anda (paipkan lurus2, pastu ambik lidi gariskan je).
  7. Bakar dengan cara bain-marie/water bath iaitu dengan meletakkan loyang tersebut dalam loyang yang lebih besar dan diisi air panas setinggi hampir separuh loyang kek (saya skip step ini sebab malas. Tekstur masih ok cuma mungkin a bit drier around the edges of the cake). Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi permukaan kek yg cantik (saya tak buat). Bakar pula selama 40 minit (saya kurangkan suhu about 160C for 35-40min).
  8. Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven. Kalau buat malam, esok pagi simpan speti sejuk, malam tu boleh le makan sebab rasa cheese lebih enak disimpan (kek saya dah sejuk je terus simpan dalam peti sejuk, malam tu juga makan).

10 comments:

dhiya said...
This comment has been removed by the author.
Zack said...

Dhiya, kalau cheese tenggelam kt tengah mungkin kek coklat tak cukup masak tu. kalau dhiya takut, bakar kek ni guna cara baine marie@water bath (loyang kek letak dlm loyang lg besar, isi dgn air panas dlm 1 inci tinggi). tujuannya nk elak kek jd kering kt bhgn bawah nnt. pastu bakar sampai kek coklatnya dh masak (test dgn cucuk dgn lidi, keluar kering kira dh masak). sesudah masak, baru tuangkan adunan cheese dan bakar sampai cheese nmpk masak/tak bergoyang2 lg. kadang2 bila kek bwh tak masak mmg bhgn atas senang tenggelam sebab dia berat. cara ni renyah sikit tp insyaAllah keknya tak kering dan cheese pn tak tenggelam

dhiya said...

owh...time kaseh kak zack...:)) tapi kan ape penyebab bahagian tengah tu xmasak ye kak? sebab suhu ke? atau sebab cecair yang terlebih dalam adunan? sebelum saya bakar kek coklat tu, mmg saya dah heat kan oven 5 minit. mgkin saya kene heat kan lebih lama skit kot, 15 minit ke...tul x kak?

Zack said...

mungkin jg salah satu sbb yg Dhiya cakapkan tu. biasa akak heat 15 minit lg awal, kalau 5 minit oven akak masih tak cukup panas. kalau cecair terlebih akak tak sure pula, sbb resepi ni berkali2 org lain pn dh cuba. mgkn dia tak cukup masak sbb suhu bila masukkan kek belum cukup tinggi kot? wallahu 'alam..

Dhiya said...

ok, nnti sy nk cube buat sekali lg..tq very much kak..

Zack said...

caiyok2~ all the best ek ^_^

Zack said...

salam...zack...sy nak tanya..kenapa lapisan cheese tu beralun ms dh siap?pastu merekah?sy dh cuba buat berkali2 tp masih xcantik rupanya...rasa?mmg sedap...

Zack said...

salam,

kebetulan nama sama pula ye ;p corak beralun2 tu sy buat sendiri. ke permukaan keknya beralun/berombak masa sudah bakar? saiz loyang ikut sama mcm resepi ke? sy punya kek ni tgh pn naik sikit sbb saiz loyang tak berapa sesuai sbb sy buat separuh adunan. mgkn kena kurangkan sikit suhu dan panjangkn masa memasak atau tukar saiz loyang. kalau ikut yg sy buat ni dia jd mcm tu sbb keliling kek dah masak dulu tp tengah belum lg. jd keliling dh 'set' tp sbb bhgn tgh belum, adunannya tertolak ke atas tu jd mcm gunung sikit. kalau merekah mgkn sbb saiz loyang tu juga, atau kena adjust suhu oven. dr pengalaman sy, sebab jd merekah samada terlebih bakar, saiz loyang tak sesuai atau suhu terlalu tinggi sangat.

harap membantu serba sedikit ^_^

UMmu IEra said...

assalammualaikum kak zack.. saya dh buat kek ni... tekstur jadi tapi kek coklat tu die jadi mampat macam bantat, akak punye saya tgk gebu.. apa silap ea sampai jadi macam.. tu maafla saya br belajar wat kek ni.. h2.. terima kasih

Zack said...

waalaikumussalam,

biasa kalau kek yang guna kaedah pukul butter+gula sampai gebu ni, kalau kek kurang gebu atau mampat ada beberapa sebab.

1) butter+gula tak dipukul hingga betul2 bercream dan putih. ni penting, sebab kita nak masukkan sebanyak mungkin bubbles/udara dalam adunan.

2) terlebih gaul tepung dalam adunan butter. kdg2 kalau kita terlebih gaul tepung dlm adunan, kek boleh jadi lebih mampat. gluten akan terbentuk bila tepung di'over-worked'. gluten ni cuba bayangkan mcm glue, bila bnyk sgt glue dlm adunan kek rasa berat je. kalau gluten ni bagus utk roti2, utk kek tak bagus.

3) suhu oven kurang panas. kes plg tak best bila suhu tak ngam. paling elok kalau kita boleh cek suhu sebenar guna oven termometer. tp benda ni jrg org beli. biasa org akan familiarize-kan diri dgn oven masing2, sbb semua oven tak sama ragam. kalau suhu tak sesuai, butter dlm kek tu lebih cepat cair, tak sempat bubbles dlm adunan tu nak masak bersama tepung sbb butter dh cair.

4) kandungan cecair tak cukup. bukan saja cecair mcm susu segar tp juga telur. untuk kek sebaiknya guna telur besar mcm gred A. kdg telur tak berapa segar pun boleh efek kek.

harap membantu ^_^