Friday, February 22, 2013

Kata-kata Hikmah- Tuntutlah Ilmu

Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan mahupun saintifik atau ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."

Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya adalah termasuk daripada orang-orang yang rugi. Hidup mereka cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya hanya setakat didunia sahaja. Begitu juga mereka yang luas ilmunya akan tetapi kurang mempunyai adab dalam menuntut ilmu seperti melawan guru, bermegah-megah dan merasakan ilmu yang diperolehinya sudah cukup hebat, ilmu yang mereka perolehi hanyalah sia-sia dan tidak mendapat berkat dari yang Maha Esa. Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu dengan penuh adab dan rasa rendah diri kerana sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah Subhanahu Wata’ala. 

copy and paste dr blog Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam

3 comments:

Knor said...

setuju zack

nak mencari byk ilmu tapi skrg ni semua pun guna duit..susah juga nak capai ilmu tu kalau tak ada benda tu..

hujung jari takut dpt ilmu sesat..

Zie said...

Mudahan ilmu dihujung jari pun mendapat berkat jugak.. janji si pemberi Ilmu hendaklah ikhlas.. pasti ilmu disampaikan dapat diperolehi...

Zack Zachoes said...

@kak nor: betul tu kak nor, sy nk menuntut ilmu cara bereksperimen pn terpaksa korbankan wang ringgit gara2 nk buktikan satu 'teori' dlm baking >.< tp nk buat cmne, kena la mujahadah walaupn dlm ilmu bukan agama ^_^

@zie: yg penting dua2 kena ikhlas, yg mengajar nawaitu mesti memberi sebaik mungkin, dan yg belajar mesti ikhlas dlm menuntut ilmu, tak boleh dlm keadaan 'terpaksa' menuntut ilmu ^_^ adab menuntut ilmu tu pd sy pn tak kurang pentingnya ^_^