Friday, July 15, 2011

Resepi Biskut Red Pearl [and Back To The Hospital]

Haip, dah dekat nak due pun masih sibuk lagi ke dapur? Sori, tak keruan lak fikir nanti sebulan lebih takleh godek-godek kek dan biskut kat dapur (alasan). Huhuhu..

Tahun lepas ada buat biskut red pearl ni tapi gambar lak tak hensem lawa macam anak mak Taufiq Haiqal. Hehe.. Masa tu takde DLSR, cuma ada henset dengan digicam biasa. Digicam lak bat habis masa tu. Rasanya ramai kot dah buat biskut ni, simple dimple dan tak guna telur pun. Pula tu cuma guna satu bekas besar, tak payah nak susah-susah. Takpela ek, sekali-sekala ulang tayang balik resepi yang pernah buat (malas nak test resepi baru sekarang, I kan tak boleh beriya-iya di dapur sekarang ni :P)

Sedap biskut ni, krup krap dan lemak manis bila makan. Cuma masa bakar tu jangan terlebih bakar, sebab mudah keperangan kat bahagian bawah. Bakar pun dalam oven bahagian rak tengah, api atas bawah. Kalau tray dekat sangat dengan api bahagian atas bolehlah ditukar separuh jalan dan cuma guna api bawah. Pandai-pandai la ek, oven semua tak sama..

Hari ni lak lepas En. Hubby solat Jumaat ku akan kembali ke wad. Ayoyo.. Amma appa.. Tak mo fikir >.< (tapi fikir gak malam tadi, degil betul......) Lebih baik kita skodeng biskut raya tahun lepas-yang-ku-fikir-nak-buat-lagi-tahun-ni-tapi-tak-jadi-sebab-berpantang-pada-bulan-puasa-nanti-ada-yang-kena-bebel-dengan-someone-kang~


Resepi Biskut Red Pearl
Source: Jaja FnR


Biskut red pearl

Biskut yang bukan untuk raya tahun ni, tapi untuk saje-saje makan :P

Takde kerja tangkap gambar banyak-banyak :P Mestilah, guna kamera En. Hubby yang canggih kaan :P


TIP: Guna bahan berkualiti untuk rasa yang lebih sedap. Jangan guna cornflakes yang jual kat kedai bakeri (jenis yang murah) sebab nanti rasanya lari. Hehe..


Bahan:
150g butter, suhu bilik - ku guna 75g. Tak guna yang mahal macam Golden Churn (katanya dah halal) atau SCS pun takpe, janji wangi dan sedap
150g tepung gandum - ku guna 75g
75g gula kastor - ku guna 32g gula kasar kisar
60g cornflakes - ku guna 30g Nestle cornflakes, ramas-ramas sikit bagi pecah
50g coklat chips - ku guna 25g, lebih sikit pun takpe
25g almond nibs - kali ni ku guna 14g sliced almonds, bakar kejap untuk garing dan ramas-ramas sikit bagi pecah
1st esen vanila - ku guna 1/2st esen vanila, suka brand E&G sebab wangi
ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter).
  2. Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula).
  3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)
  4. Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah.
  5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu).

Tu je kot.. Pasni entry auto-update lak ek. Kesian blog ni kalau terbiar berminggu2/berbulan2 (macam tahun-tahun sebelumnya, haha..) Kalau ada komen/pertanyaan ada rezeki leh online saya jawab la ek. Takpun kot-kot blogger lain leh tolong jawabkan, hehe.. Cheerio~

10 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum zack...
biskut ada kat cnie ler... akak suka tgk biskut nie ler zack... nampak sedap tu... masuk list dulu... hgehehhe.. boleh try raya nanti kan.. sedapnya

Sheery Dream Cakes said...

oo yer zack.. lupa plak tadi.. hari nie kena masuk ward lg yer zack... akak doakan semoga zack n baby selamat dah sihat hendaknya.. Amin

Cheq Sue said...

kena bookmark dulu ni... bila ada seru baru boleh cuba..selamat ke sepital zack!

Zack said...

kak diana: hehe, comei ek tgk biskut ni? nk buat pn sonang, godak2 dlm satu bekas je. hehe, tq kak..semoga slmt hndaknya..amin..

Zack said...

cheq sue: haipp, kumpul semangat g spital blk tghr ni. hehe.. ada masa buatla ek, slmt bersilat di dapur testing biskut ry nnt. hehehe..

umihumairah said...

salam..sy follow erk

td jelalan cari resepi red pearl

sy ambik yerk..

tq

Zack said...

umihumairah: boleh, of course~

Ain Fajar said...

salam kenalan..sy suke blog akk byk info yg sy cr2..tq..satu lg resepi biskut sedap sgt2..thn lps buat ms nk raye mmg xsmpt tunggu raye da satle..sedap sgt2..dpt A++ kate en.abg sy..hehe

Zack said...

@ain fajar,
salam kenal, tq sudi singgah blog akak ;) hehe, alhamdulillah.. hati kita riang, suami pn kenyang ;) manatau, boleh buat jualan biskut raya nnt kalau ada rezeki ;)

Unknown said...

Salaam kak...menarik biskuit akak ni...maaf tny...almond nibs tu yg cincang nya eh...