Saturday, April 2, 2011

Resepi Rare Cheesecake

En. Hubby suka kek cheese yang tanpa perlu bakar. Ku lebih suka yang bakar. Feveret En. Hubby sebab dia suka buahnya, tak kira peach atau oren. Resepi yang straight-forward, sape-sape leh buat. Cuma base ku ganti dengan kek sponge vanila biasa sebab En. Hubby tak suka makan biskut yang berderai-derai. Enjoy!

Resepi Rare cheesecake (yani@myresipi.com)
loyang bulat 18cm (ku guna 20cm jadi pendek sikit)

Rare (orange) cheesecake- kek sponge, adunan cheese, hirisan oren dalam tin (sebab kalau kupas sendiri gerenti nampak kulit putih dia) dan jelly Nona

Bahan:

Base:
100g biskut
45g mentega- dicairkan
*ku guna kek sponge je

Adunan cheese:
250g cream cheese
200g vanilla aiskrim
40ml lemon jus
(ku tak letak, tak suka lemon)
30g gula halus
40ml susu segar
10g gelatin + 3 sudu besar air


Inti:
2 biji epal merah
50g gula
3 sudu besar lemon jus
*ku guna setin oren dalam sirap

Mirror:
Ikut arahan dari peket, cuma buat suku adunan je.

Cara:

  1. Inti (ku guna oren): Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  2. Base (ku guna kek sponge): Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  3. Adunan cheese: Campurkan gelatin dengan 3 sudu besar air. Panaskan susu dan gula. Kemudian masukkan gelatin tadi. Panaskan sehingga gelatin cair. Tutup api. Kacau-kacau biar haba panas keluar.
  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan no.3 tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
  6. Lepas tu masukkan pula epal (atau oren) yang telah disejukkan tadi. Kacau biar rata.
  7. Akhir sekali curahkan adunan ke dalam springform pan tadi. Sejukkanlah dalam peti sejuk.
  8. Bila kek dah keras tuangkan jelly Nona diatasnya. Simpan dalam peti sejuk sampai keras.

Masa mula-mula buat takde mirror, just sapu je lebihan orange filling (haha)

Tukang posing kek (nipis lak keknya sebab terbantat, haha)

2 comments:

senseiisya11 said...

Salam & hi Zack..
apa fungsi gelatin?
pa yg akan berlaku kpd cheesecake if tak letak gelatin?
ada tak bahan lain untuk gantikan gelatin? tq ;)

Zack Zachoes said...

w'salam,
fungsi gelatin untuk 'set' atau kekalkan bentuk adunan, macam agar2. cuma agar2 dia kenyal dan tak cair pada suhu bilik. gelatin lama2 dia akan cair pd suhu bilik dan kurang sikit kenyal. sy tak pernah ganti gelatin dgn agar2 lg, tp dr apa yg saya faham tekstur memang akan berubah. kalau tak guna gelatin adunan takkan set dan kekal dalam bentuk cair je. wasalam..