Thursday, April 28, 2011

Resepi Super Moist Eggless Chocolate Cake

Kek ni dah buat beberapa hari yang lepas selepas ku skodeng blog kak HaSue tapi tak sempat nak update sebab gambar ada dalam laptop En. Hubby. Hehe..

Bagi yang alergik telur atau tengah pantang tetapi terasa nak makan kek coklat, boleh cuba resepi ni. Bahan-bahan pun simple dan buatnya pun tak susah. Cuma guna whisk untuk kacau dan satu mangkuk besar saja. Nak lebih sihat gunakan minyak jagung. Rasanya seperti kek coklat [moist] kukus resepi dari lilydvalley@myresipi.com cuma ada subtle difference yang agak sukar nak dieksperisikan (mungkin sebab guna chocolate emulco kot dan guna kaedah bakar instead of steamed).

Apapun, enjoy and don't be afraid to explore!


Resepi Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi: Dapurku Sayang@dayangjack.blogspot.com



The cake

Super moist eggless chocolate cake (kek coklat super moist tanpa telur)- the innards


Bahan-bahan (loyang 6-7 inci)
Ku guna loaf pan saiz kecil about 4" x7"

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk, dari peti ais
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - ku guna chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon - ku guna limau kasturi je. Takde difference dalam rasa kalau guna limau kasturi sebab kuantitinya sedikit saja


Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga (ku alaskan dasar loaf pan dengan baking paper sekali).

2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati (NB: terus bakar jangan dibiarkan lama-lama, nanti cuka/jus lemon [asid] akan bertindakbalas dengan baking soda [alkali] dan menghasilkan karbon dioksida yang akan membantu menaikkan kek tu nanti. Kalau dibiarkan lama-lama atau adunan tepung dipukul terlebih banyak, kek akan jadi bantat).

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 - 40 minit atau hingga masak. (ku bakar 50 minit mungkin sebab saiz loyang kecil sangat. Kek pun agak merekah pada bahagian atas).

6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran (seeloknya dipotong apabila kek sudah sejuk/suam sebab masa tengah panas/hangat kek agak berderai sikit).

No comments: