Mango sago, atau sagu mangga, satu dessert yang agak popular di Tawau, Sabah dan setahu saya hanya Indo Cafe saja yang jual dessert best ni (tempat lain kat Tawau tak tahulah, taknah skodeng pun). Tiap kali pergi mesti full. Customer paling suka order Sanggar Cheese (atau Pisang Goreng Cheese) kat tempat ni.
Macam-macam resepi ada kat Internet, ada yang tambah jus mangga, ada yang tambah tepung jagung untuk pekatkannya. Ku guna resepi simple, sebab bahan-bahan semua ada. Apapun, let's skodeng resepi di bawah~
P/S: Lain kali boleh testing ganti susu segar dengan jus mangga dan tambah lagi mangga, mesti lagi mengancam dan kekuningan. Ahaks~
UPDATE 8 JUNE 2011: Kalau guna susu pekat manis boleh dikurangkan kepada 1/4C atau 1/3C dan adjust air/gula sebab guna susu pekat lebih manis banding guna susu sejat.
Resepi Mango Sago (Sagu Mangga)
Sumber: Rak's Kitchen @ http://www.rakskitchen.net/2010/11/mango-sago-puddingdessert-simpler-way.html
Mango sago atau sagu mangga~ Versi guna susu sejat, lemak berkrim. Sedap dihidangkan pada cuaca panas atau masa berbuka nanti. Ahaks~
Update 8 Jun: Versi guna susu pekat manis. Boleh dikurangkan lagi susu pekatnya sebab mangganya manis. Ahaks~
Bahan:
1 biji mangga besar @ 2 biji mangga sederhana, masak ranum - isinya lebih kurang 1C + 1/4C tapi ku dapat 1C je :P
1/4C biji sagu kecil - lain kali ku akan guna 1/8C je sebab banyak juga dapat
1/2C susu pekat manis - ku guna susu sejat tambah 4sb-5sb gula. Kalau guna susu pekat boleh kurangkan kepada 1/4C@1/3C atau adjust air/gula.
1/2C susu segar
Gula - jika perlu
Sedikit ice cubes - optional
Cara:
1. Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.
2. Didihkan 1C air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam 4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.
3. Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4C untuk perhiasan.
4. Blend baki mangga, susu sejat/susu pekat manis, susu segar, gula (jika perlu) dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar jika inginkan adunan lebih cair.
5. Tuangkan dalam jug dan masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Kacau rata. Simpan dalam peti sejuk sebentar, atau boleh juga dituangkan dalam gelas (ku guna pudding cup).
6. Hiaskan atasnya dengan baki 1/4C mangga tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Deretan mango sago untuk dihidangkan lepas makan tengahari
NB: Ada geng Kongsi Resepi@FB dah try resepi ni, dan katanya sedap. Ahaks~