Saturday, June 4, 2011

Resepi Famous Amos Chocolate Chips Cookies

Raya lambat lagi, tapi mak Taufiq saja buat cookies awal-awal sikit sebab nanti kebetulan pantang pun dalam bulan puasa. Huhu, banyaknya hari nak kena ganti nanti. Buat cookies ni pun untuk saja-saja makan, al-maklumlah masih mood mengcookies. Aritu buat macarons tapi tengah fikir cara dan approach nak tulis post tu. Bukannya banyak pengalaman atau terer beno tapi macam banyak sangat lak benda nak kena tulis. Huhu..

Apapun, layan jelah resepi Famous Amos di bawah dululah ye. Enjoy~


Famous Amos Chocolate Chips Cookies~ Ada la rasa 'ala-ala'nya tu, hehe..


Resepi Famous Amos Chocolate Chips Cookies
Diadaptasi dan dimodifikasi dari syari@myresipi.com

Bahan-bahan:
(ku buat separuh dari adunan asal)

Bahan A:
1C gula halus/kastor - ku guna 1/3C, tapi masih lagi agak manis bagi tekak kami serumah
1C padat gula perang - ku guna 1/3C
1C butter - ku guna 1/2C@100g
1C minyak masak - ku guna 1/2C
1 biji telur Gred A - ku guna 1/2 biji
1sb susu segar - ku ganti 1/2sb susu tepung, tak perlu bancuh dengan air sebab adunan lembik
1st esen vanila - ku guna 1/2st

Bahan B:
4C tepung gandum - ku guna 2C
1st garam - ku letak secubit sebab guna butter bergaram
1st cream of tartar - ku guna 1/2st ********
1st baking soda - ku guna 1/2st ********
* Bahan-bahan di atas diayak dalam satu bekas

******** Abaikan (1st cream of tartar + 1st baking soda), gantikan dengan (2st baking powder + 1/2st baking soda). Tak berapa pasti status halal cream of tartar ni, check Jakim hanya certain brands ada cop Halal.

Bahan C:
1/2C walnut cincang - tak letak sebab anak tak suka (ku ganti dengan 1/3C nestum)
2C semisweet chocolate chips - ku guna 1C@180g

*Bagi separuh adunan di atas, ku tambah bahan-bahan di bawah:
1/3C @ 22g nestum - untuk ganti walnut cincang
1sb tepung jagung - untuk keraskan sikit adunan


Cara:
1. Pukul Bahan A hingga sebati.

2. Masukkan Bahan B, Bahan C, tepung jagung dan nestum (jika tak guna walnut). Gaul rata guna senduk kayu/spatula.

3. Adunan nampak lembik. Sudukan guna satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.

4. Bakar pada suhu 350F (175C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven) atau hingga tepi-tepi biskut kelihatan sedikit keperangan.

Nota:
* Rasa agak manis, boleh kurangkan gula kepada 3/4C gula halus/kastor + 3/4C gula perang .
* Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
* Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan.
* Cookies ni jenis merebak masa dibakar. 1 adunan dari sudu teh (untuk bancuh air tu) menghasilkan cookies yang diameternya lebih kurang 1.5".
* Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
* Untuk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak, selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.
* Ku tambah nestum adunan jadi keras sikit dan tak berapa lembik. Bau cookies pun sedap masa dibakar.
* Lain kali kena kurangkan gula, walaupun memang sudahpun dikurangkan sebab memang manis.

9 comments:

Diana @ Melley Mey said...

sedaaapnya ... nie kegemaran anak2 diana nie...

Zack Zachoes said...

hehe, biskut chip coklat mmg feveret kami kt rumah ni ^_^

Cendana Kasih said...

sedap...tp dah malas nk buat skang ni..cips more pun bleh laaa...hehehe...

Zack Zachoes said...

kak cendana: hehe, sy ni pn skrg tgh rajin sbb terasa nk mkn je. pastu lama dh tak buat biskut2 ni ;p

siti khatijah said...

zack..apa kegunaan cream of tartar dlm cookies ni?nnti bgtahu ye...i am waitingggg....hihi

Zack Zachoes said...

kalau dlm cookies ni tak susah, hehe.. sbbnya ada baking soda. baking soda@soda bikarbonat ni bersifat alkali@base. nak aktifkan dia kena letak bhn bersifat asid, dlm kes ni cream of tartar. bila alkali dgn asid ni bercampur dalam keadaan basah, dia keluarkn gas. gas ni la yg buat cookies tu mengembang masa bakar.

kdg2 ada gak resepi tu, dh ada baking powder (campuran baking soda+cream of tartar) tapi masih kena letak lg cream of tartar atau baking soda. tu sbg penambahan je (additional lift) masa baking. selalu mcm tu dlm resepi kek2 la. kalau yg cookies resepi di atas rasanya boleh ganti dgn baking powder cuma sukatan sy tak pasti.

pastu ada gak resepi yg tulis guna baking soda tp takde cream of tartar. pelikkan? tp yg sy perasan, kebanyakkan biskut mcm tu mesti ada pengganti asid. selalunya serbuk koko la sbb serbuk koko bersifat asid (bukan jenis yg dutch process la, jenis yg biasa). dan selalunya biskut coklat la guna komposisi mcm tu. ada gak resepi2 lain guna cream of tartar je tp kena tgk dulu bahan2 dia apa.

macam tu la lebih kurang cara gunanya. hehe.. panjang lebar lak explaination :P

Nadia said...

Salam

Saya br uat choc chip cookies ni td. Amek resepi frm blig omputeh lama dulu tp la ni br rajin nk try. Betul la awk ckp. Sgt MANIS dan RAPUH. Byk hancur. Shape dia pun xcantek. Seb baek sedap hehe. Tp frust gak. Haiihh napela saya xjumpe blog ni b4 uat. Tnx for d tips. Xterpk lak letak tpg jgg tu. Igt tpg jgg nk bg pekatkn kuah je huhu

Welcome said...

Blh tak buat jd giant cookies...doh kne besar ke...bkar berapa lama pulak yer..sy nk rangup...x nk soft n chewy ..blh tunjuk ajar tq

roslindawati razali said...

dah cuba buat...sangat2 sedap.. gunakan chip coklat dan butter yg high quality..memang berbaloi.. emmm...nyum2...