Friday, June 17, 2011

Resepi Sup Kuey Teow Campak

Makan sup je tengahari ni, malas nak fikir panjang-panjang sebab stok dalam peti sejuk dah sampai tahap kritikal. Esok baru pergi Giant restock apa-apa yang patut. Rasanya tak bagi resepi pun takpe kan, sup biasa yang dimasak berdasarkan apa yang sedia ada dalam peti sejuk anda. Ahaks~

Apapun, layan jelah ye~

Resepi Sup Kuey Teow Campak
(2 orang)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Sup Kuey Teow Campak

Close up view~


2 genggam kueh teow, rebus/rendam dalam air panas, toskan
2 biji telur separuh masak - biasanya ku rebus air dalam cerek mendidih, masukkan sebiji telur dalam bekas/cawan, tutup dan tunggu 10-15 minit. Satu telur dalam satu bekas sebab takut tak cukup panas kalau letakkan 2 telur dalam bekas sama

3sb bawang merah yang diblend
seulas bawang putih, diparut guna pemarut ikut stail mat salleh - kes malas nak tumbuk
1/2 - 1sb serbuk lada putih - ikut tahap kepedasan anda
segenggam udang segar (tak perlu buang kulit)
hirisan karot, kobis, kacang peas, mix veg atau apa-apa sayur yang ada
air secukupnya
garam
daun kuncai/daun sup dicincang untuk ditabur
bawang goreng -opt
serbuk lada hitamm -opt

Cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan serbuk lada putih. Tumis hingga terbit bau. Masukkan udang segar, tumis hingga agak garing.

2. Masukkan air secukupnya, sayur-sayuran dan biarkan mendidih dan sayur masak. Perasakan dengan garam.

3. Tuangkan sup ke dalam mangkuk yang siap diisi kueh teow (boleh juga masukkan kueh teow ke dalam sup dahulu).

4. Pecahkan telur separuh masak atasnya (boleh juga pecahkan telur ke dalam sup dahulu semasa masih memasak untuk lebig pekat), tabur bawang goreng, hirisan daun sup/daun kucai dan serbuk lada hitam. Hidang panas-panas.

Jemput makan~

2 comments:

Siti Asiah said...

kecur air liur nampak....sy ni pencinta sup campak2...hihi, balik kj lapar perut lapar terus masak cam ni...:)

Zack said...

hehe, paling mudah masakan yg campak2 >.<