Thursday, June 9, 2011

Resepi Kek Keju Mangga Bakar (Baked Mango Cheesecake)

Sesudah testing resepi kek keju coklat, kek keju blueberry dan kek keju durian (semuanya jenis bakar), kali ni testing resepi kek keju mangga pula. Tekstur seperti cream cheese - gebu, lembut dan creamy, dengan rasa yang agak 'prominent' (menonjol) dari mangga segar - masam manis, lemak berkrim, sharp-tangy taste, dan mousse-like feel pada anak tekak. Rasa cheese hanya menonjol sesudah keknya ditelan, atau dalam bahasa mat salleh 'it leaves a subtle hint of cheese only after the last bite'. Ahaks~

En. Hubby makan sambil memejam mata, while slowly shaking his head like he's enjoying some kind of exquisite music that only his ears can hear. Tak tahu macam mana nak ungkapkan dengan kata-kata, mungkin kena buat sendiri baru tahu kot. Hehe..

Apapun, enjoy~

UPDATE 10 JUNE 2011: Cara buat hiasan chocolate cigarettes ada di sini.


Resepi Kek Keju Mangga Bakar (Baked Mango Cheesecake)
Sumber: Dari buku 'Kek Keju Menawan' oleh Catherine Lau (pinjam kat library KKTaw)
(Bahan di bawah adalah separuh dari resepi yang asal)

Kek keju mangga bakar sudah dibedah siasat~

Kek keju mangga bakar- dihias dengan homemade chocolate cigarettes@cigarellos. Tak berapa kemas sebab tak ada alatan sesuai




Loyang bulat 7" ketinggian minima 3" @ 8" ketinggian minima 2" (untuk kek lebih tinggi guna 7". Ku guna 7 1/2 inci, ketinggian 2" tanpa base)

(Untuk lihat cara-cara bakar kek keju/cheesecase tanpa loyang springform atau loose pan, boleh lihat di sini.)

Bahan:

Base biskut: ku tak buat
100g biskut digestive
55g butter, dicairkan
1sb gula perang, dipadatkan
25g cornflakes, diblend halus

*Alas dan lengserkan dasar dan tepi loyang dengan butter cair dan baking paper. Campurkan kesemua bahan base biskut dan tekan padat pada dasar loyang spring form/loose pan. Bakar pada suhu 160C untuk 8-10 minit atau hingga biskut masak. Ketepikan pada suhu bilik.

Inti:
250g cream cheese, suhu bilik
4sb @ 60g gula kastor - boleh dikurangkan kalau guna fresh cream atau mangganya manis

1/2sb + 1/2st @ 6g tepung kastad
2sb @ 15g tepung jagung
*Tepung jagung dan tepung kastad diayak bersama

1/2C + 4sb @ 180g isi mangga, diblend halus, dari sebiji mangga besar
2 biji telur Gred A
100ml @ 100g UHT dairy whipping cream - ku guna 100g fresh cream yang sudah dipukul kental tapi dibiarkan pada suhu bilik hingga ia cair dan lembut. Boleh ganti dengan yoghurt asli atau yoghurt perisa mangga tapi adjust gula ikut kesesuaian. Guna yoghurt mungkin masam sikit kot sebab mangga pun agak masam-manis

Hiasan:
Isi mangga diblend halus - ku guna 1/4C lebih kurang untuk dituang terus atas kek. Tak buat mousse, malas nak cari gelatine

Atau:
1 biji mangga, dihiris
40g gilis apricot (apricot gel)
40ml air

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 150C.

2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama gula kastor hingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastad dan kacau sebati. Masukkan isi mangga yang diblend halus dan pukul lagi.

3. Masukkan telur satu per satu, sambil dipukul rata. Masukkan whipping cream@fresh cream dan pukul hingga adunan menjadi pekat.

4. Tuangkan adunan ke dalam base biskut tadi. Balut loyang springform@loose pan dengan aluminium foil 2-3x untuk elak air meresap ke dalam loyang kek.

5. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) dan bakar selama 1 jam 15 minit (ku buat 1 jam 10 minit, dengan 10 minit terakhir loyang di'rotate'kan untuk dapat permukaan dibakar rata).

6. Tutup suis oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan bekas berisi air dari oven. Biarkan kek betul-betul sejuk di dalam oven dengan pintunya direnggangkan sedikit. *** (Permukaan kek akan kelihatan sedikit kering tapi jangan sampai merekah, dan tengah-tengah kek akan bergoyang/jiggle sedikit apabila loyangnya digoyangkan).

7. Sesudah kek sejuk, keluarkan dari oven dan hiaskan dengan hirisan mangga. Untuk tujuan mengilatkan dan mengelakkan mangga teroksida menjadi hitam, cairkan glis apricot dan air dalam periuk kecil di atas api yang kecil. Kacau hingga glis larut dan sapu atas hirisan mangga tadi. Biarkan kek sejuk dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dikeluarkan dari loyang spring form/loose pan dan dihidangkan. ***

***Ku skip No. 6 dan No. 7. Lepas kek dah masak, ku keluarkan terus dari oven dan biarkan keknya sejuk sedikit atas redai ketika masih didalam loyangnya. Lepas tu ku keluarkan kek dari loyang dan biarkan ia sejuk atas redai, dengan dasar keknya dialas dengan baking paper (untuk elak kek tenggelam ke dalam redai). Dah sejuk, baru alihkan kek atas cakeboard dan simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya baru hias. Nak buat macam ni suhu bilik dengan suhu oven tak boleh ketara sangat, nanti kek kecut secara drastik. Kalau ragu-ragu, baik ikut No. 6 dan No.7. Biasa buat macam ni pun dalam keadaan tingkap dapur tertutup dan kipas tak buka, jadi dapur memang panas sikitlah.

***Bahan-bahan di atas boleh digandakan. Gunakan spring form pan berdiameter 23cm dan bakar 150C@1 jam 15 min.

Sediakan bahan dan alatan sebelum mula membuat kek keju mangga

Kek keju mangga yang sudah dibakar dan masih dalam loyangnya

Baked mango cheesecake- the innards~

Sambil buat kek keju mangga, sambil buat mango sago

6 comments:

dEEp_lOVe said...

sedap ye!...:)!...nak try la! ade mcm2 cara buat cheese cake. erm, yg awak buat mcm sng jugak.hehehe..

Zack Zachoes said...

deep love: aah kalau tgk mcm buat kek cheese biasa gak ni, campak je semua satu2 dalam mangkuk mixer. huhu.. mangga pn pilih mangga yg wangi2, manis.. rasanya ni lbh lemak berkrim banding baked durian cheesecake..

farra idayu :) said...

yg tok hiasan 2 cme blender mangga je ke?x de cmpr pe2 ke?

farra idayu :) said...

yg tok hiasan 2 cme blender mangga je ke?x de cmpr pe2 ke?

Zack Zachoes said...
This comment has been removed by the author.
Zack Zachoes said...

@farra: aah sy guna mangga blend. cmpur sedikit gula kalau tak brp manis. tp takleh tahan lama2 sbb nnt dia akan brownish sebab oxidization. kalau nk lg cantik guna yg mangga filling atau mango decorfil sebab jenis yg tu warna dia takkan bertukar keperang2an