Thursday, June 23, 2011

Resepi Fish and Chips

Ngidam nak makan Fish and Chips, nak beli tak tahu kat mana jadi buat sendiri je la. Skodeng sana sini banyak resepi guna beer dalam adunan diorang. Biasalah, makanan barat. Last-last jumpa satu website ni nampak macam ok. Tapi sekali buat banyak pula dapat walaupun buat separuh. Huhu... Pastu tepung gandum pun macam tak cukup, terpaksa ditambah sebab adunan nampak cair sangat. Apapun, selamat sudah Fish 'n Chips dimakan malam tadi, haha..

Resepi di bawah suku dari adunan asal. Ku buat separuh adunan nampak terlalu banyak. Mungkin sebab guna 2 ikan dory saiz medium kot (agaknya ikan diorang ni besar beno, tu yang kata 1 adunan asal boleh salut 4 ekor. Huhu..)

Apapun, layan... Tepung gandum ikut kepekatan yang dikehendaki. Macam buat adunan goreng pisang, agak pekat juga la.


Resepi Fish and Chips


Fancy some Fish 'n Chips, mate?


Bahan untuk diperap:
2 ikan dori sederhana besar
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum secukupnya

Cara perap:
1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.


Bahan batter/adunan:
1C air
1 biji telur
1/4st soda bikarbonat
serbuk kunyit
garam
tepung gandum secukupnya

Cara:
1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.

2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.

3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.

4. Sedia dihidang dengan kentang goreng (ku guna yang segera, malas buat sendiri), coleslaw, lettuce, dan tomato segar.

Jika:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda atau telur.
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.
*adunan tak lekat pada ikan semasa memasak, ikannya kurang disalut tepung semasa diperap.



Simple coleslaw that consists of finely diced carrots, a few leaves of cabbage, and a tablespoon or two of mayonnaise

Store-bought chips (or should I say fries?) - I ain't that 'rajin' :P
Contoh gambar ikan dori (sejenis ikan isi putih) boleh dibeli kat Giant - picture courtesy of Google


The fish and the chips

7 comments:

Cheq Sue said...

phewwww.....boleh buat nih... :)

Ida,Japan said...

masuk list dulu...thanks ye zack...nk kena cari ikan isi putih..ada ke tdk ni

Zack said...

sue: hehe, sonang je nk buat ni, mcm goreng pisang je ^_^

kak ida: same2~ ikan isi putih sy guna dori, ada gmbrnya kt sini: http://3.bp.blogspot.com/__9H8TXL94ig/TGqiYtJMI_I/AAAAAAAAABM/3AvYQTKeRWA/s1600/dori+2.jpg

Kayu Manis said...

nak cuba buat..nampak senang je,tapi sepinggan tak cukup,kena buat for six person,letih la...

Zack said...

norihan: hehe, terpaksalah bergelut kt dapur goreng 6 ekor ikan ;p mmg senang pun, insyaAllah.. mcm buat goreng pisang je..cuma goreng sekor2 jelah, huhu..

Nurul said...

waa...bestnye...nie kne try nie..sedapnyer...

Zack said...

ariani: cubalah buat, kacang je ni ;)