Saturday, September 17, 2011

Ketika Rahimku Pecah..Part 1

Bagi yang lemah semangat atau daya imaginasi terlalu tinggi disyorkan jangan baca post ini. -zack




Ku mulakan dengan namaMu ya Allah.. Bismillahirahmannirahim..

'Ketika rahimku pecah'. Gempak tajuknya bukan?

Sebenarnya takdela segempak mana. Cuma bagi yang pernah melalui kes seperti saya ini akan terasa sedikit@sangat cuak dan saspen. Sebabnya bukan semua orang melalui pengalaman rahim tiba-tiba pecah ketika dalam proses bersalin. Dan ditakdirkan anaknya meninggal dalam perut akibat implikasi tersebut *tarik nafas dalam-dalam*.

Mesti ada yang tertanya-tanya [dalam hati atau sesama sendiri] macam mana arwah anak saya meninggal. Kalau tak ada yang tertanya-tanya pun biarlah saya ceritakan juga, semoga orang lain boleh ambil pengalaman ini untuk dijadikan sebagai pengajaran (tak kiralah pengajaran macam mana).

Secara normalnya, setiap kali kita bersalin rahim kita akan mengalami kontraksi (contraction). Itu sudah sedia maklum bagi setiap ibu. Dan jika anak yang kita mengandungkan itu over-due atau terlewat, doktor akan bagi jangkamasa untuk membenarkan baby dilahirkan secara semulajadi. Kalau sudah melebihi jangkamasa tersebut, baby akan dipaksa lahir dengan bantuan ubatan atau air kerana dikhuatiri akan lemas akibat dari air ketuban yang kian tidak mencukupi. Bagi kes yang special, mungkin ibunya terpaksa dicaesarkan.

Semakin dekat kita dengan due-date kita, semakin matang uri dalam rahim kita. Dan semakin matang uri dalam rahim kita, semakin sedikit air ketuban akan dihasilkan (ini yang doktor saya cakap la masa masih 38 minggu mengandung). Dan semakin sedikit air ketuban dihasilkan, serta semakin dekat due-date kita, baby akan mula terasa lemas dan sukar bernafas. Apatah lagi kalau usia telah melebihi due-date. Keadaan ini sangat bahaya bagi baby, kerana itu doktor akan mengesyorkan kita di 'induce' untuk mempercepatkan bukaan rahim.

Masa mengandungkan arwah, doktor telah bagi lebih kurang 9 hari due date. Pada hari ke-8, saya telah masuk balik ke wad untuk dipantau dan di'scan' lagi. Kebiasaannya begitu, bila buat check-up doktor akan scan. Check kot-kot ada masalah pada baby. Doktor juga akan tekan-tekan menggunakan hujung jari dia kat bahagian jahitan lama kita (bagi yang pernah bersalin caesar sebelum ini). Sakit sayang, bukan tak sakit kena tenyeh kat tempat jahitan lama. Tapi takdela sakit mencucuk macam kena pisau. Ada la terasa ngilu-ngilu sikit. Kebiasaannya rasa ngilu-ngilu ni akan berlanjutan untuk beberapa tahun. Makcik saya pernah kena bedah 3 kali tapi masih rasa ngilu walaupun sudah lebih 10 tahun anak bongsunya dilahirkan. Apapun, masa saya pergi klinik pun nurse akan check jahitan lama, selain dari memantau degupan jantung bayi dan pembesarannya.

Ketika last check-up di hospital, keadaan semua ok. Pergerakan, cantik. Berat, bagus. Lebih 3 kg. Kira dalam kategori sihat walafiat (walaupun kali ni saya jaga makan sebab nak jaga berat baby). Jantina, tak tanya sebab nak suprise. Tangan, kaki, lain-lain alhamdulillah, sempurna. Kiranya memang tiada masalah kalau dilahirkan nanti. Cuma masa check-up minggu ke-39 tu ada masalah sedikit, kedudukan bayi tiba-tiba serong sedikit. Kalau doktor panggil ni kedudukan 'oblique' atau transverse dimana kepala bayi tidak berada di tengah-tengah tetapi di sebelah kiri/kanan (kes saya betul-betul pada pelvis kiri) dan punggungnya di sebelah kanan. Doktor kata baby jadi camtu sebab dia tak tahu jalan keluar. Al-maklumlah, abangnya dulu keluar dari tingkap, jadi laluannya tak pernah terbuka. Jadi baby masih tercari-cari mana jalan nak keluar. Doktor kata kalau kedudukan oblique bahaya, sebab kalau berlaku contraction pada ketika itu, yang keluar mungkin bukan kepala bayi, tetapi tangan atau tali pusatnya. Kalau keluarnya tali pusat bahaya sebab takut terputus dari uri kita dan baby boleh mati serta merta. Masa dengar tu cuak la, gila bahaya. Tapi doktor bagi masa 24 jam. Kalau dalam masa 24 jam kedudukan masih oblique, nak tak nak kena caesar Sabtu tu juga.

Jadi terpaksalah saya di tahan di wad 3 hari buat pertama kalinya, hari Khamis kalau tak silap. Sebelum masuk wad tu dah minta maaf dengan mak bapa mertua semua, minta doakan baby kedudukan ok balik. Usahakan lagi jumpa orang, minta doakan supaya semua selamat. Malam tu memang tak dapat tidur la, celik mata baca doa semua, solat minta kedudukan baby baik, dipermudahkan bersalin. Dengan izin Allah, pagi-pagi doktor datang check tengok, eh, kepala dah kat bawah. Miracle. Dah kedudukan 'cephalic' (kedudukan kepala baby di tengah tetapi belum engage). Doktor kata ok, petang nanti check lagi kalau baby masih cephalic boleh balik esoknya (Jumaat). Masa tu teruskanlah berdoa, biar baby tak serong lagi (sakit tau kalau kedudukan dia tak menegak tapi menyerong, lagi-lagi kalau baby tendang kat sebelah kanan perut). Tawakal jela, berdoa supaya semua ok. Alhamdulillah, petangnya pun kedudukan baby masih cephalic. Dan doktor kata esok dah boleh balik. Gembiralah rasa hati masa tu, baby dah ok, tak main-main dalam perut lagi. Cuma gembiranya sementara je..

Dah balik rumah tunggulah kot-kot ada 'tanda-tanda' nak bersalin. Tunggu punya tunggu, takde rasa apa-apa. Hmm.. Sebab baby dah ok, doktor bagi tempoh 9 hari. Kalau masih tak ada apa-apa, kena lah tahan kat wad. Kalau tak silap dalam minggu ke-40 tu patutnya masuk wad lagi sebab nak pantau baby oblique balik ke tak, tapi pergi check up lagi doktor kata tak perlu, jadi boleh balik. Padahal kitorang dah siap-siap bawa baju bawa bantal semua, konon nak bercamping lagi dalam wad. Huhu.. Jadi kiranya seminggu tu tak masuk wad sebenarnya tapi kat rumah dah :P Masa tu mak abah adik-adik dah sampai, jadi layan diorang jelah. Walaupun tak kena tahan tapi sebab keluarga datang, tu sebab tak online.

Masa habis tempoh yang doktor bagi tu, masuk wad balik for the last time. Check semua ok, tu yang doktor bagi chance nak bersalin normal. Ikutkan memang takde sebab nak operate atau apa-apa lagi sebab semua baik. Lagipun orang lain jarak umur anak lahir caesar dengan normal ada yang setahun je tapi mak anak selamat. Saya pula paling kurang 2 tahun 3 bulan. Sekarang anak sulung dah berumur 3 tahun lebih. Pula tu takde rasa sakit sepanjang mengandung, cuma alahan tak boleh nak bau kek awal 5 bulan. Huhuhu..

Dah masuk wad tu, malam Isnin pukul 11pm tu mula terasa sedikit contraction tapi mild. Jarak contraction semulajadi ni pun tak berapa jauh, cuma sebab dah melebihi tarikh yang diberi jadi doktor tak bagi chance untuk contraction tu progress sendiri. Terpaksalah saya di'induce' guna ubat pukul 7.30am, selepas 2 jam pantau jantung baby. Dah masuk tengahari tu terasa sakit-sakit yang cukup sakit tapi bukaan baru 2cm. Betul kata orang, kena induce lagi sakit dari contraction semulajadi. Sebab anak sulung dulu contraction takdela sesakit ni. Rasa macam senggugut terguling-guling je. Tapi kali ni sakitnya bukan kepalang. Dah dekat pukul 4pm tu muka berpeluh-peluh, baju dah basah kuyup. Ya Rabbi, sakit yang teramat-amat. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Masa tu bukaan dah 5cm. Ikut situasi normal insyaAllah malam tu tak pun tengah malam mungkin dah boleh bersalin. Tapi dekat waktu Asar (ikut waktu semenanjung) sakitnya bukan kepalang. Kalau orang kata sakit bersalin ni sakit yang paling sakit selepas ajal, saya percaya. Sebab sakitnya sampai dah tak boleh nak rasa apa lagi, tak bertambah lagi seolah badan dah sampai tahap maksimum menerima kesakitan. Sakitnya dah melebihi had seorang manusia menanggung kesakitan normal, sampai bila rahim terkoyak tu cuma rasa seperti bahagian dalam disimbah air panas (masa tu tak tahu lagi rahim dah pecah). Bila dah keadaan macam tu, bila sakit yang kita tanggung tu dah sampai tahap maksimum, badan kita akan automatic keluarkan 'biusnya' sendiri. (Agaknya itulah kenapa perempuan dipilih untuk bersalin, sebab badannya lebih tahan menghadapi kesakitan. Wallahu 'alam.)

Bayangkanlah, dalam keadaan kita hidup-hidup, takde bius, sedar dan celik mata, organ dalaman kita disiat-siat. Kalau ditoreh dengan pisau tajam tu saya rasa takdela seseksa kalau organ atau daging kita disiat. Masa kejadian tu berlaku saya baru keluar tandas, dan terperasan ada darah dalam tandas. Pastu ada rasa cecair meleleh dicelah kaki. Ya Rabb, nasib baik saya tak anggap tu cuma darah 'tanda' nak bersalin. Dalam keadaan menahan contraction tu, saya suruh suami panggil nurse. Bila saya beritahu kat nurse ada darah keluar, kelam kabut dia panggil doktor. Dari saat itu bilik saya tak ubah seperti bilik kecemasan. Satu, satu doktor keluar masuk. Dari doktor medical biasa sampailah ke doktor pakar..

Bersambung...

20 comments:

K.Nor said...

salam zack..

subhanallah... ngerinya baca.. namun tetap k.nor baca sampai habis.. dan akan sentiasa ikut kisah2 ni zack spt mana k.nor tak miss baca kisah yg pernah suami zack luahkan dulu..

besarnya ujian Allah pada zack.. tp k.nor sangat kagum dgn ketabahan zack menghadapinya.. mudah2an Allah melimpahkan keberkatan atas apa yg menimpa zack ni.. insyaallah ada hikmah menanti.. (bayangkan si kecil sedang melambai2 si ibu dan si ayah di pintu syurga zack.. alangkah bahagia dan beruntungnya zack dan suami insyaallah.. )

Fazlinil Irma said...

saya tunggu sambungan mcm duk tgok drama bersiri. hehe

ini versi entry bersiri. :)

Cheq Sue said...

walaupun belum ada pengalaman 'like that' tetap feel jugak zack... berderau bulu roma..

missalongwani said...

seram wani baca kak...raser cam xmo bersalin pon ade..huhuhuh...aper2..wani kagum ngan akak...kalu org lain xleh nak citer cam ni..smoga akak tabah yer...yup..caiyok2

Zack said...

@kak Nor: yg membacanya terasa ngeri, apatah lg yg melaluinya kak nor.. sy tak tabah kak, makan masa nk terima, nk proses apa yg berlaku. baru 2 bulan arwah meninggal. tp hidup mesti diteruskan. anak2, suami/isteri, ibu bapa cuma pinjaman sementara di dunia ni. satu hr kita akan kembali padaNya jua..

Zack said...

@Fazlinil Irma: dh boleh buat drama bersiri kn ni :)

Zack said...

@Cheq sue: hmmm.. jgn cheq sue takut pula nk ngandung nnt. huhu.. tak semua org kena, peratusannya sgt sedikit. 0.2% je, cuma sy ni kategori yg tak bernasib baik (kata doktor). kalau ada rezeki lg sy nk ngandung lg, walaupun bila fikir mmg kita pertaruhkn nyawa. tp dh lumrah hidup, sesakit mana pn kita nk lahirkn anak, naluri utk ngandung lg mmg takkn hilang..

Zack said...

@wani: jgn risau wani, bkn benda biasa ni. mmg kes jrg berlaku, rezeki masing2 tak sama. akak nk ceritakn pn ni utk peringatan buat diri sendiri. jgn sbb sesuatu perkara buruk berlaku kt kita, kita mudah lupakan perkara tu atau menyalahkn org lain. dugaan masing2, bergantung pd individu boleh tahan atau tak menghadapnya.. bila dugaan mcm ni kita mmg btl2 berserah pd Allah. bg akak, salah satu hikmah akak belajar menyerah diri sepenuhnya dlm keadaan plg kritikal. terasa diri sgt tak berkuasa dlm keadaan ni. kita dh berdoa, berusaha..bertawakal. apa yg berlaku kemudiannya Allah yg tentukan. baik buruk, kita mesti redha.

^aNgRiAni^ said...

Kak nur speechless
walaupun zack dah pernah cerita
semasa kak nur dtg melawat ke rumah...tapi bila baca n3 zack ini
Subhanallah!!! Kak nur x tahu nak fikir apa...apa yang terlintas hanya ayat ini :

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul :-((

Zack said...

kak Nur, terima kasih sbb datang lawat aritu :) takpelah kak Nur, qada dan qadarNya, redha jelah.. kalau ada rezeki, rahim pulih dan kuat blk, insyaAllah ada la lg adik utk Taufiq nnt :) berserah padaNya, rezeki di tahgan Tuhan. yg penting kena fikir positif: ada seorang ahli Syurga kat sana yg menunggu ibu bapanya :) mudah2an kita jd lebih tabah dlm menghadapi dugaan hidup ini :)

aizan said...

salam zack. Saya juga telah kematian anak dlm kandungan semasa kandungan berusia 34 minggu. Terpaksa diinduce pd 14/7 yg lepas. Saya redha dgn Ujian Dia. Zack, percyelah kite adlh ibu2 yg terpilih dan layak utk menerima Ujian Dia. Tak semua yg LAYAK. Berbggalah kerna kite tlh melahirkan ahli syurga, mudah2an dia menunggu kite di sana. Saya jua tidak kuat dan tabah. Tp, saye sendiri tak tahu, Allah kurniakan saya Hati yg redha. Perancgn Allah adlh yg terbaik buat hamba2Nya yg LEMAH ini. Jgn bersedih lagi kerna Allah sentiasa bersama kite.

Zack said...

kak Aizan: waalaikummussalam..

InsyaAllah, saya tak bersedih lagi dan takkan menyesal atas apa yg telah terjadi. Cuma kadang2 terasa rindu yg amat sangat utk memeluk dan menciumnya..terlalu singkat masa kita bersama.. Apapun, semua ini adalah Qada' dan Qadar Allah, Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Rezeki, ajal maut semua di tanganNya..kita cuma mampu berdoa, berusaha dan bertawakal. Selebihnya di tangan Allah swt..Dia yang menentukan segalanya.. Al-Fatihah buat semua kaum ibu yg jg telah kehilangan anak mereka..semoga perjalanan kita dipermudahkn utk bertemu dgnnya di akhirat nnt..

E-na Zarina said...

Assalamualaikum zack... baca n3 ni terasa ngilu seperti e-na pulak yg melaluinya...nak sambung baca part 2 pulak..moga zack terus kuat dan tabah...

juwin said...

Assalamualaikum...
zack...semasa zack menulis entry ni,sy br kehilangan seorang putera...mcm2 cara Allah menduga kita...Allah menguji pada hambaNya yg mampu...arwah anak sy meninggal di pangkuan sy dimana itulah kali prtama & terakhir sy mampu memeluknya...alhamdulillah,sy diberi peluang melihatnya selama 33 hr selepas dilahirkan..after 6 years menanti kehadirannya...doa dan redhalah akan kepergiannya..insya Allah...ada rezeki lagi buat kita...

Zack said...

@kak E-na: waalaikumussalam.. sy pn tak sanggup nk baca blk ni kak, nnt teringat2 blk kejadian dlm bilik wad tu..

@kak Juwin: waalaikumussalam.. takziah kak atas pemergian putera akak.. bak kata doktor sy, mgkn kita antara org yg terpilih, siapa tahu.. doktor ada bgtahu sy, kemungkinan utk mengandung lg tu insyaAllah ada..cuma risikonya lbh tinggi, samada kandungan luar rahim atau masalah ketika pembedahan. nauzubillahiminzalik.. sy mengaku, setiap hari masih teringat kt dia, terbayang2 wajahnya. tp Allah lebih sygkan anak2 kita, Dia lebih berhak ke atas mereka... sy berserah pdNya, mudah2an rahim sy pulih dan kuat utk mengandung dan melahirkan anak dengan kedua2nya selamat.. insyaAllah.. sy pn doakan agar akak terus tabah menghadapi ujianNya.. sy tahu, ujiannya bukan sekadar menghadap pemergian anak sndr saja bahkan ujian2 dr luar jg..

juwin said...

salam zack....akak mengikuti blog zack...akak akui, kita sama..akak juga akan membuat semula perkara2 yg akak suka buat semasa mengandungkan arwah dulu..itu satu terapi buat kita utk mengubat rindu kita pada arwah anak2 kita...alhamdulillah, akak br menerima sarjana, terasa sebak saat menerimanya kerana arwah dalam kandungan ketika akak belajar...setiap hari akak melihat rakaman vidoe yg sempat akak rakam ketika berada di NICU..walaupun hanya beberapa saat, setiap pergerakan dan kerlipan matanya menjadi pengubat kerinduan akak padanya...doa akak semoga kita menjadi insan yg terus tabah tuk mengahadapi rintangan di masa akan datang...InsyaAllah,,masih ade peluang dan rezeki buat kita....moga bahagia itu milik kita zack.....

Zack said...

w'salam.. tq sbb sudi jenguk blog sy kak Juwin..

tahniah sebab akak dpt masters.. mesti bnyk kenangan akak dgn arwah lbh2 lg sepanjang belajar akak mengandungkannya.. saya pn mcm tu, kadang2 rasa sayu sgt sy salurkan kesedihan sy dlm kek. bila mcm tu mmg keluar air mata tp hati rasa ringan sikit. walaupun 10 bulan sudah berlalu tp hati sy kdg2 masih terasa berat bila kenangkan pemergiannya.. innalillah.. mudah-mudahan kita menjadi org yg lebih tabah dan sabar..dan dimurahkan rezeki, insyaAllah.. semoga kita mendapat kebahagian di dunia dan diakhirat..

arepthedoctor said...

Eewwww takotnya cmna laa sy da kawin nt

Zack said...

dik, this is a rare case. tak semua akan kena macam ni, 1 in every 500 mothers je :) insyaa Allah semuanya selamat, don't worry too much :)

Unknown said...

Sis, ktne leh baca part 2?
Sgt Berminat nk tau