Friday, September 23, 2011

Mereka Tetap Anak Kita

Dalam duka ada suka. Dalam hiba ada tawa. Walaupun kita ditakdirkan untuk tidak bertemu di dunia ini, insyaAllah jika diizinkanNya kita akan jumpa jua di akhirat :)

Kita mungkin rasa kitalah ibubapa yang paling malang sekarang. Namun ingatlah, kita jugalah ibubapa yang paling beruntung di akhirat nanti :)

Kuatkan semangat para ibubapa yang juga kehilangan cahaya mata mereka. Tak kira selepas bersalin, sewaktu bersalin, atau sebelum bersalin. Mereka tetap anak kita. Janganlah kerana merasa duka yang terlampau sangat, tidak tahan melihat barang-barang, pakaian-pakaian mereka, sehingga menitiskan air mata kesedihan, kita harus melupakan mereka begitu saja. Ingatilah mereka, dengan melakukan perkara-perkara sewaktu kita gembira bersamanya. Itulah tempoh yang paling bermakna buat kita, ikatan yang tak mungkin akan terlerai antara seorang anak dan ibu atau bapa, walaupun dipisahkan dengan ajal sekalipun. Kerana mereka juga akan rasa gembira apabila melihat kita tersenyum melakukan perkara yang mengembirakan hati kita :)

9 comments:

K.Nor said...

salam zack.. sebenarnya anak2 yg diambil tu adalah pinjaman Allah buat kita.. Dia mengambil kembali hakNya.. semoga para ibu yg kehilangan anak2 ni redha dgn ujian ni.. sesungguhnya bila kita redha, bahagialah kita di akhirat nanti.. insyaallah..

Zack said...

kak nor, insyaAllah..cuma kadang2 terasa rindu sikit. lg mlm2 atau takde orang kat rumah. kdg2 tu ada termimpikan arwah, dia tahu kot mak dia rindukannya ;)

zuliana abd rahman said...

salam,

Yana setuju dengan zack.Kita harus happy2 kan diri untuk mereka.Walaupun terpisah antara 2 alam yang berbeza, mereka tetap anak kita.Insyaallah kalau kita redha dan sabar Allah akan tempatkan kita dengan mereka bila sampai masanya nanti.

Kayu Manis said...

salam,zack ada kelurga yg menyayangi zack kan..ada orang ambil berat,..kawan2..suami yg baik..

Zack said...

@Zuliana Abd Rahman: wa'salam..

sy harap Zuliana sekeluarga pn terus tabah..sy memahami keadaan yg telah dilalui, sampai menitiskn air mata bila membaca entri2 Zuliana..

@Cinnamon: wa'salam..
alhamdulillah, kedua2 belah keluarga amat supportive..teman2 pn amat memahami..suami pn sgt tabah, menjadi salah satu sebab kenapa sy boleh bertahan lbh2 lg ketika waktu kejadian berlaku..

CikCoach said...

Assalammualaikum.

Disaat saya berpantang, saya terjumpa blog Puan dan terima kasih kerana sudi mencoret pengalaman ini. Saya juga turut terkesan.

Saya baru kehilangan anak sulung, 7 bulan dalam kandungan. Tiba2 jantungnya berhenti. Saya terpaksa melahirkan bayi yang sudah tidak bernyawa. Tiada tangisan. Senyap dan sunyi. Seperti dunia saya sekarang.

Barang2 semua sudah disimpan. Moga2, ada rezeki untuk adik-adiknya yang lain.

salam perkenalan.

Zack said...

Waalaikumussalam, salam perkenalan CikCoach..

Tiada yg lebih memahami keadaan ini kecuali dr org yg pernah mengalaminya sendiri dan empunya badan.. I'm very sorry for your lost, it's a terrible thing to happen.. Takziah drpd saya, saya harap CikCoach banyakkan bersabar..semua ini qada dan qadar yg Allah tentukan utk kita.. It will take a while for our hearts to heal, but it will mend with time, insyaAllah..

Saya faham perasaan CikCoach, walaupun anak saya sudah meninggal 8 bulan lepas tapi ingatan saya terhadapnya masih segar lagi. Hati saya masih sebak bila mengemas bilik belakang dan ternampak baju2 yg tak berpeluang dipakainya.. Apapun tabahkanlah hati, yakinlah dia gembira di sana..insyaAllah, keredhaan terhadap apa yg berlaku akan pelan2 dtg dlm diri kita. Jika itu takdir Allah untuk kita, saya berdoa semoga kita menjadi lebih tabah mengharungi dugaan ini..

Salam perkenalan dr saya,
Zack

colours & cinta said...

Assalam..Kak..betul mcm ckp cikcoach..sye pon sye terkesan dan baca2 ayat2 akak buat sye lebih faham, bersemangat dan ramai yg mengalami situasi begini..Terima kasih Kak..
Anak saya pon arwah Dian Natrah baru je mengadap Ilahi pada 16hb yg lepas..hari ni genap 3 Minggu..die Ada brain Tumor dan da menjalani chemotherapy sbb ia Pnet cancer..since oct last year..dlm 6 bulan luang alik berkampung dihospital sg buloh n hkl..telah operate 7x dikepala dan 3x didada..panjang kesah ya..Tp drpd die menderita saya n suami bersedia n redha pemergiannya sementelah cancer makin merebak dan xleh buat chemo lg..
Terima kasih Kak sbb ayat2 akak ni buat sye lebih menerima qada qadar Allah..sebab sye selalu keseorangan kt rumah ni..ia lah nk dpt arwah pon tgu sthn 3 bulan..dan Allah pinjaman die utk kami 1thn 4 jua..
Sye xpandai nk luahkan di blog Cuma di FB utk berkongsi ngn kwn2..
Terima kasih Kak n Salam perkenalan..
Sye nk minta share ayat2 akak boleh ke?
;) xoxo Diana Nd

Zack said...

w'salam,
Innalillah.. takziah drpd sy..tak dpt nk bygkan kesengsaraan yg dilalui oleh Colours dan arwah.. hanya Allah saja yg tahu betapa hebatnya dugaan yg Colours dan suami lalui.. kalau kata2 sy boleh dijadikan pembakar semangat, ambillah utk dikongsi. kuatkan semangat..sy pn sebenarnya salah satu cara sy mengurangkan kesayuan di hati sy bnyk buat kek, sbb masa mengandungkan arwah sy mmg suka bereksperimen dgn deco2 kek. tu cara sy meluahkan perasaan. semoga Colours dpt mencari jalan utk meluahkan apa yg terpendam di hati..

salam kenal dr saya,
zack