Friday, September 16, 2011

Resepi Red Velvet Ice-Cream Cake

17

Salam Jumaat.. Panaskan enjin membaking balik, ahaks~

Kelmarin tergerak hati nak buat kek, tapi bukan sebarang kek. Nak try buat RVC (red velvet cake) tapi bukan biasa-biasa. Tercetus idea nak buat kek ice-cream, tapi ala-ala Red Velvet Ice-Cream Cake dari Baskin Robbins la (kononnya). Hehe..

Tak tahu rasa apa, masih pantang dari memakan makanan sejuk, bertelur dan elergik T_T Tapi En. Hubby kata rasanya lain, tak tahu nak cakap macam mana. Tengok habis dimakannya, walaupun kat luar tengah hujan. Hehe.. Baca dari komen yang pernah buat, katanya sedap. Mungkin sebab kombinasi kek dan cream cheesenya membuatkan ia lebih mengancam, tapi ku tak buat sebab nak simpan kek dalam freezer. Jadi ku guna fresh cream je nak hias, hias pun biasa-biasa je :P

Apapun, layan~

P/S: Taufiq panggil ni kek merah, jadi kira nampakla merahnya tu yek walaupun guna 1st pewarna je :P

UPDATE 28 MARCH 2012: Boleh lihat link ini untuk cara-cara buat kek ice cream bentuk Angry Bird.

Resepi Red Velvet Ice-Cream Cake (Kek Aiskrim Baldu Merah)
By: Zack@zachoes.blogspot.com

Red Velvet Ice-cream Cake
Nak tiru Baskin Robbins kononnya tapi last minit fikir biarlah lain sikit :p


Bahan dan Alatan:
1 lapisan kek Red Velvet saiz bulat 7" (resepi di bawah)
1.5 liter ice-cream perisa strawberry, apa-apa brand
250g - 300g fresh cream@non-dairy whipping cream yang dikocok kaku
1 loyang loose pan@spring form pan bulat saiz 6" atau 7" ketinggian 3"
1 spatula panjang
rotating cake stand
1 biji cakeboard
pisau tajam kecil
nozel icing
icing bag/piping bag
scrapper permukaan rata

Cara:
1. Buatkan keknya dahulu sebelum memulakan projek kek ice-cream. Keluarkan bekas berisi ice-cream 15 - 25 minit sebelum mulakan projek. Pastikan kek telah sejuk dahulu untuk elak ice-cream cair (lebih elok simpan kek dalam peti sejuk semalaman). 

2. Buatkan dasarnya dahulu. Potongkan kek ikut kesesuaian saiz loyang loose pan. Pastikan kek betul-betul ikut saiz loyang supaya ice-cream tidak meleleh ikut mana-mana celah yang kosong.

3. Ketepikan serdak-serdak kek untuk dibuat hiasan.

4. Ambil ice-cream yang sudah sedikit cair (jangan sampai sudah melt ye) dan isikan di atas kek tadi. Isi paras-paras ketinggian loyang tadi. Kemudian simpan dalam freezer 4- 6 jam atau hingga ice-cream keras.

5. Sediakan peralatan menghias sebelum memulakan operasi mendeco. Untuk lebih pantas, bagi tujuan hiasan rosettes dan bunga, sediakan nozel icing dan piping bag, kemudian isikan dengan fresh cream (sebab nak hias kek ice-cream kena cepat, kalau tak nanti ice-cream cair masa tengah deco).

6. Keluarkan kek dari freezer. Sisipkan pisau tajam dikeliling ice-cream. Perlahan-lahan keluarkan kek dan letak atas cakeboard.

7. Mulakan dengan membuat crumb coating. Dengan kelajuan pantas dan cekap, ambil sedikit fresh cream dihujung spatula dan sapukan di atas dan keliling kek. Pastikan jangan ada bahagian spatula terkena pada kek kerana serdak kek akan melekat pada fresh cream. Ini menyebabkan fresh cream berbintik-bintik dengan warna merah. Kalau ice-cream nampak mula mencair, simpan dalam freezer sekejap. Sambung lagi dengan melepa lebihan fresh cream di atas crumb coating supaya lebih tebal.

8. Kemaskan kek ice-cream anda dengan menggunakan scrapper. Kemudian hiaskan dengan menampal serdak kek di keliling kek dan paipkan rosettes di atasnya. Simpan dalam freezer semalaman sebelum dipotong (NB: Untuk dapatkan potongan kemas, biarkan kek pada suhu bilik sebentar. Celup pisau panjang dalam air panas, lapkan kering kemudian baru potong. Bersihkan pisau dan ulang untuk setiap kali memotong). 

NB: Sila rujuk link cara hias Kek Black Forest untuk buat crumb coating, langkah No. 5 dan langkah No. 7 untuk licinkan permukaan kek.


NOTE:
1. Boleh guna loyang bentuk segiempat. Kek pun bakar dalam loyang segiempat. Kalau guna loyang segiempat bolehlah tutup keliling dan atas ice-cream dengan kek-kek. Saya tak buat sebab malas nak bakar banyak-banyak (makannya seorang je, sayakan tengah pantang makanan. Huhu..)

2. Kalau kek ice-cream segiempat yang ditutup kelilingnya lagi mudah nak dihias sebab kita tak sentuh direct dengan ice-cream. Cuma tendency untuk comot tu lebih tinggi sebab keknya senang berderai (banyak sangat serpihan).


Resepi Red Velvet Cake (Kek Baldu Merah)

Source: Pinch My salt@http://pinchmysalt.com/2008/11/10/red-velvet-cake-recipe/
Loyang 7" bulat
(Bahan-bahan di bawah adalah separuh dari resepi asal)


A slice of ice-cream cake
Bahan:
1C + 1/4C tepung kek - ku guna tepung superfine
1/2st baking powder
1/2st garam - ku tak letak
* Bahan-bahan di atas diayak.

1sb serbuk koko (bukan jenis Dutch process) - ku guna serbuk koko biasa
1sb @ 1 fluid oz pewarna merah - ku guna 1st dan campur sedikit buttermilk untuk cairkannya
* Bahan-bahan di atas dicampur sebati hingga tiada ketulan.

1/4C butter tanpa garam - ku guna butter bergaram
1/2C + 1/4C gula kastor - ku guna 1/2C je
1 biji telur Gred A, suhu bilik

1/2st esen vanila
1/2C buttermilk - ku guna 125ml air + 1sb susu tepung + 1sb cuka
* Bahan-bahan di atas dicampur sebati dan dibiarkan 15 minit.

1/2st cuka makan
1/2st baking soda


Cara:
1. Panaskan oven 175C.

2. Lengserkan dan alaskan loyang dengan butter dan baking paper. Ketepikan.

3. Dalam satu bekas besar, pukul butter hingga kembang. Masukkan gula, pukul lagi hingga gebu dan kembang dalam 3 minit. Masukkan telur satu per satu, sambil dipukul sebati.

4. Masukkan adunan serbuk koko-pewarna, gunakan spatula untuk 'scrap'kan mana-mana adunan di keliling bekas. Masukkan tepung kek sambil dipukul kelajuan paling minima (untuk elak gluten terbentuk), sambil diselang-selikan dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan akhiri juga dengan tepung (cth: tepung-buttermlik-tepung-buttermilk-tepung).

5. Dalam bekas kecil, tuangkan cuka ke dalam baking soda. Campuran akan berbuih/fizz, dengan pantas tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Bakar segera untuk elak tindakbalas habis, bakar selama 25-30 minit atau hingga lidi dicucuk di tengah kek keluar kering.

6. Keluarkan loyang dari oven dan biarkan kek dalam loyangnya 10 minit, sebelum disejukkan di atas redai kek. Sesudah sejuk, balut kek dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk (jika mahu buatkan kek ice-cream keesokan hari).

17 comments:

~Norul Mas Hana ~ said...

salam,
kagum tgk kek yg cantik itu..
mesti sedap ni..bila la nak jd rajin mcm ni..hihi =)

Zack Zachoes said...

w'salam norul..
terima kasih ^_^ hehe, sy ni takdela serajin mana..buat sebab minat je..lgpun dh lama sgt tak mendeco, terasa rindu lak ;)

NADHIRAH NOR ZELAN said...

ko kena bukak kedai kek la mcm ni...kalau bukak kat semenanjung...aku la org yg selalu akan pi kedai ko hehheh

K.Nor said...

wahhhhhh.. mengancam abis ni zack.. dah panaskan enjin ya.. :)

Zack Zachoes said...

@nadhirah: hehe, buat suka2 je ni..sebagai hobi dan terapi ilangkan stres ;p tp nk buka boleh, ku tukang buat kek, ko jd bos. amacam? hehehe..

Zack Zachoes said...

@kak Nor: hehe.. aah panaskan enjin jap kak..enjin dh lama sgt tersadai kt dapur, berkarat sikit. hehe..

Cheq Sue said...

terancam sungguh nengok ke kek tauke kek ni... kalau cheq sue kena kasi panas enjin sampai berapi baru leh try kek ni...

Zack Zachoes said...

cheq sue, lama sgt tak buat kek terasa rindu dh ni. hehe.. nasib baik la bhn2nya ada lg sikit, guna apa yg ada je.. kita bkn tauke kek, sekadar minat je ni ;p

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum zack cayang..
cantiknya kek tu zack... mmg sungguh cantik... rajin betul zack buat n deconya.. suka tgk

Zack Zachoes said...

waalaikummussalam kak Diana,

hehe, makaseh kak..lama tak deco, dapat pegang piping beg rasa right at home ;) akak masak pun apa kurangnya, semua menu hebat2 belaka ;) hehe..

Shafiyah Marissa said...

nak tanya apa maksud 1C + 1/2C tu ye?

Zack Zachoes said...

C tu cup atau cawan. jgn guna cawan kita minum kopi-o tu, guna cawan metrik kt supermarket atau kedai bakeri. hehe.. 1C + 1/2C tu maksudnya satu setengah cawan. jd sukat satu cawan penuh dan tambah lg separuh cawan.

::myblog:: said...

salam.. nk tnya la
. klau kite x letak soda + cuke tu ade effect x pd kek?

Zack Zachoes said...

w'salam,
ada efek. tp sy belum pernah buat. cuma mana yg pernah buat keknya tak naik. kalau taknak guna baking soda leh ganti baking powder, tindakbalas kimia dia lebih mild. rasa pn tak berapa pahit mcm baking soda.

Hanim Wahab said...

salam z..kalo akak nk buat kek size triangle bole tak akak bakar kek empat segi sama lps tu akak cantum kan jd triangle dn sapu fresh cream d ats ny..tnx z

Hanim Wahab said...

salam z..kalo akak nk buat kek size triangle bole tak akak bakar kek empat segi sama lps tu akak cantum kan jd triangle dn sapu fresh cream d ats ny..tnx z

Aku. Zack Zachoes said...

w'salam
ada idea tu kak, jimat loyang macam tu. boleh, takde masalah (y)