29 September 2011, dapat mak tangkap gambar kubur arwah puteri mak walaupun sebelum ni sudah berapa kali mak melawatmu. Sempat juga mak buatkan air bunga, walaupun terpaksa mengejar masa untuk pergi ke open-house kawan abah petang tu. Bunganya pun mak petik apa yang ada je di depan rumah, tak sempat mak nak hiris nipis-nipis. Takpelah, lain kali mak buat cantik-cantik, insyaAllah.. Yang penting, terlepas juga hajat mak nak siram air bunga kat kuburmu...
![]() |
| Kurbur arwah anak kami. Nisannya abah yang buatkan, taknak beli kat kedai. Abah nak buat sendiri, tu janji abah masa Nurfatihah meninggal.. |
Walaupun jasadmu telah ditelan bumi,
Walaupun rohmu kini di syurga abadi,
Kenanganmu tetap di dalam hati kami...
Al-Fatihah untuk arwah anakku Nurfatihah Humairah bt. Muhammad Rahmat
Semoga dikau tenang, aman dan gembira di sana...
Dari mak (Nurzakiah) dan abah (Muhammad Rahmat)
"Kita boleh mohon drp Allah swt apapun yg kita mahu; tetapi Allah hanya perkenan apa yg kita PERLU dan apa yg BAIK utk kita saja. Justeru, jgn sesekali bersangka buruk terhadap Allah. Doalah yg baik2 secara berterusan dan lihat betapa hidup kita berubah menjadi cemerlang dan di berkati Allah."
(Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Friday, September 30, 2011
Zack Zachoes

Posted in: 



13 comments:
sebak tengok..dah selamat dia kat sana..
cinnamon, arwah sentiasa dlm kenangan :)
zack, cheq sue pun ada tau akak sulung, meninggal masa lahir, kalau nengok ke kuburnya pendek camtu jugak... -_-
salam kenal dan salam takziah buat zack....Alfatihah buat arwah Nurfatihah Humairah...
Al-fatihah buat Nurfatihah Humaira.Moga rohnya tenang di SANA
Al-fatihah.....buat arwah Nurfatihah Humairah...dan semoga jiwa Puan semakin tenang kini..sy percaya Pn seorg yg tabah kerana Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hamba2NYA...amin
Zuliana & Butik Idaman Anda: amin, semoga arwah tenang di sana.. BIA, sy hanyalah manusia biasa, mudah2an Dia penuhi hati kami dgn keredhaan di atas apa yg Dia telah tentukan utk kita..amin..
Quinnie: salam perkenalan..terima kasih atas doa anda.. :)
Sebak tgk kubur arwah. Al fatihah buat arwah nurfatihah Humairah....
Alhamdulillah, bidadari syurga kita bahagia disana.
Aslmkum Zack
Sayunya hati melihat kubur arwah puteri Zack.Al-fatihah buat arwah...bidadari syurga.
membaca kisah Zack...akak yakin Zack seorg yg tabah semangat. moga Allah terus memberikan Zack ketabahan dan ketenangan menghadapi semua ini..
Mrs. Xool: Semoga kita dipermudahkan utk dipertemukn dgn bidadari kita :) insyaAllah..
Mamasya: W'salam.. InsyaAllah mamasya, mudah2an Dia mengurniakan kesabaran dan ketabahan yg tinggi buat hambaNya yg lemah ini..amin..
salam. sememangnya arwah tenang dan pastinya syurga tempatnya. syabas puan, Allah telah memilih Puan untuk ke sana. hanya puan yang harus meneruskan ke jalan yg menuju ke syurga.arwah menunggu puan.. salam sayang dari umi muhammad yusuf danish.
@Dari Meja Kawe: W'salam.. terima kasih, apapun semua ini qada' dan qadar Allah..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Apa yg hanya kami mampu buat hanya berdoa dan sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga dia tenang di sana..
Post a Comment