Thursday, September 29, 2011

Ketika Rahimku Pecah...Mereka Wanita-wanita Yang Tabah

Sebenarnya saya bercadang nak berhenti pada post yang terakhir, Post ke 5. Cuma saya fikir, mungkin orang tertanya-tanya, apakah kesudahan pada kes saya ini? Adakah sudah kembali seperti sedia kala, seperti sebelum kejadian ini berlaku? Atau adakah saya akan berterusan mengenangkan kejadian tersebut, terus merintih dan menangis tiap hari, tiap malam, tiap waktu?

Mungkin pada sesetengah orang akan menilai seperti saya tidak redha dengan takdir yang ditentukan oleh Allah ke atas keluarga saya. Mungkin ada juga yang menilai, begitu cepatkah saya sembuh, hingga dapat membuat kek-kek dan mengupdatekannya ke dalam blog saya? Jawapan tidak semudah itu..

Bagi saya, sukar untuk kita sebagai hamba Allah yang lemah untuk menyatakan samada kita sudah redha atau tidak. Mungkin, pada sesetengah orang, kita nampak tidak redha. Mungkin, pada sesetengah orang, kita nampak begitu akur dengan kehendakNya. Yang lebih tahu, hanya Dia yang Maha Mengetahui..

Saya tidak menyesali atas apa yang pernah berlaku pada saya. Malah saya bersyukur. Kerana dengan kajadian ini, membukakan mata saya, hati saya, untuk lebih memahami situasi teman-teman yang lain yang pernah juga kehilangan seperti saya. Tidak kira, setelah, semasa, atau sebelum dilahirkan..

Pada saya, saya anggap diri saya beruntung. Kerana walaupun anak saya meninggal dalam perut, terkeluar dari rahim, namun alhamudulillah, dia telah dilahirkan dengan cukup sifat tubuh badannya. Tidak semua wanita yang begini nasib anaknya. Terkenang saya akan beberapa orang teman yang melahirkan anak yang kurang upaya. Nauzubillah..

Saya juga beruntung, kerana anak saya tidak menghadapi masalah seperti jantung berlubang, paru-paru tidak matang, atau kekurangan yang lain-lain. Sedangkan berapa ramai wanita di luar sana yang melahirkan anak dalam keadaan dia tidak cukup bulan, tidak sempurna tubuh badannya..

Saya bersyukur, kerana saya telah merasai nikmatnya mengandung, melahirkan anak yang sihat, walau dalam keadaan yang macam mana pun. Situasi saya juga membuatkan saya lebih memahami, ibu-ibu atau bakal-bakal ibu yang mengharapkan cahaya mata tetapi belum ada rezeki. Betapa hebatnya dan tabahnya hati wanita-wanita ini, menerima dugaan Allah bertahun-tahun..dan belum tentu dikurniakan rezeki anak..

Saya juga boleh memahami, bukan mudah untuk menerima tomahan, ejekan, gurauan orang, yang bertanyakan cukupkah dengan seorang anak saja sekarang? Kerana saya juga tidak mustahil akan berkeadaan begitu memandangkan keadaan fizikal saya tidak sekuat dulu. Namun saya akan cuba bersabar, dan menyatakan, mungkin belum ada rezeki lagi.. Syukur alhamdulillah, biarpun begitu, saya masih ada lagi anak yang hidup, sihat, dan cergas..

Saya bersyukur, walaupun anak saya tidak sempat menatap kedua-dua wajah ibubapanya, merasai sentuh belai kami, namun berapa ramai wanita di luar sana yang telah kehilangan anak sewaktu mereka sudah besar? Betapa beratnya hati wanita-wanita ini menanggung kesedihan, kepiluan, menatap baju-baju, barang peninggalan arwah..

Saya juga bersyukur, kerana ujian ini lebih merapatkan hubungan saya dan suami saya. Walaupun perit menerima hakikat anak kami telah meninggal, setelah berbulan-bulan kami menunggu kehadirannya, suami saya masih bersama saya. Tidak pernah menyalah atau menuduh saya bahawa sayalah penyebab kematian anak kami. Bukan saya tak pernah dengar cerita, anak meninggal semasa dilahirkan dan si ibu dituduh penyebab anaknya mati, lalu ditinggalkn oleh si suami, membiarkannya keseorangan di bilik bersalin. Si isteri masa itu sudahlah terpaksa menanggung  perasaan bersalah, anaknya sudah tiada, ditanggungnya juga sakit bersalin. Nauzubillah..

Alhamdulillah, disebabkan kejadian ini, saya lebih memahami kaum-kaum ibu dan bakal-bakal ibu, yang mengalami bermacam-macam masalah. Bertapa besarnya kuasa Allah. Sesungguhnya, musibah yang menimpa diri yang kerdil ini telah membuka ruang untuk saya melihat dan merasai sesuatu keadaan dari sudut yang lain. Mudah-mudahan, saya akan terus istiqomah dan muhasabah diri ini, kerana bukan kita sahaja yang mengalami kesusahan dan ujian yang berat. Ada lagi yang jauh lebih berat tanggungannya dari kita..

SubhanAllah, Maha Suci Allah. Syukur pada Mu Ya Allah, kerana musibah ini menjadikan saya terasa beban yang ditanggung lebih ringan, jika hendak dibandingkan dengan mereka-mereka semua..

Wahai wanita-wanita, lelaki-lelaki di luar sana.. Usahlah dikau membuatkan hati wanita-wanita ini terguris dek gurauan yang tidak kena tempat. Kerana sesungguhnya wanita-wanita ini lebih hebat, lebih tabah dalam mengharungi hidup mereka dengan sabar. Bukan mudah hati yang lemah menanggung bebanan yang begitu berat seorang diri. Bantulah mereka, berikan sokongan moral pada mereka. Kerana mungkin mereka ini jauh lebih hebat, tabah dari kita dalam menerima ujian dalam hidup...

14 comments:

Cheq Sue said...

walaupun perkara ini hanya zack yang alami, tetapi bila mengikuti kisahnya saya turut terkesan. memang pelbagai orang fikir tentang kita...samada redha atau tidak...mungkin zack menangis semasa mendeco, atau tersenyum ketika teringatkannya...atau mungkin juga terjaga di kala tidur sementara. Hakikatnya sebagaimana yang telah disuratkan, hidup perlu diteruskan. Walaupun senang berkata di pihak yang tidak merasai namun begitulah harapan semuanya.... *_^

Kayu Manis said...

salam ,saya amat setuju dgn Cheq Sue,berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..

Zack said...

alhamdulillah, sy masih boleh tersenyum bila mengenangkn arwah ketika membuat kek2. cuma sbg manusia biasa, sesekali kita tak dpt lari dari perasaan rindu pd yg telah pergi.. salah satu cara utk sy gembira dalam mengingatinya adalah dgn melakukn perkara2 yg mengembirakan semasa sy masih mengandungkannya, iaitu membuat kek2 dan mendeco. terubat sikit rindunya rasanya ketika itu :)

zuliana abd rahman said...

salam zack, rasa terharu, berbangga dan berterima kasih pada zack atas post kali ini.Rasa nak tumpang 'feel' sama-sama.

Memang bukan mudah nak hadapi 'kehilangan' anak ni.Bukan hanya kesediahn atas pemergian mereka yg perlu kita rasa tapi pelbagai kata-kata dan pandangan serong orang sekeliling yg perlu kita hadapi.

Kadang2 menghadapi kesedihan itu lebih mudah dari menghadapi pelbagai kata2 sinis dari org sekeliling ni.Mereka tak faham apa yg kita lalui dan rasai.
Yana dah rasa, bila saudara sendiri boleh judge macam2 atas pemergian anak sedangkan kita tahu semua ni atas kehendakNYA.Bila sampai masanya, anak kita tetap akan 'pergi' walau sebaik mana kita menjaga mereka.

Mudah-mudahan mereka yang salah menilai mengerti perasaan ibu-ibu seperti kita ni.

Zack said...

Zuliana: sy tujukan entri ni khas buat wanita2 yang tabah, terutama utk wanita setabah seperti anda :) semoga kaum2 ibu dan bakal2 ibu mendapat sedikit ketenangan membaca entri sy yg ringkas ini.. insyaAllah, we are not alone :) insyaAllah, ada jg yg memahami situasi spt kami :) semoga Zuliana terus tabah dan terus bersemangat..

E-na Zarina said...

betul tu zack, bukan mudah utk menghadapi situasi sebegini...dahlah kita kehilangan anak, nak layan ckp org sekeliling lagi...mmg kena positivekan minda supaya kita tak stress...dpt menyelami perasaan zack sbb e-na juga mengalami pelbagai cerita dan pengalaman yg berbeza mengandungkan 5 org anak...2 darinya meninggal..

Zack said...

innalillah.. kak e-na pernah kehilangan 2 chy mata ye..takziah.. kalau terlampau mendengar ckp org luar boleh jd gila agaknya kn kak? huhu.. nasib baik masih boleh berfikiran waras lg, huhu.. apa boleh buat..ni kira salah satu dugaan jg, mcm mana kita handle dgn persekitaran luar.. nk salahkan diorg sepenuhnya pn tak boleh, sbb yg alaminya kita..kita yg lbh tahu keadaan sebenarnya. alhamdulillah, ramai jg kawan2 yg masih memahami. dlm kesusahan, masih ada kesenangannya..

ezabidin said...

jam 3 pagi tadi (jumaat 11/11/2011, hospital klang) seorang sahabat lama x-ofismate meninggal dunia kerana rahim pecah.. arwah baby meninggal jam 1 pagi..dan sahabat saya meninggal jam 3 pagi.. pergi meninggalkan 2 cahayamata lelaki.. bila saya baca blog puan ttg rahim pecah.. saya dpt bayangkan dan rasakan azab kesakitan tersebut.. sesungguhnya Allah kasihkan hamba2Nya dan memberi pahala yg besar buat puan..dan arwah kawan saya.. meninggal di pagi jumaat yg mulia..

Zack said...

innalillahiwainnailahirojiun.. takziah kepada keluar beliau.. sesungguhnya dugaan yg keluarganya hadapi lebih berat dr sy..si suami dan anak2 kehilangan kedua2 adik dan ibu mereka.

mmg sakit, walaupun sudah lebih 3 bulan tp rasa pedih2 tempat terkoyak tu tetap terasa. bahagian tmpt caesar tak brp sgt, cuma tempat terkoyak tu rasa spt luka yg hmpir sembuh terkena air, pedih berdenyut2. apapun alhamdulillah, Tuhan masih panjangkan umur sy untuk bertemu dgn anak sulung dan suami..

semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kawan akak dan anaknya. sy doakan mereka ditempatkan di syurga di akhirat kelak buat ibunya krn meninggal semasa melahirkan anak dan baby krn meninggal tanpa sekelumit dosa.. takziah buat keluarganya sekali lagi..tak dpt sy nyatakan betapa beratnya hati ini mendengar ada insan yg senasib sy cuma dijemput lebih awal olehNya...

Beauty With Mary Kay said...

assalammualaikun.. Sungguh menyentuh perasaan bila baca entry kak zack ni..sesungguhnya berat mata memandang berat lg bagi memikul.. Saya pun baru keluar hospital minggu lepas kerna keguguran..mungkin tak de rezeki untuk dpt anak kembar kali..saya nk tanya kak zack, ubat apa akak ambik untuk pulihkan kembali rahim kak?? Boleh kongsi dengan saya, sbb doktor kata mungkin lepas ni saya dah tak boleh mengandung lagi kerna rahim saya dah nipis kerna baru2 ni semasa buat dnc saya mengalami pendarahan yang bnyk..dan sebelum ni semasa lahirkan anak y kedua saya mengalami masalah uri tertinggal..kata doktor sekiranya saya mengndung lagi mungkin rahim saya akan pecah..so saya nk tanya kak zack ada ambik atau makn ubat @ supplement apa2 tak utk rahim dalam akak??

Zack said...

waalaikumussalam,

takziah atas kejadian yg menimpa Ayzza..mmg berat mata memandang, tp berat lg bahu yg memikul.. doktor o&g sy bagitahu kalau nk cuba pregnant lg kena tunggu paling kurang 2 tahun, tp doktor swasta yg saya biasa rujuk kata kena tunggu 5 thn. masa nk mengandung lg mkgn ada komplikasi2 lg, risiko pn bertambah tinggi. apapun sblm nk mengandung lg akak kena rujuk dgn specialist nnt, kemungkinan akan masuk wad lebih awal utk monitor keadaan dlm rahim.

masa akak keluar hospital masa tu, doktor bagi ubat demam 2 jenis, tablet2 vit-C, B, dan E, ubat penahan sakit, dgn ubat mudahkn penghadaman. doktor hospital kata amalkn makan vitamin2 masa kita ngandung dulu, sbb ubat2 sembuhkan luka. selain tu akak ada pergi rujuk klinik swasta, dia ada bg lg vitamin E bentuk soft capsule utk cepat pulihkn luka dalaman, pastu dia suruh akak makan gamat dgn ikan haruan (awal2 3 minggu dulu akak mkn pil haruan, bulan depannya mkn pati ikannya, baru akak start makan gamat colagen). akak mkn ubat2 tu je, seeloknya mkn 1 thn atau lebih sbb kita tak tahu dlm rahim kita mcm mana. smpai sekarang tempat yg terkoyak tu masih denyut2 lg dan membengkak, kadang dtg bulan pn dia masih pedih2 je. kira belum pulih sepenuhnya lg walaupun dh masuk 6 bulan lbh. kalau nk tebalkn balik rahim kita akak tak tahu pula, sbb doktor bedah/o&g takde ckp rahim akak nipis. nnt akak checkup lg minggu dpn akak cuba tanya, mgkn ada supplement lain yg boleh tebalkn blk dinding rahim kita. yg akak tahu, mmg berisiko utk rahim terkoyak kalau rahim nipis, terutama dh nk masuk akhir2 waktu bersalin. org yg first time mengandung pn ada kena kes mcm akak, kenalan akak kt FB..

Zack said...

salam ayzza,

saya baru balik dr klinik. sy tanya2 doktor sy, dia bgtahu kalau rahim kita nipis tiada ubatnya.. dia bgtahu sy lg, kalau kita nk cek kita boleh buat sonogram, dr situ kita boleh tahu ketebalan rahim kita. sy rasa kalau ayzza nk ngandung semula, sebaiknya kita pergi specialist, cek guna sonogram sbb dr situ kita akan tahu hal sebenarnya. sy pn bercadang nk buat nnt, dengan nk masukkan dye dlm rahim nk lihat kalau ada leaking atau masalah lain. mudah2an semuanya ok.. sy leh faham perasaan ayzza, bila dpt tahu kita mgkn tak dpt mengandung lg.. sy harap ayzza tabah, mmg berat sgt rasa kt hati..sy tahu.. apapun kita berserahlah pd-Nya, mudah2an bila kita pulih nnt kita boleh buat rawatan susulan. manatahu, ada rezeki utk mengandung dan bersalin lg, melahirkan zuriat yg sihat, cukup sifat dan pnjg umur.. amin..

working mom... said...

Salam buat Puan,

Saya telah membaca 5 episode kisah duka puan...sungguh hanya Allah swt yg maha mengetahui apa jua hikmah disebalik ujian yg telah diturun kan....sungguh xdapat saya bayangkan jika saya punya kekuatan spt puan utk menghadapi dugaan hebat ini...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anakanda Nufatihah...dpt saya bayangkan beliau sedang gembira bermain di syurga nan indah sambil menunggu mama dan ayah utk bersama2 beliau...al-fatihah.

Zack said...

@Working Mom:

w'salam, terima kasih sudi baca kisah sy.. tanggal 25 julai ni genap arwah Fatihah meninggalkan kami sekeluarga. apa yg berlaku masih segar dalam ingatan, apapun kami sekeluarga cuba teruskan hidup dan besarkan anak kami Taufiq yg kini menjadi anak tunggal.. terima kasih atas doa cik/puan, hanya Allah saja tahu bertapa rindunya kami padanya..