Friday, April 1, 2011

Resepi Cheese Tart

Resepi cheese tart ni dah pernah tulis sebelum ni, tapi ku translate balik dalam bahasa Melayu. Enjoy!

UPDATE 26 APRIL 2011: Testimoni (cewah, testimoni konon macam hebakk je saya ek) dari teman blogger kak Myna a.k.a staf KKTaw.

Resepi Cheese tart
(36 biji mini cheese tart saiz acuan 4.5cm)


Keratan rentas kiwi cheese tart


Salah satu tempahan- yang dua bawah kanan tu ku test pipe dulu baru letak cheese dan lorek. Tak berapa terang sangat warnanya


Short crust pastry 
(diadaptasi dari Jo's Deli)

Bahan:
100g butter sejuk, dipotong dadu
180g tepung gandum
10g gula aising
1/2 biji telur Gred A

Inti:
blueberry/kiwi/strawberry atau lain-lain filling, secukupnya

Cara:
  1. Ayak tepung gandum bersama gula aising dalam bekas besar.
  2. Guna hujung jari untuk ramas-ramas butter dengan tepung gandum, hingga nampak seperti serbuk roti. 
  3. Masukkan telur dan gaul rata adunan dengan hujung jari. Gumpalkan hingga satu doh terbentuk.
  4. Tekankan sedikit doh ke dalam acuan saiz 4.5cm dan trim/buang doh yang berlebihan. UPDATE 27 JUNE 2011: Acuan tak perlu disapu dengan butter, sebab bila dibiarkan sejuk dalam acuan lebih kurang 3-5 minit memang senang nak dikeluarkan.
  5. Cucuk dasar acuan tart dengan garfu untuk mengelurkan udara ketika memasak (bagi mengelakkan pastry kembang). Buat sampai semua habis.
  6. Panaskan oven pada suhu 175C. Bakar untuk 15-20 min atau hingga tepi-tepi pastry keperangan.
  7. Sejukkan sepenuhnya dalam acuan sebelum dikeluarkan. Isi adunan cream cheese dan filling dalam pastry yang sudah masak (Tip: Jangan isi semasa tart masih panas, cheese akan meleleh ke tepi tart nanti).
  8. Isikan kiwi/blueberry/strawberry filling dan pipekan adunan cream cheese di atasnya. Atau boleh juga pipekan adunan cream cheese dulu, baru di pipekan filling ke dalam adunan cream cheese.
  9. Bakar selama 10 min, suhu 160C atau hingga cheese nampak sedikit kering (hati-hati jangan sampai merekah).
  10. Setelah masak sejukkan atas redai kek.

TIP: 
Nak dapat tart yang cheesenya tak tenggelam lepas dibakar, biasanya ku bakar jangan permukaannya sampai dia jadi kering atau merekah. Rasanya sebab resepi pun jenis tak guna whipping cream (adunan tak lembik) jadi bentuk dia kekal/stay macam tu lepas dibakar (pemerhatian ku saje, hehe..)


Cream cheese filling
(diadaptasi dari haz_amon@myresepi.com)

Bahan:
125g cream cheese
25g gula aising
10g butter, dilembutkan
1/2 biji telur Gred A (guna yang baki dari pastry di atas tadi)
1/2sb besar perahan lemon - optional (kalau guna Philadelphia atau Anchor boleh abaikan sebab rasanya memang agak masam. Kalau guna Tatura mungkin leh letak sebab Tatura rasa lebih ke'susuan'- bagi saya la)

Cara:
Pukul kesemua bahan-bahan kecuali telur sampai gebu. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan ke dalam piping beg. Sedia untuk digunakan.



Kiwi cheese tart

Contoh blueberry cheese tart dari tempahan yang lepas sebelum ia dibakar

19 comments:

BELAJAR MASAK2 said...

salam, gebu dan jambunyer, tp naper yea cheese tart saya buat time dlm avon naik gebu mcm akak punyer cantik jer, tp bila kena nagin kat luar oven turun mcm bantat cis dia...dan lg satu jem yg saya hias atas cheese tat jadi tenggelam....xcantik, ?????:(

Zack said...

w'salam..

saya dah lama tak buat tart sejak keluar dari hospital aritu.. sy tak brp pasti pula kenapa dia tenggelam masa keluar oven. kdg2 sy pn kena macam tu. biasa sy pipe cheesenya sampai hampir tepi2 pastrinya dan pipekan biar nmpk cheesenya tinggi/menggunung sikit. nnt masa bakar dia akan kembang, bila sejuk dia turun sikit tp tak brp nmpk. cuma jgn terlalu bnyk sgt takut dia melimpah masa bakar.

yg inti tu pula sy guna filling beli kt kedai bakeri. biasa org buat dia pipekan dulu filling kt dasar pastri kemudian pipekan cheese atasnya pula. pastu guna lidi buat corak dengan pewarna atas cheesenya.

kalau cara sy shortcut, filling tu sy letak dlm piping bag pastu cucuk hujungnya ke dlm cheese (yg sudah dipipe ke dlm pastri). pastikan hujung piping bag tu kena pada dasar pastri supaya filling tu betul2 masuk ke dlm. pastu sy picit sampai cheesenya nampak gelembung sikit. mungkin tu juga salah satu faktor cheese tart sy nmpk kembang cmtu kot? tp tak berapa menarik la rupanya sbb nmpk inti, hehe..

Seri7ujuh said...

Assalamualaikum..sy nk tanya..mengapa cheese tart yg sy buat cepat benar lemau (masuk angin) kulitnya..bg filling sy guna campuran cheese n whipping cream. Kalau guna resepi yg zack bg ni..berapa lama kita boleh simpan tart tu? kena simpan dlm fridge ke?
Tq

Zack said...

waalaikumussalam..

saya ada tanya pakar2 buat tart kt FB, diorang bagitahu beberapa perkara:
1. selepas pastri sejuk setelah dibakar, terus simpan dalam bekas kedap udara. jgn biarkan lama2 kt suhu bilik sebab angin akan masuk pastri menyebabkan dia lemau.
2. pastri yg sudah dipaipkan cheese dan dibakar mmg lama2 akan lemau. utk elak dia cepat lemau, simpan tart dlm bekas kedap udara.
3. bakar pastri pd suhu terendah 130C selama 45minit atau hingga garing. biskut yg dibakar pd suhu rendah akan tahan lebih lama, insyaAllah.
4. memang lumrah alam, tart yg sudah dibakar dgn adunannya akan lama2 lemau sebab kelembapan dr cheese tu akan meresap ke dlm pastri tersebut. jd elok makan fresh from the oven.

harap membantu ^_^

yumm86 said...

Salam.. Nak tnye ape beza filling yg guna whipping cream & yg x guna whipping cream yep?

Zack said...

w'salam.. dr segi rasa sy tak pasti, sbb sy tak pernah guna whipping cream dlm cheese tart. tp dr apa yg sy perhatikan tart yg dibakar mempunyai permukaan cheese yg lebih rata mgkn sbb additional cecair dlm adunan. kalau resepi yg sy guna ni dia agak menggelembung sedikit. wallahu 'alam

nurul iman (amira) said...

salam....nk tnye cm mne nk jd cm chef??saya mnt sgt memasak tp x thu nk masok tempat bljr to kt mne...saya dh cri tp smue swsta...bley ker chef bg thu almt ssuai untuk saya nie....tq

Zack said...

w'salam.. adikku sayang, akak pn bukanlah chef bertauliah, sekadar minat dan isi masa lapang je ;) hehe.. tp akak cuba tolong sebaik mungkin. kalau nk mudah tp kos lbh tinggi, swasta mmg banyak bg kursus2 kulinari. kalau kerajaan cuba cari Giat mara, tp bergantung pada tempat tgl adik. kursusnya kebanyakkannya makan bulan atau tahun, dan bergantung jg pada kursus2 yg ditawarkan pd tempat tersebut.

ni ada link mengikut negeri:
http://www.giatmara.edu.my/p/maklumat-latihan.html

yg ni pula senarai kursus kulinari yg ditawarkan:
https://spreadsheets.google.com/pub?key=0AnaP2FS0_R0cdHd1eTd4ZlRZT3Q1dk9mTjE4ZV9od1E&hl=en&single=true&gid=0&output=html

kalau sekadar ingin sijil kemahiran je dan tak mahu makan masa berbulan2, boleh ikuti kursus2 jangka pendek yg ditawarkan oleh Kolej Komuniti. setiap kursus yg ditawarkan oleh kolej komuniti bergantung jg pd permintaan penduduk bandar tersebut. misalkan ramai yg ingin belajar buat roti, kita boleh usulkn kolej komuniti tersebut buatkn kursus roti.

harap dpt membantu sebaik mungkin ^_^

CtNa said...

salam..jem blueberry nan blueberry filing lain ke? macamna saya nak dapatkan filing tu? kat pasaraya ade tak? kt tmpat saya xde tesco ke, carefour ke, yg ade juz mydin dan giant je.. satu lagi gune butter kemajerin biase tu?

Zack said...

w'salam, jem dan filling tak sama. satu, jem lebih manis. dua, jem lebih pekat. kalau kedai bakeri takde, leh guna jem kot tp cuba cari yg jem jenis buah2an segar, cuma mungkin lbh mahal kot.. butter sy mmg guna butter, sy tak campur dgn majerin ^_^ harap membantu

manusia tanah said...

Hi kak, nak tanye
1) kenape cheese saya tak berapa nak cair & tak berapa nak licin..ade ketul2 halus.
2) bile nk betul2 masak cheese tu..bhgn atas chese tu msti merekah n kering tak kilat pon..tapi dalam dia..cm lembik lagi..tak faham la..

Zack said...

hi,

1) cheese berketul kdg simpan terlalu lama (biasa akak beli kt kedai jenis siap potong dia mmg berketul2 sikit bila nk guna). cara akak, cairkan dia atas double-boiler. letakkan cheese + butter dlm resepi + gula dalam bekas tahan panas, letakkan bekas ni di atas periuk yg berisi air mendidih. kacau2 sampai dia cair. pastikan jgn letak telur dulu kalau tak dia jd scrambled eggs tau?

2) merekah tandanya terlebih masak atau suhu oven terlalu tinggi. cheese mmg dia cair sikit, tp dah masak tu lg2 dia dh merekah. cheese bila sejuk baru dia tak cair. utk elak dia merekah atau kering, kurangkan suhu dan kekalkan masa memabakar tu. katalah, 160C@10minit tukar 150C@10 atau smpai permukaan tu nmpk licin sikit.

Unknown said...

assalam sis, nak tnya ckit.
1. berapa lama kita kene putar cheese dengan gula? adakah disebabkan putar terlalu lama membuatkan cheese filing tak membuncit dan mendap??
2.apakah fungsi butter dalam adunan filing cheese tersebut?

Zack said...

wassalam,
1. kalau cara ni mmg akan membuncit tp rata bila sudah masak. apa2 bahan bila diputar terlama akan menyebabkan udara masuk ke dalam adunan. udara yg masuk ni akan mengembang bila dibakar. memandangkan ia hanya cheese semata2 dan tiada tepung, disarankan untuk cheesetart yg membuncit elakkan memasukkan udara yg banyak (elakkan putar terlalu lama), untuk cheesetart yg lebih rata ketika sejuk bolehlah diputar lama.

sekadar mix hingga sebati, kemudian paipkan cheese hingga membukit (betul2 membukit) di dalam tart shell. bakar pada suhu yg rendah 150C untuk elakkan cheesetart merekah.

2. butter memberikan rasa lemak dan tekstur yg lebih gebu pada cheesetart. boleh diabaikan atau ganti dengan krim (whipping cream atau fresh cream) 1sb.

Unknown said...

Salam. Sis. Nak tanya.
Saya baru je pakai tart presser then bila saya bakar dia turun :(

Boleh dapat tips tak bila bakar crust dia tak turun ?

Unknown said...

Salam. Sis. Nak tanya.
Saya baru je pakai tart presser then bila saya bakar dia turun :(

Boleh dapat tips tak bila bakar crust dia tak turun ?

Langit Tinggi said...

Nk tnya..saya xbuat crust..tpi beli crust dia je..jdi sy tggl nk isi cream cheese filling.boleh x saya xpyh bakar.just msuk peti je utk keraskn dia.bleh x?

Zack said...

@Farizahani: wassalam, biasa kalau bakar crust mmg dia akan pull-back@shrink sikit time bakar. Itu normal :)

@langit tinggi: kalau cheese filling yg tak guna telur boleh je tak bakar. cuma apa2 inti yg guna telur lbh baik bakar. kalau buat custard fruit tart biasa dh siap crust, kita tak perlu bakar lg. cuma custard saja kena buat asing2, boleh guna instant custard atau jenis yg masak atas double-boiler. nk lg tahan, sapu dasar crust dgn coklat cair, jd lembapan tak serap ke dlm tart.

Unknown said...

As salam sis Zack..nak tanya kenapa masa bakar crust minyak keluar banyak.