Monday, September 19, 2011

Ketika Rahimku Pecah..Part 3

Bagi yang lemah semangat atau daya imaginasi terlalu tinggi disyorkan jangan baca post ini. -zack


Bersambung dari Part 2.


Selesai saya dibedah, saya diusung masuk ke tempat ruang menunggu. Dalam ruang menunggu tu cuma ada 2 orang, saya dan seorang lagi yang baru saja selesai dibedah. Sedang saya menunggu di situ, datang doktor yang membedah saya tadi. Doktor tersebut bertanyakan khabar, adakah saya berasa selesa, tidak pening-pening? Saya katakan tidak. Saya lihat doktor tersebut seakan-akan nampak bersalah. Sedikit sayu. Saya tanyakan pada doktor tu lagi, 'Doktor...mana anak saya?' Doktor tersebut cuma memandang saya tanpa berkata apa-apa untuk beberapa minit. Saya dapat lihat reaksinya seolah-olah orang yang bersalah. Teragak-agak. Mulutnya terbuka sedikit seperti ingin membicarakan sesuatu. Tapi kembali rapat tanpa berkata apa-apa. Antara mahu cerita atau tidak. Akhirnya dia menjawab, subuh esok dia akan datang terangkan segalanya. Dan dia suruh saya rehat dahulu.

Saya hanya angguk membisu. Selepas 30 minit menunggu di situ, akhirnya saya diusung kembali ke wad bersama suami di sisi. Setibanya di wad, saya terkejut melihat betapa ramainya orang yang datang menziarah. Dalam hati saya berkata, wah...ramainya datang nak tengok baby...baiknya kawan-kawan, tak pernah orang datang melawat macam ni ramai masa Taufiq lahir dulu.. Sebab saya tersalah sangka, saya ingatkan mereka datang melawat saya untuk mengucapkan tahniah...rupa-rupanya mereka datang mengucapkan takziah..

Di dalam wad saya diletakkan di hadapan station nurse. Suami datang menghampiri saya, lalu merapatkan mukanya ke telinga saya seraya membisik, 'Anak kita perempuan...putih...cantik. Sama macam Nur bayangkan. Cuma anak kita tidur dari tadi...tak nak bangun-bangun...abang dah kejutkan pun dia taknak bangun..'

Kalau dilihat dari air muka saya mungkin saya kelihatan sedikit bingung. Takpun tenang. Mungkin juga sedikit keliru. Atau mungkin juga sebenarnya saya tak ingin faham. Dalam hati saya bercakap, 'Tak mahu fikir. Biarlah, esoklah fikir. Dah penat dah...nak rehat dulu...' Mungkin secara tak sedar saya sudah lama tahu yang anak kami tak dapat diselamatkan. Sudah lama pergi menghadap-Nya..

Selepas tu satu-satu kawan datang hampiri saya di katil. Peluk, cium, beri kata-kata semangat. Saya tersenyum gembira, bersyukur dapat kawan-kawan yang begitu baik hati. Mungkin masa tu naluri saya mengatakan arwah sudah tiada. Cuma secara sedarnya saya tak nak akuinya. Sehinggalah salah seorang yang datang melawat mengatakan sesuatu yang saya rasa cukup dalam maksudnya. Dia mengucapkan takziah. Mengatakan saya masih ada Taufiq dan Rahmat, dan menyuruh saya banyakkan bersabar. Dalam hati saya bercakap, 'Rahmat dan Taufiq je ke? Nama baby tak sebut ke...' La illaha illallah..

Selepas semua orang pergi, suami saya menemani saya di tepi katil. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Suami saya memberikan kata-kata semangat, suruh saya cepat sihat. Masa tu mak ada sekali dengan Taufiq, tapi mak berehat dalam bilik wad Kelas 1. Rupanya mak tak sanggup berhadapan saya kerana khuatir saya akan bertanyakan soalan cepumas lagi... 'Mak..mana anak saya?'

Selepas berborak sebentar dengan suami, dia menyuruh saya untuk rehat dan tidur. Pagi-pagi esok doktor akan datang untuk beri penerangan. Dan kami pun tidur, saya di luar di hadapan station nurse. Suami, Taufiq dan mak di bilik wad Kelas 1 yang kebetulannya kosong semasa saya datang check-in beberapa hari dahulu. Rezeki kami, kerana biasanya bilik Kelas 1 jarang kosong dan mesti ada pesakit yang guna. Polisi di Hospital Tawau begitu, siapa cepat dia dapat, kerana bilik Kelas 1 hanya ada satu bilik untuk setiap wad bersalin.

Esoknya sebelum jam 6 pagi suami sudah bangun temankan saya di tepi katil lagi. Kami berborak-borak sebentar sambil menunggu doktor datang. Suami menceritakan lagi, puteri kami masih belum bangun. Tidur lena. Suami kata cocok nama yang saya berikan pada puteri sulung kami. Nurfatihah Humairah..

Sejujurnya, setiap kali saya scan sebelum ini, saya tak pernah tahu jantina bayi saya. Seawal usia minggu ke-36, saya sudah cuba menyelami perasaan dan naluri saya sendiri, cuba mengenali anak dalam kandungan saya. Adakah dia seorang lelaki? Atau seorang perempuan? Mungkin naluri seorang ibu memang begitu. Dia seakan dapat 'mengagak' sifat-sifat anak yang dikandungnya. Saya dapat rasakan anak saya seorang perempuan. Kulitnya putih bersih. Wajahnya cantik, gebu. Saya mengagak rupanya persis rupa abangnya semasa lahir dahulu, gebu dan bersih. Dalam pemilihan nama anak perempuan saya tidak menghadapi banyak masalah, walaupun saya tidak pernah tahu jantinanya.

Terdetik dalam hati saya untuk memilih nama yang indah, yang akan mengingatkan saya kepadanya. Dan juga membawa simbolik satu 'pembukaan, permulaan yang baru'. Saya namakan dia sebagai 'Fatihah', seperti surah al-Fatihah dalam al-Quran. Saya membayangkan rupa parasnya yang cantik, bersih, dengan kulitnya yang putih-kemerahan. Saya namakan dia sebagai Humairah. Suami pernah mengusik sebelum saya dapat ilham mengunakan nama 'Fatihah', nama yang saya cuba cari hujungnya mesti ada 'Humairah'. Akhirnya nama 'Nurfatihah Humairah' diputuskan seawal minggu ke-36, dalam ketidaktahuan mengenai jantinanya lagi. Untuk nama lelaki saya memang menghadapi masalah. Itu, ini tak kena. Semua serba tak kena. Rasa jelik didengar, tidak enak untuk dipanggil. Memang hairan..

Pada minggu-minggu terakhir sebelum menunggu waktu bersalin, saya sempat lagi ke dapur membuat kek, membuat tempahan untuk kawan-kawan. Walaupun perut sudah besar, tapi saya tetap gagahi juga ke dapur.  Bila difikirkan balik, kenapa saya bersusah payah mahu membuat kek, sedangkan saya hanya tunggu masa bersalin? Sampai mak saya sendiri kata, 'Rajinnya kaklong..kuat kaklong ke dapur..kalau mak 7 bulan dah tak boleh nak bangun..' Adik-adik yang datang pun suka usik perut saya, kata suka tengok perut kaklong. Jelas terpancar pada wajah mereka, sudah tidak sabar menunggu anak buah yang baru..bermain dan bergurau dengannya. Namun Allah lebih menyayanginya..

Seingat saya, sebelum saya masuk wad buat kali terakhir, saya dapat rasakan satu perasaan yang kurang enak. Seperti saya harus juga buat kek. Mendeconya. Seolah-olah mengikut satu arahan. Ataupun satu permintaan. Kalau diikutkan hati memanglah saya mahu berehat, duduk relaks menunggu masa. Tapi perasaan anxiety seperti menguasai diri pada minggu-minggu terakhir. Paling saya teringat masa mendeco kek Black Forest dan Kek Kiwi Fresh Cream. Dan membuat coklat cheese tart. Terasa seolah kalau tidak dibuat, saya akan menyesal..

Bila difikirkan kembali, terasa sangat bahagia semasa mendeco kek Black Forest dan Kek Kiwi pada ketika itu. Tenang...gembira...seronok... Seolah-olah ada orang menemani saya waktu tu. Mungkin kalau ditakdirkan arwah masih hidup, hobinya mungkin seperti maknya. Membuat dan mendeco kek.. Wallahu 'alam..

Kalau ditenung kembali, pada usia kandungan masih 36-37 minggu, saya dapat rasakan sesuatu yang kurang enak. Terdetik dalam hati saya, mungkin salah seorang ataupun kedua-dua sekali akan pergi menghadapNya tak lama lagi. Perasaan kurang enak itu berlanjutan untuk beberapa hari. Hinggakan malam-malam saya membaca surah Yasin, sambil terasa seolah-olah saya membacanya untuk diri sendiri.. Perasaan seolah maut hampir tiba menghantui saya ketika saya dalam solat. Sampai saya terlintas dalam hati, walaupun blog saya tidaklah mempunyai banyak faedahnya, namun saya harap andaikata suatu hari saya pergi, biarlah ia memberi faedah pada orang lain..  Ternyata walaupun saya terasa mungkin saya yang akan pergi dahulu, namun arwah lebih awal menghadapNya.. Allahu akhbar..

 Bersambung...


"dalam pahit ada manisnya...dalam susah ada senangnya... 
setiap kesusahan yang melanda diri kita, pasti Allah akan beri pertolongan. 
cuma kita yang perlu muhasabah diri, mencari kesenangan yang tersembunyi yang dikurniakan olehNya. 
insyaAllah, kita takkan merasa Allah membiarkan hamba-hambaNya dalam kesulitan.. subhanAllah."

10 comments:

HaSue said...

Teruskanlah bercerita dan berkongsi pengalaman zack..sekurang2nya beban di dada mungkin sedikit ringan..
Tak dpt nak bygkan betapa sedihnya kehilangan arwah..tapi zack sesungguhnya wanita tabah...Allah kan hanya menguji hambaNya yg tabah..jd zack adalah org yg terpilih menerima ujian sekuat ini..byk2 bersabar yer dan insyaAllah hanya DIA membalas dgn ganjaran terbaik nanti

Cheq Sue said...

airmata di pagi hari... dari 1 sampai 3 macam luluh je dalam hati

Kayu Manis said...

nak tunggu cerita seterusnya..

Ida,Japan said...

slm zack....ida dh baca dr part 1-3,sgt sadis, terharu, ngeri zack.. kes2 sebegini sgt jarang berlaku dan ida dgr,ida dpt bayangkan begitu getir saat zack melahirkan, ida yang pernah melahirkan cara & kes normal ni pun, sgt2 terasa kesakitannya..apatah lagi keadaan zack pada masa itu..kesakitan, kepayahan, cemas,...bagai nk luruh jantung ida bila membacanya...syukur alhamdulillah Zack telah dipanjangkan umur olehNya, semoga Zack terus tabah menghadapi hari2 yg mendatang..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman, pemergiaan arwah yang masih suci bersih mungkin ada hikmah disebaliknya..
Zack....maknanyer Caesar ni kali ke-3 ke zack? Jarang kita dgr risiko kehamilan seterusnya selepas caesar sebelum...kuatkan semangat ye zack...mungkin apa yg berlaku satu ujian & ada hikmah di sebaliknya disebaliknya

Zack said...

@kak HaSue: entri2 ni sebagai kenangan utk saya supaya tidak melupakan arwah.. kesakitan fizikal akan pulih mengikut masa. kesakitan batin tak mungkin dpt dilupakan seumur hidup..

@cheq Sue: mengalahkn drama korea ke cheq Sue sampai menangis? ;p hehe..

@cinnamon: rasanya makin lama makin dasyat, tp mgkn juga tidak.. hehe..

@kak Ida: mmg jrg sgt berlaku, 1 dlm seribu. pula tu terjadi gara2 sebab satu perkara je..tp dah mmg ditakdirkan begitu, Allah berhak atas segala sesuatu. kita hanya mampu merancang, Dia yg menentukan.. sy caesar kali ke-2 kali ni kak, kali pertama sbb tali pusat lilit leher anak. jd doktor kata tak boleh tunggu lama2 sbb air ketuban masa tu dh pecah..terpaksa dioperate dan alhamdulillah anak sulung selamat..

Anugerah said...

Salam perkenalan pn.zack..Saya suka ayat terakhir pn zack,Allah takkan membiarkan hambanya menghadapi kesulitan tanpa bantuan.. Itulah yang saya rasakan sebelum kehilangan arwah baby Dhia Farhah,pelbagai petunjuk yang diberikan,hanya menyedarinya apabila melalui saat getir mengetahui bayi yang dikandung tidak bernyawa lagi..

Apapun semoga pn zack terus dikurniakan Illahi ketabahan dan kesabaran serta kekuatan menghadapi hari2 mendatang..

Zack said...

@mama Dhia: salam perkenalan mama Dhia. seandainya kita mengetahui ajal kita lbh awal, kita tetap takkan dpt mengelakkn dri dari kematian kalau Allah dh tetapkn ajal kita sudah tiba. btl kn? :) namun syukur alhamdulillah, Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dia telah memberi kita petunjuk2, tanda2 sblm kejadian berlaku. mungkin kita tak sedar masa itu, kita hanyalah manusia yg alpa..namun secara 'tak sedarnya' kita telah bersedia utk menghadapinya lbh awal.. wallahu 'alam..

semoga kita terus dapat menghadapi hari2 mendatang, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anak2 kita..amin..

E-na Zarina said...

dari part 1 ke 3 ni E-na masih tertanya2 mcm mana rahim boleh pecah...apa sebabnya...

maklongon9shoppe said...

sekarang sy faham knp doc ttp bedah sy masa 2nd pregnancy. pd mulanya sy sangka doc tu cari duit lebih (swasta), rupa rupanya nk mengelak risiko sebegini... takziah sy ucapkan atas pemergian anak puan. setiap yg berlaku anda hikmahnya. sy harap puan bersabar dan redho dgn apa yg terjadi..

Zack said...

kak E-na, rahim sy pecah sebab contraction. doktor kt hospital aritu induce sy sbb baby lewat 10 hari. pastu dlm tgh contraction tu, bukaan dh 5cm tp tiba2 ceasar lama sebelah kiri sekali terkoyak. koyakan dia menjalar sampai ke atas dan ke bawah. tak boleh nk salahkan juga, sbb kat sini doktor pakarnya sikit. sy kena induce pn sbb ikut prosedur. cuma sbb sini kira pengalamannya tak bnyk, diorg tak jangka contraction boleh menyebabkan previous scar tu terbuka balik. cakap doktor swasta, sebab jadi mcm tu sbb ada previous scar, babynya berat (doktor hospital sendiri mengaku bila lepas kejadian, alat2 sebenarnya ada ralat 500g+-, arwah lak 3.6g- 600g lbh dr yg doktor expected), dan induce mmg terlalu kuat sampai kerjakan rahim kita sampai terkoyak.

@maklong: nasib baik doktor maklong berkeras utk bedah, sebab risiko tu very real. cuma sebab kejadian nk berlaku tu less than 0.02% jadi tu doktor2 sy taknh terfikir benda tu akan berlaku kt saya. sbb sepanjang sy mengandung takde masalah, tu doktor2nya leh proceed. ikutkan ramai yg sy kenal mcm sy, 1st ceasar seterusnya normal. cuma bezanya diorg semua selamat, ibu dan anak.. bak kata doktor, I'm just unlucky...