Monday, September 19, 2011

Ketika Rahimku Pecah..Part 4

Bagi yang lemah semangat atau daya imaginasi terlalu tinggi disyorkan jangan baca post ini. -zack


Bersambung dari Part 3..


Tepat pukul 6 pagi doktor semalam datang melawat saya di wad. Sebenarnya sepanjang malam saya tak dapat tidur dengan lena. Asik termimpi-mimpi, teringat-ingat. Kadang-kadang badan menggigil tak semena-mena. Terasa seperti dihantui oleh satu perasaan yang menakutkan. Ntah kenapa saya pun belum pasti. Kerap kali saya terkejut, tersentak dari tidur. Kemudian kembali tenang apabila melihat terdapat orang disekeliling saya.

Sebelum doktor tiba, suami telah duduk di sisi saya. Memandang tepat ke dalam anak mata saya sambil menggenggam erat kedua-dua tangan saya di dadanya. Dan berkata dengan nada perlahan dan jelas, tanpa menghiraukan orang-orang disekeliling yang kelihatan begitu berminat sekali dengan apa yang berlaku pada keluarga kami, 'Apapun terjadi abang tetap sayangkan Nur..ingat tu..tak kira apa pun berlaku. Ingat abang, ingat Taufiq..'

Dalam hati, saya tertanya-tanya. Apakah yang berlaku? Binggung juga dibuatnya.

Doktor memulakan mukadimah dengan bertanyakan kesihatan saya. Saya menjawab alhamdulillah, baik. Terasa sakit-sakit dihujung jahitan, tapi tidaklah seteruk seperti melahirkan anak sulung. Doktor berkata, mereka telah memberikan painkiller yang paling kuat pada saya, untuk mengelakkan saya rasa lebih sakit.

Doktor berkata lagi, ada 4 perkara yang perlu dia sampaikan. Saya melihat dia menarik nafas dalam-dalam. 'As though bracing himself for the worse', saya terfikir dalam hati. Si suami pula tidak melepaskan genggaman tangan saya di dadanya. Hairan saya ketika itu. Kenapa suamiku sebegini kali concern? Rupanya dia takut saya akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri saya sendiri akibat tekanan yang melampau.. Namun alhamdulillah, saya masih berupaya berfikiran waras dan tenang dalam krisis yang melanda..

Doktor mulakan dengan tenang, dia harapkan saya banyak bersabar dengan apa yang ingin dia sampaikan. Kerana sesungguhnya apa yang disampaikan itu telah membuatkan jantungku hampir terhenti seketika. Saya sangkakan pembedahan semalam hanya pembedahan biasa. Sama seperti saya melahirkan Taufiq. Rupanya pembedahan semalam merupakan satu kecemasan menyelamatkan nyawa kami dua anak-beranak. Dan ia turut berkait rapat dengan keupayaan saya menimang zuriat lagi pada masa akan datang. Astagfirullah..

Doktor memberitahu dengan lembut, contraction yang saya rasakan petang semalam telah menyebabkan rahim saya terkoyak. Dan ia telah menyebabkan anak kami lahir di luar rahim, dalam keadaan dia masih di dalam badan maknya. Doktor itu bercakap dengan nada yang seakan menyesal, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan arwah. Namun Allah lebih menyayanginya. Dia telah meninggal sebelum sempat melihat dunia ini, apatah lagi menatap wajah kedua-dua ibu bapanya. Dia telah lahir ketika masih dalam ketubannya, dengan keadaan yang amat menyayat hati..

Doktor juga menerangkan, kebanyakan kes-kes begini apabila rahim si ibu telah pecah (doktor memanggilnya sebagai 'ruptured ovary'), rahim ibu tersebut akan dibuang semasa pembedahan. Namum alhamdulillah, Maha Suci Allah telah mengasihi hambaNya yang hina ini. Koyakan yang terjadi tidak menyebabkan rahim saya pecah berderai umpama sehelai kain buruk yang ditiupi ribut taufan. Rahim saya masih dapat diselamatkan. Doktor seterusnya menerangkan, rahim saya terkoyak sepanjang 8cm dari hujung jahitan lama sebelah kiri hingga ke atas, dan 4cm ke bawah. Dan mujur juga ia tidak terkena pada cervix. Memandangkan ini caesar saya kali ke-2, telah berlaku komplikasi ketika pembedahan kerana bladder atau pundi kencing telah terlekat dengan dinding rahim. Namun ia dapat diatasi oleh doktor ketika pembedahan. Alhamdulillah..

Doktor menjelaskan, selalunya apabila kes ini terjadi, tiada bayi yang pernah selamat. Doktor turut memberitahu, saya cuma bernasib tak baik. Dalam erti kata lain, malang. Saya antara perempuan dalam dunia ni yang mana anaknya meninggal akibat rahim yang pecah gara-gara contraction yang kuat. Kerana mengikut doktor, peratusan untuk terjadi cuma 0.2% saja. Cukup kecil. Sangat kecil. Dan saya ditakdirkan untuk termasuk dalam golongan yang kecil ini. Allahu akhbar.. Bertapa beratnya ujian Engkau berikan pada hambaMu yang lemah ini..

Setelah mendengar penjelasan doktor, saya menerimanya dengan setenang-tenangnya. Ya Allah, benar apa yang ku rasakan beberapa minggu lepas. Memang salah seorang akan menghadapMu, dan ternyata anakku telah pergi menyambut seruanMu dahulu..

Doktor seterusnya memberitahu, kemungkinan apabila saya mengandung lagi akan berlaku komplikasi. Antaranya ialah kandungan di luar rahim, serta risiko yang lebih tinggi semasa pembedahan caesar ke-3. Doktor memberitahu, andaikata saya mengandung lagi, saya mesti dipantau rapi untuk mengelakkan dari rahim ter'contract'. Dan semasa pembedahan nanti, pakar-pakar dari bahagian lain turut akan dipanggil, kerana berkemungkinan semasa memotong bahagian otot-otot antara rahim dan pundi kencing, akan berlaku pendarahan yang banyak yang boleh mengancam nyawa..

Doktor juga menasihatkan, supaya jarak antara anak ke-2 dan seterusnya mesti lebih dari dua tahun. Dan jika dimurahkan rezeki saya untuk mengandung lagi, anak yang dilahirkan juga terpaksa dilahirkan lebih awal. Sama ada minggu ke-36, atau paling lewat minggu ke-37. Cukup bulan hanya untuk mematangkan paru-parunya sahaja. Tujuannya untuk mengelakkan dari  contraction berlaku. Dan itu juga adalah kali terakhir saya boleh mengandung lagi, sebelum dipotong dan diikat tiub falopionya..

Akhir sekali doktor menerangkan sebagai langkah keselamatan, perancang keluarga perlu dilakukan. Kami hanya angguk membisu, tanda faham. Selepas doktor menasihatkan saya agar banyak-banyak berehat dan beredar pergi, kami suami isteri terdiam seketika. Mengambil masa memproses maklumat yang diberi. Perlahan-lahan kami berbincang tentang arwah. Berkaitan rupa paras arwah, jahitan saya, dan lain-lain. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Suami akhirnya membangkitkan soalan yang amat berat sekali. Sudah sediakah saya menatap arwah anak kami pagi itu, sebelum dia dikebumikan? Allahu akhbar.. Bertapa beratnya hatiku ketika itu..

Bersambung...

23 comments:

Fazlinil Irma said...

membaca entry ni saya x menangis. barangkali dah terlebih airmata keluar di entry pertama dan kedua.:)

sy doakan moga awak tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

insyaallah, dgn izinNya nanti moga kalian bertemu di syurga Ilahi.

err.. atau barangkali airmata sy bakal mengalir di entry seterusnya.

Zack said...

tu dh kira pasrah dh kot irma :p muehehe.. nk buat camne, terima jela.. rasa nk tamatkan entri dh kot tak lama lg, dh terasa mcm tulis cerpen lak :P (pdhal nk buat kenangan supaya jgn lupakn arwah dan kesusahan yg dilalui).

mmm.. sy pn mcm dh mula tak nangis, mungkin sbb dh luahkn dlm bentuk ayat. kalau sebelum ni kepala mcm serabut sikit, tak brp nk fokus. alhamdulillah, walau apapun terjadi, sy tetap akan terus bangkit dan taknk jd lemah.

Cheq Sue said...

'As though bracing himself for the worse'

dari aritu lagi kan...memang sebak sungguh dengan apa yang berlaku ni... Antara ramai2 insan di dunia, zack yang terpilih. Antara banyak2 dugaan, dugaan ini yang terhebat. Lapangkan dada zack...insyaAllah segalanya akan okay... **tetibe je rasa dugaan untuk cheq sue tak seberapa *_^

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Zack kuat, kalau saya mungkin masa dengar tu dah pengsan .Moga tabah dan moga selepas ini Allah mempermudahkan segala-galanya buat Zack

Ida,Japan said...

Subhanallah....sungguh besar dugaan yg zack tempuh..k'ida harap zack tetap tabah k, dipermudahkan segalanya oleh Allah selepas ni ya.

Zack said...

cheq sue: alhamdulillah, dalam kesusahan ini ada bnyk kesenangannya yg telah dikurniakanNya :)

tie-ibu wawanisolehah: sy tak kuat kak, cuma insan yg lemah. terasa sgt kerdil dan tak berdaya melawan takdir yg ditentukanNya.. sudah ditakdirkan begini, kena redha dan berserah diri pd Allah. sy bersyukur krn Tuhan masih sygkan sy, memberi peluang untuk memperbaiki diri sblm ajal menjemput sy pd suatu hr nanti..

Zack said...

kak ida: ajal maut di tangan Tuhan. ini kali pertama kali dlm seumur hdp sy berhadapan dgn ajal di dpn mata. syukur alhamdulillah, sy masih dpt berfikiran waras. walaupun kdg2 terutama tiba waktu mlm, syaitan mula merasuki diri, menghasut sy supaya berfikiran negatif. dugaan plg dasyat lg2 selepas bulan puasa berakhir..melawan hasutan syaitan yg menghasut sy supaya menyalahkn org lain..terutama diri sendiri..

Kayu Manis said...

bersyukur Allah beri peluang ke dua..perbanyakkan ibadat,utk saya juga..hamba yg sentiasa lemah..

Rosmawati Ismail said...

Salam Zack.. sedih saya baca kisah awak ni..(ehh umur sy 34thn, nak panggil kakak ke?)

Semoga Allah berikan kekuatan untuk diri awak & suami.

Sob..Sob menangis saya ....kalu terjadi kat saya entah lah... emmm

pengalaman bersalin normal pun ngeri gak.. saya dah ada 3org anak

Zack said...

cinnamon: insyaAllah, semoga pengalaman ini memjadikan kita lebih mengingat pada-Nya.. dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali..

kak Rosmawati: w'salam.. saya baru 29 kak :)alhamdulillah, walaupun saya tak dpt merasakan pengalaman bersalin normal, cuma dpt setakat contraction dan pecah rahim je..sy tetap bersyukur. sbb bersalin mcm mana pn kita, kita tetap pertaruhkan nyawa..tak kira ank atau diri sendiri..kesakitan tetap dirasa. sudah nasib saya, tak dpt rasa nikmat dan sakitnya bersalin normal. namun ada yg lbh bernasib malang dr saya, tidak dpt mengandung langsung. sekurang2nya pengalaman ini membuatkn sy lbh sedar, bagaimana perasaan org yg tidak dpt mengandung (krn kemungkinan sy jg tak dpt mengandung lg. hanya Dia yg Maha Mengetahui, semoga dimurahkn rezeki) dan bagaimana rasanya sakit ketika menanggung dan menunggu saat nk bersalin..

Fazlinil Irma said...

oh.. kita sebayalah zack.. ;)
apa pun, dlm hal kehidupan ni. Allah dah tetapkan bahagian masing2. ujian zack mcm ni. ujian sy mcm lain pulak. yg penting setiap ujian itu membawa kita dkat dgn Allah swt.

Zack said...

irma: hehe, yeke? sebaya kita ek.. mmm.. tula..fikir2 masing2 bhgn masing2. dugaan masing2. apapun tetap kena tabah. semoga kita semua diberi kekuatan utk mengharungi hidup mendatang..amin..

Kyan said...

salam perkenalan zack, mule berminat dgn resepi2 u, x sangka ade kisah sedih zack, takziah dan harap sabar menerima dugaan ini, keikhlasan dan keredaan menerima takdir ini akan memberikan kekegembiraan di akhirat nanti bidadari syurgamu telah sedia menunggu di sana..

E-na Zarina said...

rahim koyak antara risiko yang paling di takuti oleh ibu2 yg pernah ceazer...bila baca kisah zack i teringat ms E-na sakit bersalin bb ke 3...high contraction 2 hari tp jln hanya buka 1 cm dan doc still menunggu date yg telah dipilih utk c-zer...masa tu mmg risaukan rahim pecah sbb sakit yg terlalu kuat...Alhamdulillah semua selamat..

blackcardomompods said...

my 3rd bby same age dgn bby fatihah. sedih pilu membaca berita ini s. my age same like u n bbypun same age.

tp syukur Allah masih bg peluang zack utk didik anak satu lg tuh dan bg thp keimanan yg tinggi.bukan semua org blh terima berita ni dgn tenang.

kbtln ada kes sama mcm zack berlaku di hosp swasta pada bulan 10 last year.tp mak dgn anak yg meninggal sama.

Semoga zack terus tabah utk hari2 yg mndtg

Zack said...

terima kasih, mmg perit nak menerima tapi itulah hakikat kehidupan. masing2 akan diuji dengan dugaan masing2. innalillah.. sy pn ada pernah dgr kes, doktor pn ada ckp kebiasaan kalau kes ni berlaku anak dan ibu mmg berisiko tinggi utk maut. mgkn ajal sy belum tiba, wallahu 'alam.. apapun tetap bersyukur masih ada seorang anak untuk dibesarkan..dan badan ini masih lg bernyawa..

LiFe said...

mohon share cerita zack di fb saya...utk tatapan ibu² yg pernah melahirkan secara czer & suami yg isterinya juga pernah czer...tqvm zack...Allah sentiasa bersama kita

Zack said...

boleh, takde masalah. mudah2an boleh dijadikan iktibar :)

Unknown said...

Saya mengalami situasi yg same zack...syukur baby dan saya selamat....Allah yg mengetahui segalanya....

Unknown said...

Aslm rasa sedih membaca cerita saudari ini. Kehilangan ank amat sedih sekali. Semoga Allah memberi kekuatan saudari Dan keluarga menerima dugaan penuh kesabaran .

Unknown said...

Aslm rasa sedih membaca cerita saudari ini. Kehilangan ank amat sedih sekali. Semoga Allah memberi kekuatan saudari Dan keluarga menerima dugaan penuh kesabaran .

Unknown said...

Aslm rasa sedih membaca cerita saudari ini. Kehilangan ank amat sedih sekali. Semoga Allah memberi kekuatan saudari Dan keluarga menerima dugaan penuh kesabaran .

mamakirschen said...

Tahun lepas bulan November/3/2017 saya mengalami situasi seperti puan juga.
Rahim koyak usai bersalin anak ke-2 secara normal. Membaca blog puan membuat saya terasa dekat sangat dengan situasi tersebut.

Boleh jenguk Blog saya untuk mengetahui cerita.
PENGALAMAN SAYA RAHIM KOYAK