Wednesday, October 26, 2011

Resepi Cheesey Potato Soup with Puff Pastry

4

Buat makan petang semalam, pada hari yang sejuk. Resepi diambil dari Taste of Home, tapi dah diedit gara-gara sebab sayangkan baki cream cheese. Haha.. (Sebenarnya ada benda lain nak buat dengan cream cheese tu, jadi guna je apa yang ada).

Bak kata mat salleh, soup is good for the soul. Resepi asal guna hash brown, atau boleh juga instant mashed potatoes. Tapi ku guna kentang Russet, sebab tu je yang ada dalam stok. Sedap dimakan panas-panas pada hari hujan.

Layan~


Resepi Cheesey Potato Soup with Puff Pastry
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
(4 ramekin)

Cheesey potato soup with puff pastry

Bahan:

2sb butter
Isi ayam, dipotong dadu kecil - ku guna isi ayam belanda
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1C + 1/2C air - ku guna air rebusan ayam

1st serbuk pati ayam - ku tak guna sebab guna air rebusan ayam
1 biji besar kentang, direbus hingga empuk dan dilenyekkan - ku guna Russet. Lain kali boleh guna 2 biji untuk lebih pekat
1 keping slice cheddar cheese Kraft

Parsley segar, cincang halus
1 keping besar puff pastry jenama Kawan
4 biji ramekin
Butter, untuk melengser ramekin


Cara:


1. Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan isi ayam, goreng hingga masak dan kelihatan keemasan. Ketepikan isi ayam.

2. Dalam periuk yang sama, tumis bawang hingga masak. Masukkan air @ air rebusan ayam, serbuk pati ayam dan kentang. Masukkan slice cheddar cheese, kacau hingga cheese cair. Masukkan isi ayam. Didihkan sebentar, kemudian turunkan suhu dan renih hingga sup kelihatan pekat. Tutup api.

3. Lengser bahagian atas ramekin dengan butter. Tuangkan sup kentang ke dalamnya. Taburkan daun parsley.

4. Terap bentuk bulat pada puff pastry (NB: pastikan saiz puff pastry yang diterap lebih besar dari saiz ramekin. Ku guna alat nak buat telur mata kerbau, yang biasa orang buat burger tu). Tutup atas ramekin dengan puff pastry dan tekan-tekan tepinya dengan kemas. Sapukan sedikit butter. Guna pisau tajam, kelarkan bahagian atas untuk pastikan stim keluar.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 190C, 10 minit atau hingga puff pastry kelihatan keemasan.


Sudah dimakan

4 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

OMG zack..nampak sedapnya.kak ros suka western food

Zack Zachoes said...

kak, makan panas2 ni terasa hangat je badan~ hehehe..

Cheq Sue said...

lagi resepi guna ramekin...haishhhhh kalau bawa balik dah boleh cuba ni

Zack Zachoes said...

hehe, bnyk resepi leh guna ramekin ni Cheq Sue.. uih lapo lak tgk gambar ni malam2 T_T