Thursday, October 6, 2011

Resepi Potato Gratin

8

Resepi ringkas petang ni, buat makan berdua je (sebenarnya tak sabar nak guna ramekin baru tu :P)

Layan~

Potato gratin- demi merasmikan ramekin baru ku

Resepi Potato Gratin [mudah]
Sumber: http://365daysveg.wordpress.com/2010/03/31/potato-gratin/

(2 biji ramekin)
1 biji kentang besar, dihiris nipis - lagi best guna kentang russet/yukon gold
garam
serbuk lada hitam/putih - tak letak

1/2C susu segar
1/2 bawang besar, dihiris (optional) - ku tak letak
1 ulas bawang putih, dicincang halus (optional) - ku tak letak
1 sb butter
parmesan/cheddar/mozzarella cheese - ku guna kombinasi
parsley kering/fresh
bread crumbs - ku letak

Cara:
1. Gaul kentang yang dihiris nipis dengan garam dan serbuk lada hitam/putih.
2. Panaskan oven 200C.
3. Sapu ramekin dengan butter (bukan yang 1sb tu). Susun hirisan kentang dalamnya,
4. Tuangkan susu segar hingga kentang kelihatan tenggelam, tetapi jangan tertumpah.
5. Taburkan butter secara rawak di atasnya. Taburkan bread crumbs, cheese dan parsley kering.
6. Bakar 200C, 20-25 minit atau hingga atasnya keperangan.

8 comments:

cinnamon.com said...

salam,lama tak singgah sini,hendaknya sehat n ceria selalu,semua sedap2 makanan kat sini..:)

Zack Zachoes said...

salam :) alhamdulillah, semakin sihat dan semakin ceria :D hehe, mai la jenguk2 rumah kita selalu, banyak makanan kat sini ;)

eencyweency said...

kak zack, nk tumpang tanye..kak zack beli ramekins kat mane ye?sy g jusco x jmpe..ke jusco mmg xde?hehe

Zack Zachoes said...

akak pn tak tahulah jusco ada ke tak. hehe.. tp akak beli ni online kat FB@Cake Stuff KL. cuma yg akak beli kena beli mini torchnya sekali, harga 4 ramekin+mini torch rm60 tak termasuk posting..

Dhiya said...

kak...bread crums tu, lau buat sendiri camne ek?

Zack Zachoes said...

Dhiya, bread crumbs tu akak bakar roti sampai dia kering sikit, pastu akak hancur2 guna hujung jari atau blender kering (cuma kalau guna blender dia lbh halus, cebisan dia tak besar sgt). pastu kalau dia ada rasa lembab2 sikit akak bakar lg dlm oven sampai dia kering. kalau akak ada roti yg tak makan, akak buat stok camtu pastu simpan dlm peti sejuk, tahan berbulan2

dhiya said...

ic..nnti saya nak buat jugak lah..:)) suke betul saya dapat jadi fren blogger ngan akak ni..banyak ilmu yang saya dapat..time kaseh banyak2 kak sebab kasi tunjuk ajar..terharu pulak..bnyak lagi yang akan saya mintak tunjuk ajar dr akak nnti..boleh ye kak?

Zack Zachoes said...

hehe, akak ok je ;) mana yg boleh akak tolong, insyaAllah akak tolong ^_^