Wednesday, October 12, 2011

Terima Kasih Cheq Sue~

3

Assalammualaikum dan selamat pagi,


Lewat petang semalam ada van Pos Laju parking depan rumah. Garuk-garuk janggut [yang tak wujud] sambil berfikir, 'Aku order apa-apa ke kat online lagi?' Sebab setahunya takde, semua barang dah sampai. 

Intai-intai celah pintu, posmen kuarkan satu sampul. Bila ambil sampul tu, tengok blur. Nama sape lak ni? Sebab tulisnya nama lelaki. Agaknya tuan rumah punya kot. Dah masuk rumah, tiba-tiba Pak Posmen panggil-panggil balik. Rupanya salah sampul daaa.. Haha..

Kali ni cek nama, eh namaku. Siapakah yang memberi ku sampul sebesar ini? (ececece..) Belek-belek, saspek la someone ni. Rupanya Cheq Sue kita, dari Cameron Highlands rupanya. Fuhyooo.. Jauhnya sampul tu merantau ;p Dah buka [macam orang yang dapat hadiah befday kerakusannya] tengok-tengok banyaknya barang... Hehe.. Siap ada lolipop lagi tu (untuk saya ka atau untuk Taufiq Cheq Sue? Hehe..)

Bawah adalah gambar-gambar hadiah tersebut, sambil anak ku Taufiq jadi model sambilan yang dibayar dengan lolipop setiap jam berkerja. Terima kasih banyak-banyak ye Cheq Sue, ni baru 2nd time seumur hidup menang apa-apa, kali pertama masa amik kursus kahwin dengan [bakal] En. Hubby, dapat hadiah lucky draw tak pasal-pasal. Hehehe..


Model sambilan dibayar upah sebiji lolipop per jam


Apa dalam sampul itu?

Alahai comelnya~ Tq bebanyak ;) Hehehe..

3 comments:

cinnamon.com said...

maknya ke seronok, atau anaknya yg seronok..ni

Cheq Sue said...

lega dah selamat. nak tunggu yang 5 orang lagi tu ntah sampai ke tidak. errrr...macam ada je lagi rege kat lollipop tu... kalau kes lupa nak kuar, malu la pulak...

Zack Zachoes said...

cinnamon: rasanya..mcm dua2 ;p muehehe.. fridge magnet tu dh dinamakan sebagai 'henshin kamen rider' sbb warnanya kemerahan T_T

cheq sue: hehe, jauh barang tu merantau. aah ada rege kt lolipop tu. kantoi.. hehehe.. ala rilek cheq sue, harga brg bukan menjadi isu, yg penting keikhlasan di hati~ (ececece..) ;)