Tuesday, December 25, 2012

Kelas Dekorasi Kek 1 'Piping Tips and Techniques'

Assalamualaikum,

Tak sempat nak update blog bulan ni, nak duduk depan PC lama-lama pun tak dapat. Paling-paling pun update status, jawab komen dengan edit nota kelas. Huhuhu..

Beberapa hari lepas ada buat Kelas Dekorasi Kek 1 (Piping Tips and Techniques). Alhamdulillah, dapat juga buat kelas sebelum tahun 2012 berakhir. Walaupun banyak rintangan dan halangan dilalui, saya telah cuba sedaya upaya mengajar apa yang saya tahu. Diharapkan lepas ni semua yang belajar dengan saya dapat sedikit sebanyak ilmu untuk digunakan untuk tempahan masing-masing. Hehe.. Salah silap harap dimaafkan, saya cuma insan biasa..

Apapun jom layan gambar di bawah (mana yang sempat ditangkap, sebab saya pengajar merangkap kameraman sendiri :P)~





Kelas 16 December 2012










Kelas 23 December 2012

Wednesday, November 28, 2012

Resepi Japanese Cotton Soft Cheese Cake dan Kelas

Blogger widget ada problem pula. Tak dapat nak tengok komen-komen kat sana. Apapun nanti saya balas ek, kena tengok satu-satu kat ruang mukadepan 'Comments'.

Resepi ni saya rasa dah tayang beberapa tahun dahulu. Cuma masa tu saya guna cheddar cheese parut gara-gara takde cream cheese. Rasanya macam lagi lemak sebab guna cheddar dan sedikiiit masin. Bagi yang takde cream cheese, boleh guna cheddar (samada parut atau slice, sebab nanti kena double boil dia cair gak). Kuantiti je kena adjust sikit sebab cheddar lebih sharp.

Sebenarnya nak upload gambar je tapi rasa macam kosong je post kalau takde resepi. Hehe.. Apapun layan~


P/S: I'm offering a class untuk belajar piping macam kek di atas (design tak semestinya sama, terpulang). Tarikh terpulang pada kelapangan anda dan saya. Bulan Disember saya free sikit, starting tahun depan saya tak pasti lagi. Kalau nak boleh hubungi saya di Facebook. Just search 'zachoes' insyaAllah jumpa. Masa nak add please PM kenal kat mana, sebab kadang saya l.a.m.b.a.t. add lagi-lagi kalau tak kenal. Hehe.. Bukan apa, kadang tu jumpa macam-macam orang (contohnya, laki menyamar perempuan. Erk) tu yang buat mak Taufiq gerun sikit >.<



Japanese Cotton Soft Cheese Cake


Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake 
Dari Alma@myresipi.com
(8" atau 9" bulat)

Bahan A: 
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur - ku guna gred AA
1 sdb jus lemon - ku guna 1/2st sebab tak suka terlalu tart
1/4 sdk garam - tak guna, sebab guna salted butter
60g tepung kek/tepung superfine - ku guna tepung hong kong
20g tepung jagung

Bahan B: 
140g gula kastor
6 biji putih telur  - ku guna gred AA
3/4 sdk jus lemon - ku guna 1/2st jus limau kasturi

Cara-cara: 
Utk adunan A: 
Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon serta gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja).

Utk adunan B: 
1. Sediakan loyang. Alaskan dasar dengan baking paper. Ketepikan. Panaskan oven 160C.

2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon/limau, sampai berbuih-buih. Tambahkan gula, pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B, kacau smpai sebati.

3. Tuang adunan kek dlm loyang. Bakar kek dalam kira-kira 1jam dengan cara au bain-marie (waterbath), pada 160C/325F. Biarkan sejuk dalam loyang sebentar sebelum dikeluarkan. Pastikan tidak terus keluar dari oven selepas masak untuk pengecutan yang terlampau ketara.

Resepi Durian Crepe

Akhirnya dapat juga buat DC ni. Bukan senang nak dapat durian kat Tawau, dan bukan juga murah. Tapi aritu rezeki dapat jenis yang murah, isinya pun ok manis walaupun taklah sehebat durian king atau D24. Hehe.. Apapun melepas gak hajat nak makan, alhamdulillah. Walaupun takde non stick pan, guna je apa yang ada. Crepe saya tak berapa hensem sebab jenis pan tu memang stick-stick pan, bahagian tengah dia cepat je masak. Apapun layan~


Resepi Durian Crepe [5 jenis tepung]
DISCLAIMER: Saya tak mengaku ini resepi kak Zailina, saya amik resepi dari kawan je. Hehe..
Dipetik dr Siti Hafizah@FB. TQ~ Memang nipis kulitnya 




Crepe Batter 
A: 
20g tepung superfine- takde stok, guna tepung hong kong/tepung kek
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor
***Ayakkan dalam satu bekas.

B: 
1biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - ku guna canola oil
1st esen vanila
80ml susu cair
110ml air masak
***Campurkan dalam bekas lain.

Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan (ku bedal guna pan biasa saiz 22cm hahaha..)
Jika perlu, gris sikit dengan butter/planta untuk elak melekat. Gunakan api tak terlalu besar/kecil.
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti custard-fresh cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk atau terus ngap (macam kitorang tadi).

P/S: Bahagian yang atas nanti terbalikkan masa nak letak inti. Jadi lebih cantik.

Friday, November 23, 2012

My First Simple 3 Tiered Wedding Cake dan Resepi Buttercream

Assalamualaikum,

Lama tak mengupdate blog. Kesuntukan masa sebab buat tempahan, kelas dan balik kampung. Hehe.. Balik kampung kali ini tidak lain dan tidak bukan sebab adik iparku kahwin. Mak mertua minta buatkan kek kahwin yang simple tapi menarik (erk). Apa lagi, bila lagi masa nak testing kecut perut buat kek kahwin orang? Hehehe..

Sebenarnya plan awal nak buat 2 tingkat je. Tapi ntah macam mana terbuat banyak kek, maka dengan itu TERjadilah kek 3 tingkat. Keknya saya deco guna buttercream je, sebab 1) peti sejuk tak muat, kena selang seli simpan dengan cuppies ipar sekali 2) nak letak kek tu lama-lama dari pagi sampai ke petang kat atas meja 3) saya hantu fresh cream tapi dalam keadaan yang darurat saya terpaksa beralah kepada buttercream (maafkan saya fc T_T)

Seperti biasa apabila takde idea maka mulalah hati gelisah dan tak dapat tidur lena (padahal dah skodeng gambar kek kahwin berbulan-bulan lepas dah :P). Dengan rendah diri saya rasa kek kali ni sangatlah sempoi dan simple (seperti tuan yang membuatnya). Ecewah. Nak overboard dan overdose letak filling ganache, buah-buahan takut keknya terlebih manis. Jadi guna apa je yang ada dengan bajet yang ada. Hehe..

Jom layan~

3rd tier, dah takde idea -_-"
2nd tier, eksiden masa simpan dalam peti sejuk -_-" Bila lama sangat piping bc mmg macam tu, berbubbles
1st tier, time ni awalnya seronok pastu lama-lama kekeringan idea -_-"
3 tiered simple wedding cake untuk adik ipar

Resepi Buttercream
250g krimwell
125g shortening (nak sedap ganti butter tapi nanti warna kuning dan lebih cair)
125g gula aising, ayak (Redman best, halus je icingnya)
1st esen vanila

Cara:
1. Pukul krimwell dengan shortening hingga sebati.
2. Masukkan gula aising sikit demi sedikit sambil dipukul. Masukkan esen vanila. Pukul pada kelajuan medium, 15-20 minit. 5 minit terakhir slowkan speed, pukul satu arah untuk buangkan bubbles besar.
3. Terus guna atau simpan dalam bekas bertutup.
***Elakkan terlalu ghairah masa pukul krim. Ini akan menyebabkan lebih banyak gelembung udara besar terhasil.
***Untuk warna, boleh letak selepas buttercream selesai dipukul sebati. Masukkan pewarna sikit-sikit dahulu.

Sunday, October 28, 2012

Testing Mem-piping Scrolls

As salam,

Mengupdate serba sedikit aktviti kebelakangan ini. Memandangkan idea mengenai deco fresh cream makin hari makin kekeringan, maka mak-Taufiq-yang-takde-kerja-tapi-nak-cari-kerja belajar buat piping yang simple-simple iaitu scrolls.

Simple tapi sebenarnya leceh. Sebabnya time nak piping tu fresh cream makin lama makin cair. Hehe.. Paling tak tahan nak try overpiping. Biasa orang buat guna royal icing, tapi biasalah...I like to defy the rules of logic :P Hasilnya, fresh cream memang lentok macam takde tulang belakang :P Hehehe.. Nak dapatkan piping tanpa putus-putus yang paling susah. Pastu ntah tengah-tengah malam buta gini idea semua keluar tingkap. Warna pun ikut suka hati apa yang ada, haha..

Apapun layan la gambar di bawah, dah nak pukul 2 pagi tapi tak tidur lagi ni :P



Teknik over piping 3-2-1
S-scrolls
Scrolls campur aduk :P

Saturday, October 20, 2012

Kursus Mencanting Batik di Tawau

19-21 Oktober ni ada kursus mencanting batik dan seramik anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Belia (berhadapan hospital besar Tawau). Satu pengalaman yang unik sebab mak Taufiq tak pernah menconteng guna kaler kecuali atas kertas lukisan >.< Ni la hasil kerja kami berdua (1 kumpulan ada 2 orang) dengan kak Suriani Amran. Amacam? Rasanya leh diaplikasikan atas kek tak nanti? Muahaha..

Dengan syarat kena banyak praktik dulu :P


Hasil keras tangan kami

Thursday, October 18, 2012

Deco dan Hiasan: Cake Ring

Assalamualaikum,

Post ringkas je hari ni. Merasmikan loyang cake ring untuk buat chocolate indulgence. Dah beli lama tapi baru ni nak guna, hehe.. Sebenarnya kalau taknak guna pun ok je, takde masalah. Kalau untuk mousse, chilled cheesecake sesuai nak guna ni, sebab jenis adunannya lebih cair. Apapun jom layan gambar tak seberapa di bawah~

Boleh rujuk 'Tips ganache tuang atas kek'.

The finished product- Secret chocolate indulgence
The cake ring and the product

Monday, October 15, 2012

Nozel Cap Ayam Ku Ala-Ala Wilton

Assalamualaikum,

Takde kerja, post gambar nozel lak :P Resepi ulang tayang, chocolate moist dan Belgium chocolate cheesecake. Kalau nak resepi ada dalam link KEK kat atas tu. Mak Taufiq takde idea, jadi guna kesempatan nak belejar nozel baru. Murah je dalam rm4-5 sebiji, tapi kat Tawau ni kalau jual mau RM7-8. Hehe.. Takde step-by-step, sebab ni kek orang. Apapun layan~

Special piping tips, no. 64 dan 87
Nozel 87
Nozel 64
Takde nombor, guna nozel closed star tip je :P
p/s: Maaf banyak2 lom jawab komen, mak Taufiq tengah kumpul balik semangat nak update blog >.< Lama sangat tersadai sampai hampir kering. Huhuhu..

Sunday, October 14, 2012

Kelas Aneka Kuih Frozen, Kelas Kuih Talam dan Kelas Karipap Frozen Komersial

Hmmm.. Tengok-tengok blog makin sikit post tiap bulan. Sekarang tengok macam 1 kali satu bulan je. Nak kata takde masa, boleh juga sebab takde peluang bereksperimen sangat >.< Hehe.. Nanti ada kelapangan saya update sekali sekala, cuma saya rasa takde apa sangat nak dishare sekarang. Rasanya ramai yang dah terer kat luar sana kan? Hehe.. Malah jauh lebih terer dari mak Taufiq ;p

Bulan lepas dan bulan ni banyak kelas dibuat. Tapi bukan kelas saya. Kelas kak Rosnita, di Tawau. Warga Sabah yang jauh/dekat sanggup turun menuntut ilmu dengan kak Rosnita. Buat masa ni semua kelas dah full hingga ke bulan November, insyaAllah tahun depan akan open seat lagi untuk macam-macam jenis kelas seperti pudding, talam dan lain-lain. Kelas saya? Rasa macam tak sempat nak buat bulan ni atau bulan depan, sebab nota pun tak siap-siap lagi. Hehe.. Akan datang saya nak buka kelas deco guna basic piping tips dan special piping tips. Segala jenis nozel yang ada kita akan gunakan, termasuklah yang kita tak pernah nampak. InsyaAllah.. Tapi kena beli set nozel banyak-banyaklah supaya semua pelajar dapat guna, which will cost a bit of money sebab yela, nozel pun mahal gak.. Hehe.. Sekarang saya tengah bz menolong kelas kak Rosnita, jadi fotographer merangkap urusetia kelas. Jadi masa agak ketat nak rangka kelas kek betul-betul.

Jom layan beberapa jenis kuih yang telah mereka buat, untuk Kelas Aneka Kuih Frozen:
(sekarang ada yang dah siap start menjual, alhamdulillah..)


Kuih bom, apam mentega, puteri ayu, samosa daging
Ni contoh iklan kuih karipap (3 jenis) dan samosa frozen
Donut, sebiji yang separa masak
Cucur badak, rengas (kasturi/kuih kacang hijau), rissoles
Pau
Popia gulung (belum goreng)
Ni tak termasuk dalam kelas, saja nak menyebok :P

Update 20 Oktober: Cara gulung popia


Wednesday, September 12, 2012

Resepi American Cheesecake

2 bulan tak sentuh kek, sejak start buat biskut raya aritu sampai dah nak habis bulan Syawal. Satu rekod bagiku, haha.. Oleh sebab dah lama tak mendeco, maka haruslah dipraktikkan kembali dengan membuat ala mock wedding cake.

Seperti kek-kek kejuku yang lain, kek jenis ni pun tak guna banyak sangat tepung. Paling kurang pun 3 sudu besar tepung jagung. Jadi rasa kejunya boleh dikatakan menonjol dan kuat, lebih-lebih sebab menggunakan dairy whipping cream. Bagi yang tak berapa suka rasa susu, boleh gantikan dairy whipping cream atau double cream dengan non-dairy whip topping. Lebih kurang sama je tekstur tapi penggunaannya lain-lain. (Untuk maklumat lanjut perbezaan dairy and non-dairy whipping cream, boleh rujuk sini.)

Bab mendeco tak tangkap video atau tangkap gambar terperinci, sebab bagiku ia boleh dikatakan basic. Cuma ada satu nozel tu dia lain sikit, khas untuk frills. Apapun, layanlah resepi di bawah. Ku letakkan 2 bahasa, untuk gilap balik BI ku yang dah lama berkarat :P TQ kepada yang memberi akak resepi ni, akhirnya berjaya gak akak buat setelah perap 7 bulan ;p


American Cheesecake Recipe
8" round cake pan, minimum 2" high
Recipe from an FB friend (who wants to remain anonymous), translated and edited by Aku.Zack

Ingredients:
Base:
100g oreos, without cream and crushed finely
50g butter, melted
***Mix oreo crumbs and melted butter thoroughly, then push firmly on base of cake pan. Bake for 5 minutes at 160C. Allow to cool at room temperature.

100 ml double cream - I used Arla's dairy whipping cream
30 gm castor sugar
30 gm corn flour
30 gm margarine - I used butter
250 gm cream cheese
3 numbers of egg yolks - I used grade A

3 numbers of egg whites
30g castor sugar

Method:
1. In a stainless steel mixing bowl, beat cream cheese, 30g of castor sugar and butter till smooth. NOTE: If the cheese mixture looks curdled, double-boil and stir until mixture looks smooth. 
2. Mix in egg yolks, corn flour and double cream. Beat till smooth.
3. In a clean bowl, beat egg whites with 30g of castor sugar till medium peaks form.
4. Take 1/3rd of meringue (the egg whites) and fold in thoroughly into the cheese mixture. Fold in the rest of the meringue carefully and thoroughly.
5. Pour mixture onto the oreo base.
6. Bake in preheated oven at 160 for 45-50 minutes or until top of cake looks golden brown.


Resepi American Cheesecake
Loyang 8" bulat ketinggian minima 2"
Resepi dari teman FB yang tak ingin dikenali dan diterjemahkan serta diedit oleh Aku.Zack

Base:
100g oreo tanpa krim, kisar halus
50 butter, dicairkan
***Campurkan oreo dan butter hingga sebati. Padatkan di dalam loyang yang dialas baking paper pada dasar dan kelilingnya serta dilengser butter. Bakar 5 minit, 160C. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

Bahan:

100 ml double cream - ku guna dairy whipping cream jenama Arla 
30 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
30 gm majerin - ku guna butter
250 gm cream cheese
3 kuning telur gred A

3 putih telur gred A
30g gula kastor

Cara:
1. Dalam mangkuk stainless steel, pukul cream cheese, 30g gula kastor, dan butter hingga tak berbintil. NOTE: Jika cream cheese berketul-ketul, boleh cairkan di atas double-boiler sambil dikacau rata hingga adunan cheese tidak lagi berbintil.
2. Masukkan kuning telur, tepung jagung dan double cream. Pukul hingga sebati.

3. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur bersama 30g gula kastor hingga bertanduk dan kaku.
4. Ambil 1/3 adunan meringue (putih telur langkah 3 tadi) dan kaup balik ke dalam adunan cheese hingga sebati. Masukkan baki meringue dan kaup balik berhati-hati.
5. Tuang ke dalam base biskut tadi.
6. Bakar secara water bath dalam oven yang telah dipanaskan dahulu, 160C@45-50 minit atau hingga atas kek kelihatan keperangan, guna api atas-bawah.


American Cheesecake, dideco ala mock wedding cake
A slice of cake, lemak berkrimmm
It shrunk (cheesecakes always do, you know) semasa penyejukan

Ruffle decorating tip

Saturday, August 11, 2012

Selamat Hari Raya [In Advance]

Beberapa minggu sejak awal puasa agak kebizian sikit sampai bertambah jarang nak update blog. Huhuhu.. Sejak dua menjak ni terasa macam takde masa sangat nak bereksperimen di dapur, mungkin lepas puasa ni nak rehat dari ambil tempahan beberapa bulan untuk buat benda lain (contoh: belajar menjahit :p hehehe..) Jangan tak tahu, ai ada hobi baru u ;p

Apapun ku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya (in advance) dahulu dan maaf zahir & batin kepada semua kaum muslim dan muslimat. Yela, kot-kot tak sempat nak berjumpa lagi di alam maya ni..kita pun tak tahu kan? Sebenarnya beberapa hari lalu dapat kad raya dari teman bloggers Cheq Sue. Terkejut den, dah lama tak dapat kad real ni. Hehe.. Al-maklumlah, zaman sekarang zaman cyber, kad pun leh jadi digital. Terharu lak bila tengok ada dapat kad raya ni, nostalgia betul... Teringat zaman bujang-bujang dulu bila En. Hubby bagi kad birthday, kad raya ke rumah... Ececece.. Terjiwang lak :P

Terima kasih Cheq Sue untuk kad raya tersebut dan selamat hari raya juga ^_^ Hehe, ku uploadkan gambar untuk tatapan dan kejelesan semua teman-teman yang lain :p hahaha.. Jangan mareee~

Hadapannya (dah kena tampal kat dinding awal-awal :P) hehe..

Di dalamnya

SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR BATIN

by: aku.zack @zachoes.blogspot.com
- 11/08/2012-

Friday, August 3, 2012

Resepi Biskut Cheese Cadbury

Biskut orang kayo ni, Biskut Cheese Cadbury. Buat untuk kawan sebab dia nak pindah balik ke Sarawak. Kalau bab cheese dan cadbury, orang Sarawak memang pakar. Resepi ni saya ada edit sikit cara-cara dia, sebab ikut asal guna suhu 40C macam terlalu rendah sangat. Pastu cadbury tak melekat kat biskut, senang tertanggal. Kawan suggest letak putih telur, voila! Terus melekat. Hehe.. Apapun layan~

P/S1: Biskut paling mewah dan paling senang nak habis sebab ada coklat mahal :P Hahaha..

P/S2: Sebelum orang tanya, tak cadbury tak cair time bakar :P

Resepi Biskut Cheese Cadbury 
Sumber: Eryna Bizkit 
Rujuk: http://erynabizkitz.blogspot.com/2011/12/biskut-cheese-cadbury.html 
200 biji 

Bahan A 
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese

Bahan B 
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung

Bahan C 
1 botol coklat Cadbury - 200 pcs
putih telur, untuk sapu


Cara membuatnya: 

1. Pukul Bahan A hingga sebati dan kembang.

2. Masukkan Bahan B. Gaul rata.

3. Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap.

4. Potong/terap mengikut saiz dan ketebalan lebih kurang coklat Cadbury dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dgn suhu 150-160C, api atas-bawah, rak tengah (note: 5 minit terakhir tu pusingkan tray untuk pembakaran sekata).

5. Sapu sedikit putih telur, letakkan cadbury. Bakar lagi 5 minit hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang, guna api atas-bawah, rak paling bawah.

6. Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (untuk serap lebihan minyak).


Ni orang punya :P
Kalau makan silalah ingat dunia ya ;p

Thursday, July 26, 2012

Resepi Biskut Mama Cadbury

Pertama sekali, minta ampun dan maaf lewat jawab komen. Huhuhu.. Tak berapa ada masa nak duduk lama-lama depan pc sekarang.

Biskut yang telah diderhakan sikit sebab nak buat awal dari biasa. Asalnya base guna cream cheese, tapi sebab pertama kali nak buat tak tahu tahan berapa lama. Eksperimen awal kejadiannya lain sikit, haha..

Biskut mama cadbury eksperimen terakhir
Eksperimenku yang terdahulu

Rasanya ok sikit kot banding yang awal-awal. Yang penting, cadbury tak cair, melekat kat biskut dan biskut bakar serata. Apapun, layan~


Biskut Mama Cadbury 
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com 
Diedit dari Biskut Mama Carrey citarasawan 
50 biji+- 

Bahan: 
A: 
100g butter
50g gula kastor
½ bj kuning telur Gred A @ 1 kuning gred C/D
1/2st esen vanila

B: 
130g tepung gandum
25g tepung jagung
25g susu tepung
***Ayak dan ketepikan.

Hiasan: 
50 biji coklat cadbury (suku daru botol besar tu)

Cara: 
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.

3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Simpan dalam peti sejuk 15-30 minit atau hingga mudah diterap.

4. Canai atas permukaan tak melekat (ku guna marble slab bersih) dan terap bentuk sama saiz dengan coklat. Simpan kembali dalam peti sejuk 10-15 minit.

5. Sementara itu panaskan oven 160C. Bakar adunan 10-15 minit api atas-bawah, rak tengah, hingga separuh masak.

6. Keluarkan tray, sapu putih telur atas biskut. Susun coklat cadbury di atasnya. Bakar lagi 5-10 minit menggunakan suhu atas-bawah, rak paling bawah, hingga biskut kelihatan masak. (See NOTE below)

7. Sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Note: 
- Biskut ini rangup.
- Cadbury memang menggerutu sikit time habis bakar.
- Resepi asal guna cream cheese.
- Oven Elba saya ada 5 tingkat. Pembakaran pertama rak tengah, pembakaran terakhir sy guna rak ke-2 dari bawah. Masih guna api-atas bawah tapi sebab tray jauh dari api jadi cadbury tak cair.
- Sapu putih telur untuk cadbury melekat kat biskut.
- Sesiapa nak try yang cream cheese, dipersilakan:




Resepi Biskut Cheese Cadbury

Sumber: Eryna Bizkit


Bahan A
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese

Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung

Bahan C
1 botol coklat Cadbury

Cara membuatnya :
  1. Pukul Bahan A hingga sebati selama 4 minit
  2. Masukkan Bahan B. Gaul rata
  3. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk
  4. Potong mengikut saiz coklat Cadbury dan susun coklat di atasnya
  5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 40 celcius. Guna api bawah sahaja

Thursday, July 12, 2012

Minatku, Customized Cakes

Salam sejahtera,

Minat saya memang pelik. Suka menyusahkan diri sendiri buat kek pelik-pelik. Orang lain buat guna fondant, saya berdegil nak buat guna fresh cream. Pastu makan masa berjam-jam, fresh cream lak ada tendency untuk cair. Tapi nak buat camne, dah orangnya pun memang suka benda pelik :P

Layan~

Kek Manchester United
Kek Spongebob
Kek Hello Kitty