Jom kita menyelam sebentar ke zaman saya mula belajar buat kek...
Tahun 2009- Belajar buat kek coklat lembap kukus Lilydvalley@MyResepi je
(a) Gambar-gambar kat atas masa tu awal-awal belajar buat kek. Dua gambar bawah dah mula belajar buat icing. Teringat lagi masa ni, manisnya icing den buat, haha.. Yang sebelah kanan bawah tu siap tambah white choc lagi, olahan sendiri ;P
|
Kek coklat lembap kukus je semua ni |
(b) Masa ni dah mula belajar hias guna nozel plastik. Memang sememeh kalau tengok balik, tapi tetap bangga ;) Pastu pelan-pelan belajar tambah perisa kat icing dengan buat bentuk lain. Di sinilah mula belajar jual kek kat kawan-kawan kat kolej komuniti...
|
Dah mula deco-deco 'cantik' sikit |
(c) Dah mula belajar buat ganache dengan guna fresh cream. Tapi memang cepat cair la, al-maklumlah tak cukup ilmu lagi. Dua gambar kat bawah tu jual kat jirannya kawan (rasanya cair kot ganache masa dalam perjalanan T_T). Belum cukup ilmu lagi...belajar dari kesilapan.
|
Belajar salut kek dengan ganache
(d) Mula dah nak buat cheesecake. Masa ni tak tahu apa beza cream cheese, cheese slice, dengan cheese spread. Pastu tak tahu apa tu chiffon (kek atas kiri tu sebenarnya chiffon yang masak dalam rice cooker. Nampak garisan putih tu? Tak pandai lagi nak kaup balik masa ni, hehe..) Gambar kanan atas lak Slice cheesecake tapi improvise guna cheddar cheese block yang diparut. Haha.. Gambar bawah tak reti sangat bab-bab coklat, jadi coklatnya cepat mengeras. Gambar kanannya dah mula belajar guna whipped coklat ganache.
|
|
Dah mula belajar buat cheesecake |
(e)
Sekarang ni dah mula 'kreatif' sikit guna fresh cream pastu hias-hias dengan buah ceri dan coklat rice. Tak cun tapi tetap bangga sebab buat sendiri ;) Time ni aktif gak amik tempahan.
|
Kek guna fresh cream |
(f)
Mula tambah buah-buahan segar. Masa ni baru belajar, coklat topping tak ngam dengan buah-buahan dalam tin sebab air jus dari buah-buahan tu akan meleleh atas kek T_T Tapi orang dah minta nak buat camne, hehe.. Belajar lagi buat chocolate plastic dan belajar guna buttercream icing untuk buat bunga (sampai sekarang masih tak cun lagi, haha). Gambar kanan bawah lak kek sponge coklat, testing-testing resepi lain.
|
Cuba deco cara lain sikit |
(g) Mula tambah kaler-kaler kat kek, tapi belajar satu perkara- warna mudah 'bleeding' kalau guna fresh cream. Tapi lama-lama (setelah 2 tahun sebenarnya) baru perasan, ada teknik nak elak dia bleeding sangat (iaitu pastikan fresh cream tu betul-betul stiff, masukkan warna bila fc dah siap diputar hingga gebu, dan hias jangan terlalu awal. Esok nak bagi customer, malam tu elok dideco). Wallahu 'alam, masih belajar lagi ni :P
|
Dah mula menambahkan warna pada fc |
(h) Belajar buat cheesecake (menggunakan cream cheese sebenar). Hiasan...judge for yourself la :P Orang dah mula bawa kek jauh-jauh (tapi masih dalam Sabah la).
|
Kek Japanese Souffle Cheesecake (kecuali yang last tu, tu chiffon cheesecake rasanya) |
Tahun 2010- Lebih menjurus kepada coklat
(a) Dah mula berani sikit, main dengan coklat dan transfer sheet. Pastu agaknya lebih banyak berangan kot masa ni, jadi keknya pun takdela terlampau plain sangat. Masa ni dah mula ikut kehendak customer (cuba mana yang termampu la, hehe..)
|
Cuba perbaiki skil mendeco |
(b
) Berangan-berangan lagi, cuba beranikan diri buat resepi lain selain kek coklat moist. Pastu belajar buat lagi kemas, tukar-tukar sikit bentuk loyangnya.
|
Tahun nak memperkemaskan deco kek :P |
(c)
Cheesecake pun cuba buat lain, belajar buat selain dari Japanese Souffle Cheesecake. Cuba buat tiramisu dan coklat cheesecake. Sejak ni agaknya asik buat JSC tak buat sangat cheesecake lain, sebab lebih senang. Bab coklat cheesecake tu fail la juga, sebab ada benda yang masih tak tahu. Hehe..
|
Kek keju JSC, tiramisu dan coklat cheeseacke |
(d) Semua JSC kecuali kanan bawah, tu tiramisu. Semua ni orang tempah. Cuba lagi kemaskan deco kek selain cuba tambahkan lagi stail kat kek.
|
Makin tambah kemas (kot?) |
Tahun 2011- Tahun untuk tambah skil dan cuba resepi yang lebih unik
(a) Setelah lebih 3 tahun baru la dapat deco yang lebih berimaginasi sikit . Tangan pun dah lebih stabil, teknik dan skil pun dah lebih banyak berbanding tahun 2008, 2009 dan 2010 dulu.
|
Kek tahun 2011- baru je ni dapat hasil kek sebegini :P |
(b) Cheesecake pun ntah macam-macam rasa nak dicuba. Masa ni loyang spring form dah rosak, jadi cara lain macam mana nak buat cheesecake tanpa loyang. Semua cheesecake kat bawah ni tak guna pun loyang spring form atau loose pan, guna loyang biasa je.
|
Beraneka jenis cheesecake |
(c) Balik-balik kek coklat, cuba buat kek sponge lak. Tapi kek sponge pun cerewet juga, tak semua saya minat. Lebih suka jenis yang from scratch: lembap, gebu dan kalau boleh, senang nak diolah di kemudian hari. Masa ni dah mengandungkan arwah, agaknya tu yang keknya lebih bentuk feminin *terdiam sebentar terkenangkan arwah*
|
Belajar teknik-teknik menghias kek cara lain selain try resepi yang jarang dicuba
|
Jadi kalau tengok sejarahnya, bukan dari awal saya pandai buat kek atau terus kemas je keknya masa mendeco. Kira ambil 3 tahun jugalah, tu pun baru-baru ni je dapat kek yang kemas. Mungkin tu salah satu berkat mengandungkan anak perempuan,
who knows? Saya memang tak pernah pergi mana-mana kelas, kalau ada pun masa tu Kolej Komuniti Tawau anjurkan masa saya dah sarat mengandungkan arwah dan takleh nak aktif sangat. Lagipun...yang saya perhatikanlah...kebanyakan apa yang diajar saya dah tahu sebenarnya, hehehe... Tapi seronok juga, jumpa kawan-kawan...tengok macam mana gurunya mengajar sesuatu
which is not theoretical or technical, tapi lebih kepada praktikal.
Kalau nak belajar mudah dan cepat, kita boleh pergi ke kelas-kelas bertauliah. Kalau saya, disebabkan saya tak mampu (waktu tu) dan ada anak yang masih kecil, saya tak dapat nak pergi. Tu yang saya belajar sendiri. Banyak rujukan saya dari Youtube, buku, website orang putih, blog-blog orang, forum dan lain-lain. Sekarang ni zaman dah lagi canggih, masa saya mula-mula buat dulu takde Facebook...Youtube pun tak reti nak search. Hehe.. Jadi nak bertanya pun susah. Tapi pada saya, yang paling penting kita jangan cepat putus asa. Memang ada masa, kita rasa feed-up, merajuk bila buat tak jadi. Ada gak beberapa jenis kek saya tak nak sentuh 1 tahun gara-gara fobia nak cuba lagi. Hehe.. Tapi sekarang ni dah lebih hat-hati. Sebelum saya nak buat sesuatu kek tu, saya tengok sama ada kek tu pernah tak orang buat. Pastu tengok, ada kesilapan, masalah yang orang lain hadapi dan cara dia overcome the problem. Alhamdulillah, sekarang dah jarang dapat kek yang tak jadi.
Lagi satu, kalau nak bermula, elok start from your own family. Saya dulu buat untuk sendiri makan je, bagi suami makan. Anak masa tu takleh nak makan sebab baru umur 1 tahun. Memang banyak komen yang suami bagi, kadang-kadang menyakitkan hati gak. Hehe.. Tapi dari komen dia, feedback dia, saya cuba baiki mana-mana kelemahan. Sekarang ni pun masih lagi belajar. Kadang-kadang kita belajar dari kesalahan sendiri. Kadang-kadang lebih menjimatkan kalau kita belajar dari kesilapan orang lain, hehe... Apapun, kalau boleh jangan kita salahkan resepi tu 100% sebab mungkin juga, tangan kita yang belum mahir lagi ;)