Friday, October 28, 2011

Tip dan Trick: Menyukat Guna Measuring Cup atau Spoon

Rasanya ramai yang tahu ni, tapi kot-kot ada yang tak berapa faham biar saya uploadkan cara menyukat guna measuring cup/spoon:


Cara menyukat guna measuring cup dan spoon. Standard ada saiz:
- 1 C
- 1/2 C
- 1/3 C
- 1/4 C
- 1 st
- 1/2 st

Kadang-kadang ada yang:
- 1/8 C
- 1/8 st
- 1/4 st

Sama je kalau sukat guna sudu, 3/4 st = 3 kali sukatan guna sudu saiz 1/4 ;)

Thursday, October 27, 2011

Kata-kata Hikmah...2

Jangan Berkata 'Kalaulah'
Hadis sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, Rasullah saw bersabda:

"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata 'Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu'. Sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu".



"Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. 
"Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali'"
(Al-Baqarah: 156)



"Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran"



Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta."
(Al-Ankabuut: 2-3)



Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda:

"Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau akan mendapatinya di mana sahaja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan sesuatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang Allah telah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku (segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)."

Wednesday, October 26, 2011

Resepi Cheesey Potato Soup with Puff Pastry

Buat makan petang semalam, pada hari yang sejuk. Resepi diambil dari Taste of Home, tapi dah diedit gara-gara sebab sayangkan baki cream cheese. Haha.. (Sebenarnya ada benda lain nak buat dengan cream cheese tu, jadi guna je apa yang ada).

Bak kata mat salleh, soup is good for the soul. Resepi asal guna hash brown, atau boleh juga instant mashed potatoes. Tapi ku guna kentang Russet, sebab tu je yang ada dalam stok. Sedap dimakan panas-panas pada hari hujan.

Layan~


Resepi Cheesey Potato Soup with Puff Pastry
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
(4 ramekin)

Cheesey potato soup with puff pastry

Bahan:

2sb butter
Isi ayam, dipotong dadu kecil - ku guna isi ayam belanda
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1C + 1/2C air - ku guna air rebusan ayam

1st serbuk pati ayam - ku tak guna sebab guna air rebusan ayam
1 biji besar kentang, direbus hingga empuk dan dilenyekkan - ku guna Russet. Lain kali boleh guna 2 biji untuk lebih pekat
1 keping slice cheddar cheese Kraft

Parsley segar, cincang halus
1 keping besar puff pastry jenama Kawan
4 biji ramekin
Butter, untuk melengser ramekin


Cara:


1. Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan isi ayam, goreng hingga masak dan kelihatan keemasan. Ketepikan isi ayam.

2. Dalam periuk yang sama, tumis bawang hingga masak. Masukkan air @ air rebusan ayam, serbuk pati ayam dan kentang. Masukkan slice cheddar cheese, kacau hingga cheese cair. Masukkan isi ayam. Didihkan sebentar, kemudian turunkan suhu dan renih hingga sup kelihatan pekat. Tutup api.

3. Lengser bahagian atas ramekin dengan butter. Tuangkan sup kentang ke dalamnya. Taburkan daun parsley.

4. Terap bentuk bulat pada puff pastry (NB: pastikan saiz puff pastry yang diterap lebih besar dari saiz ramekin. Ku guna alat nak buat telur mata kerbau, yang biasa orang buat burger tu). Tutup atas ramekin dengan puff pastry dan tekan-tekan tepinya dengan kemas. Sapukan sedikit butter. Guna pisau tajam, kelarkan bahagian atas untuk pastikan stim keluar.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 190C, 10 minit atau hingga puff pastry kelihatan keemasan.


Sudah dimakan

Wordless Wednesday: Puff Pastry

Apa-apa je yang ada dalam peti sejuk
Puff pastry instant
Makanan petang


Puff pastry apa-apa-je-yang-ada-dalam-peti-sejuk

Monday, October 24, 2011

Resepi Corn Cream Soup

Takde stok button mushroom kat rumah, guna je la apa yang ada. Ada stok frozen corn@jagung beku dalam freezer, fikir cuba buat corn soup. Tapi jenis yang takde telur. Kalau guna jagung dalam tin lagi sedap kot, frozen corn lebih keras (ataupun kena rebus lebih lama, haha..) Buat cicah pizza petang tadi, eat while it's still hot.

Layan~

Resepi Corn Cream Soup
Dari: http://www.justhungry.com/corn-cream-soup-intentional-lumps

Cream corn soup

1 tin whole corn kernels - ku guna 1/2C jagung beku@frozen corn
4C @ 1 liter susu segar - ku guna 2C susu segar
1 bawang sederhana besar, dicincang halus
1sb butter
1 biji kentang - ku guna 1/2 biji Russet potato, potong dadu
1 bay leaf
1 kiub ayam/daging - tak letak 
salt and pepper

Alatan: immersion (stick) blender, blender biasa atau food processor

Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan bawang, tumis hingga bawang layu. Masukkan susu segar dan bahan-bahan lain. Masak atas api kecil hingga kentang lembut. Keluarkan bay leaf. Perasakan dengan garam dan pepper.

2. Biarkan sup jagung suam atau pada suhu bilik sebelum diblender halus (kalau tak boleh blender boleh 'burst' sebab kepanasan). Hiaskan dengan parsley dicincang halus.

Sunday, October 23, 2011

Resepi Oven Baked Potatoes Wedges dan Nacho Cheese Sauce

Tak tahu nak makan apa lagi petang-petang ni, bakar jela kentang. Ada yang kentang biasa, ada yang kentang Russet (macam biasa, guna je apa yang ada. Muehehe..) Makan dengan nacho cheese sauce. Layan~

P/S: Sejak akhir-akhir ni asik makan western je :P Pula tu tak habis-habis dengan rosemary dia :p

Oven baked potato wedges


Resepi Oven Baked Potato Wedges
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

4 biji kentang, potong bentuk wedges
Dried rosemary
Dried parsley
Serbuk black pepper
Garam
Minyak masak/olive oil

Gaul kentang dengan semua bahan di atas. Susun dalam loyang, bakar dalam oven 200C, 20-30 minit, atau bergantung pada ketebalan wedges hingga kelihatan garing.


Resepi Nacho Cheese Sauce
Dari: http://allrecipes.com/Recipe/nacho-cheese-sauce/detail.aspx

2sb butter
2sb tepung gandum
1/2C susu segar (boleh dilebihkan sikit)
1 + 1/2 keping slice cheddar cheese- ku guna Kraft
garam
serbuk lada hitam (opt)


Cara:
1. Dalam periuk kecil, cairkan butter. Masukkan tepung gandum, kacau guna whisk hingga tak melekat pada periuk.

2. Masukkan susu segar, kacau hingga nampak pekat.

3. Sambil kacau, masukkan cheddar cheese, garam dan black pepper. Kacau hingga cheese cair dan sos nampak pekat dan masak.

4. Sedia untuk dibuat cicahan dengan kentang bakar, tuang atas makaroni bakar, topping pizza atau apa2 saje.

***Nak warna lebih oren, guna aged cheddar cheese. Slice cheese ni warna dia kekuning-kuningan sikit.

Saturday, October 22, 2011

Resepi Nasi Oren dan Limau Grilled Rosemary Chicken

Beberapa hari ni tekak terasa nak makan yang panggang-panggang pula. Ececece.. Eksen tak ingat, mentang-mentang ada oven baruu~ :p

Stok oren masih ada banyak. Terfikir nak buat nasi oren. Dulu masa kecil-kecil mak biasa buat. Lama dah tak makan, rasanya lebih 20 tahun agaknya (agaknya laaa :P) Nak minta resepi kat mak, tak silap buku resepi mak dah lama hilang sejak pindah balik dari UK. Jadi terpaksalah minta pertolongan En. Google mencari resepi nasi oren ni. Skodeng punya skodeng, terjumpa blog The Story of Amie's Little Kitchen. Macam menarik, cuma tak ikut 100%. Biasalah, guna apa je yang ada. Ayam pun jadi Limau Grilled Rosemary Chicken. Kenapa limau? Sebab ku takde stok lemon :P Muehehe..

Layan~

Resepi Nasi Oren
Diedit dan dimodifikasi dari blog: The Story of Amie's Little Kitchen@http://salamisimon1.blogspot.com/2011/07/nasi-oren-ayam-lemon-madu.html

The ayam - lemon bertukar menjadi limau

The nasi - nak terang letak pewarna oren sikit
The food - lauk simple tapi baunya harum~


Bahan-bahan:
500gm beras basmathi - ku guna 1C je, untuk sekali makan je
3 biji bawang merah, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
50gm mentega - ku guna 2sb
2 sudu makan jus oren - ku guna perahan jus dari 2 biji limau sunkist + air hingga cukup 1C + 1/2C
3 sudu makan stok ayam bersama dengan air (jadikan 4 cawan) - tak letak, tengah pantang bab MSG ni. Boleh guna air rebusan ayam/daging
1 biji buah oren - ku guna 2 biji oren Sunkist yang diparut kulitnya
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya -  tak letak
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning - tak letak, nak guna warna asli oren
* Amie tambah hirisan halia dan 1/2 cawan kismis - saya pun
Secubit serbuk kulit kayu manis - ku letak

Cara memasak:
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Panaskan periuk dan masukkan butter, kemudian tumiskan bawang merah, putih, dan serbuk kulit kayu manis serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan beras yang telah dibasuh tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan stok ayam dan jus oren serta parutan kulit limau ke dalam tumisan tadi.
5. Selepas itu masukkan garam, lada sulah, dan kismis secukup rasa. Kacau sebati.
6. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
7. Setelah nasi siap di masak titikkan pewarna kuning dalam 2-3 titik untuk menambah warna pada nasi tadi.
8 Sedia dihidangkan.


Resepi Limau Grilled Rosemary Chicken
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Bahan:
1st dried rosemary
1st dried parsley
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
garam
2sb butter
olive oil/minyak masak
2 peha ayam

Cara:
Lumur semua bahan pada peha ayam. Perap sejam (ku perap 30 minit je sebab nak cepat). Bakar dalam oven api atas-bawah, 200-220C selama 30-40 minit atau hingga ayam kelihatan garing dan masak.

P/S: Kalau nak tambah lain-lain bahan boleh je..ikut selera masing-masing.

Thursday, October 20, 2011

Resepi Grilled Rotisserie Beef

Makan malam cara mat salleh hari ni. Takde idea dah nak makan apa, asik makan daging masak kicap je (sebab nak berempah sangat masih tak boleh). Huhuhu.. Layan~

Resepi Grilled Rotisserie Beef
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com

Grilled rotisserie beef

Bahan:
1st dried rosemary
1st dried parsley
1st black pepper
garam
minyak masak/olive oil
***Kalau ada bay leaf, thyme atau sage leh je guna.

Cara:
Perap dengan semua bahan di atas pada 1kg daging sapi (atau apa-apa red meat), perap 3 jam atau lebih. Bakar dalam oven guna api atas-bawah menggunakan rotisserie, 200C 1 - 1 1/2 jam atau hingga masak (luar nampak garing dan air serta minyak dari daging tak menitik-nitik lagi). Rehatkan 30 minit sebelum dihiris.

Wednesday, October 19, 2011

Resepi Kek Sponge Vanila dan Hari-hari Istimewa

Kami menyambut ulangtahun perkahwinan agak lewat kali ni. Sebenarnya terlupa terus, sebab harinya dekat dengan hari kelahiran/kematian arwah anak kami, Nurfatihah Humairah. Yela, siap je nak teringat dalam keadaan masih sedih kan? Pertengahan tahun memang banyak kenangan...hari lahir anak sulungku Taufiq, hari lahir suamiku, hari lahir dan hari perginya arwah anakku Nurfatihah, dan hari ulangtahun kami suami isteri. Tak tahulah macam mana nak laluinya tiap-tiap tahun nanti, lebih-lebih lagi tarikhnya dekat dengan bulan puasa dan hari raya... Mudah-mudahan kami sekeluarga dapat melaluinya dengan tabah..amin...

OK, kita terus ke resepi (kang ada yang blur-blur kang, asik dengar mak-yang-takde-kerja membebel je :p) Kali ni ku cuba resepi sponge cake versi asing putih-telur, tak seperti resepi Strawberry Shortcake- Japanese Style yang menggunakan kaedah memukul telur tanpa diasingkannya terlebih dahulu. Jenis sponge kek yang ni lembut, lembap, tapi lebih padat (dalam kata lain, has more body) daripada sponge cake resepi Strawberry Shortcake. Jenis  ni lebih berat sikit, manakala jenis sponge untuk Strawberry Shortcake tu sangat ringan umpama kapas, tapi yang pasti kedua-duanya memang lembut dan lembap. Cuma yang penting, jaga kepanasan oven agar ia tidak menjadi kering.

Let's kodeng the recipe~


Happy anniversary yang ke-4 tahun buat kami~

Sila abaikan kepelikan tulisan 'Happy Anniversary' itu :P Tersalah bajet ruang nak tulis, haha..


Resepi Kek Sponge Vanila (S's Sponge Cake)
Diadaptasi dan dimodifikasi dari All That Matters @http://allthatmatters2rei.blogspot.com/2008/09/ah-boy-is-1.html

Saiz loyang 9 inci bulat

Bahan
(A)
5 putih telur - ku guna 4 Gred A
100g gula kastor - ku guna 80g
½ Tsp cream of tartar - ku guna perahan 1/2 biji limau kasturi

(B)
5 kuning telur - ku guna 4 Gred A
80g gula kastor - ku guna 60g
***Masukkan dalam satu bekas besar. Ketepikan.


(C)
1-1/2 Tsp esen vanila - ku guna 1st
125 ml susu segar - ku guna 100g air suam + 1/2sb susu tepung Dutch Lady full cream
4 Tbsp butter dicairkan - ku guna 3sb
***Campur dalam satu bekas kecil dan ketepikan.

(D)
170g tepung kek - ku guna 135g tepung superfine
½ Tsp soda bikarbonat - ku guna 1/4st
***Diayak dalam satu bekas besar dan diketepikan,


Cara:
1. Dalam mangkuk bersih, pukul Bahan A hingga kaku (iaitu bila terbalikkan bekas, tiada adunan yang terjatuh atau meleleh). Ketepikan.

2. Dalam bekas lain, pukul Bahan B hingga pucat dan gebu.

3. Masukkan Bahan C. Kemudian kaup balikkan Bahan D secara rata.

4. Kaup balikkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan kuning telur secara perlahan-lahan.

5. Tuang dalam adunan yang telah dilengser dan dialas dengan baking paper. Bakar 180C, 50 minit hingga 1 jam atau hingga lidi dicucuk ditengah-tengah kek keluar bersih (ku bakar 180C, loyang 8" bentuk love/heart shaped, dalam 40-45 minit).

6. Sejukkan di atas redai sebelum dihias atau balut rapat-rapat dengan cling film sebelum disimpan dalam peti sejuk (untuk elak kek kering).


Cara menghias kek vanila sponge
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com


Bahan:
Strawberry pie filling - boleh juga guna strawberry jem, cuma pastikan ia cair dan tak berketul-ketul
250g - 300g Fresh cream@non-dairy whipping cream
Spatula
Scraper/comb


Cara:
Senang je...belah kek kepada 2 atau 3 lapisan rata. Sapukan strawberry pie filling/strawberry jem atas permukaan kek. Kemudian sapukan fresh cream atas lapisan filling/jem. Tutup dengan lapisan kek ke-2, ulang hingga lapisan terakhir. Lapisan terakhir tak perlu disapu filling/jem, cuma tutup keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Simpan dalam peti sejuk sebaiknya sejam atau lebih, kemudian baru dihias dengan bunga-bunga atau sesukahati.

Post berkaitan fresh cream dan hiasan:



Kek sponge vanila yang dibalut sebelum disimpan dalam peti sejuk semalaman. Permukaan atas garing sikit sebab guna oven baru, jadi terpaksa dibuang
Kek yang sudah siap disapu fresh cream

Kata-kata Hikmah...

Tak dapat nak tidur lagi, buat entry ringkas semasa ku berblog-walking dan berFB siang tadi. Mudah-mudahan ku akan sentiasa beringat dan beramal, insyaAllah..


Dari blog http://amazingsyafiah.blogspot.com:

"Orang ni banyak rencam dan ragamnya. 1 kena tanam dalam diri, mereka tak sama dengan kita. Malah nasib mereka juga tak sama dengan kita. Ada sesetengah dah cukup rasa puas bila dapat zuriat. Ada yang tidak dikurniakan zuriat tapi dah cukup bersyukur sebab Allah dah kurniakan dia dengan nikmat lain yang lebih banyak.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu". (Bukhari)

Allah uji kita dengan ujian yang pelbagai. Timbanglah dari perspektif yang berbeza:
~ Ada orang belum dikurniakan zuriat. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak istimewa. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak, kemudian ditarik semula. jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?

Persoalan tentang kehidupan ini bukan hanya berkisar pada zuriat saja. Ia berkisar tentang ujian yang Allah beri. Ada atau tanpa anak, Allah tetap memberikan ujian. Kawan-kawan yang dikurniakan zuriat yang berada hampir dengan kita itu juga ujian untuk kita. Tak lain tak bukan ujian ini untuk tingkatkan keimanan. Ada orang bila diberi ujian makin meningkat iman dan rapatnya dengan Pencipta. Tapi ada orang lebih tersasar... menyalahkan takdir yang telah diberikan serta tidak pula berusaha untuk meningkatkan diri.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Sama-samalah kita kurangkan mengeluh dan melihat hidup ini dari sisi yang positif, kerna sesungguhnya jika kita hitung nikmat yang Allah berikan ternyata ia jauh lebih banyak dari ujian yang Dia berikan... "


Dari Facebook Misteri dan keajaiban Alam:

YA ALLAH YA TUHAN KAMI....

PADAMU kami bersujud YA ALLAH...berikanlah kami kekuatan didalam mengharungi kehidupan yang kami lalui sekarang ini.Tabahkan lah hati kami ini dalam melalui ujian-ujian yang telah ENGKAU berikan pada kami..Hanya PADAMU kami meminta dan hanya PADAMU kami berserah..

YA ALLAH....

Sungguh besar ujian dan dugaan yang ENGKAU berikan pada kami di dunia ini..namun tanpa ujian dan dugaan yang telah ENGKAU berikan ini kami tidak akan tahu sejauh mana keimanan kami kepada MU..
KAU ampunkanlah dosa-dosa yang telah kami lakukan YA ALLAH. Hanya PADAMU sahaja tempat untuk kami berserah...permudahkanlah kehidupan kami YA ALLAH..dan selamatkanlah keluarga kami semua YA ALLAH...

YA ALLAH....

Terasa diri kami ini terlalu kerdil dihadapanMU YA ALLAH...dan kami juga malu bila selalu melupakan MU demi mengejar hal-hal duniawi..walhal ENGKAU tidak pernah melupakan hamba-hamba MU yang lalai ini..malah ENGKAU masih terus memberi peluang untuk kami berubah dengan memberikan kami ujian-ujian kecil supaya kami cepat sedar sebelum terlambat..YA ALLAH ampunkanlah kami umat NABI MUHAMMAD S.A.W ini..Hanya ENGKAU yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat..aminyarabalalamin


Dari Facebook "Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa":

ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi DIA memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita rasa kecewa, sedih, terluka.
Tapi jauh diatas sana DIA sedang mengatur yang TERBAIK UNTUK KITA
Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik untuk kita.



Dari Facebook "Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa":


Syukur kerana Allah masih mahu memandang ke arah kita dan masih sudi memelihara kita, tidak seperti setengah orang yang langsung Allah tidak mahu memandang atau menyapanya dengan ujian... Alhamdulillah...Terima kasih Allah.


Dari Facebook "Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa":


Senarai semak apabila ditimpa ujian:
✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,
✔ Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU


Dari Facebook "Bila hati berbicara":


Kadang2 kita takut untuk berdamping dgn "air", takut tenggelam..,
Kadang2 kita takut untuk mendekati "api", takut kepanasan..,
Kadang2 kita takut untuk menghampiri "batu", takut alami kecederaan..,
Dan kadang2 kita takut untuk membuat "keputusan", takut ada yang terguris perasaan...
Bila kita berada dalam keaadaan itu, ISTIKHARAHLAH jalan penyelesaian, hanya Allah yang mampu tunjukkan jalan..


Dari Facebook:


Motivasi Diri:
Siapa pun kita, kita pasti pernah bergelak ketawa sepuas-puasnya...
Siapa pun kita, kita pasti pernah berada dalam kesedihan yang teramat sangat...
Siapa pun kita, kita pasti pernah merasa kitalah yang paling beruntung...
Siapa pun kita, kita pasti pernah merasa yang kitalah yang paling teruk di dunia ini....
Walau siapa pun kita,... Ingatlah! setiap apa yang berlaku membuatkan kita melalui satu perkata yang dipanggil PENGALAMAN yang tidak boleh diperolehi dengan apa jua cara melainkan MELALUI nya


Dari Facebook "Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa":


Kehidupan manusia itu seperti sebuah buku, sampul depan adalah tanggal lahir, sampul belakang tanggal kematian, tiap lembarnya adalah hari-hari dalam hidup kita, ada buku yang tebal dan ada juga buku yang tipis, hebatnya seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman yang selanjutnya yang bersih, baru dan tiada cacat, seburuk apapun hari kemarin Allah SWT selalu menyediakan hari yang baru untuk kita memperbaiki kesalahan yang kemarin, melanjutkan cerita yang sudah ditetapkanNya........Semoga Allah meredhai langkah kita.


Dari Facebook "Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa":


Sahabatku, aminkan doa ini agar kita diberi kekuatan dan keikhlasan menerima ketetapan Allah.

"Ya Allah, Engkaulah Sumber Kebahagiaan kami. Tolonglah kami, kuatkan kami dgn cintaMu, menjadi sedar akan cinta kami, kehilangan kami, kedukaan kami, mengatasi perasaan marah, kecewa, luka perih dihati, agar kami rela menerima ketetapanMu yg membentuk pribadi kami menjadi lebih kuat dan sabar dlm menjalani kehidupan ini"

Sunday, October 16, 2011

My New Toys~

Alhamdulillah, rezeki tahun ini. Tak sangka boleh dapat beli barang-barang di bawah, semuanya hadiah dari En. Hubby atas galakannya yang tak putus-putus. Mungkin ni salah satu cara untuk memulakan hidup yang baru, buang yang keruh ambil yang jernih. Mudah-mudahan dapat ku tingkatkan lagi daya kreativiti dan ilmu pengetahuan dalam bidang ini, insyaAllah...


Buku dari Chef Tan See Fong

Apparel chef dan beberapa alatan

Oven Elba 50 liter

P/S: Sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan..

Wednesday, October 12, 2011

Terima Kasih Cheq Sue~

Assalammualaikum dan selamat pagi,


Lewat petang semalam ada van Pos Laju parking depan rumah. Garuk-garuk janggut [yang tak wujud] sambil berfikir, 'Aku order apa-apa ke kat online lagi?' Sebab setahunya takde, semua barang dah sampai. 

Intai-intai celah pintu, posmen kuarkan satu sampul. Bila ambil sampul tu, tengok blur. Nama sape lak ni? Sebab tulisnya nama lelaki. Agaknya tuan rumah punya kot. Dah masuk rumah, tiba-tiba Pak Posmen panggil-panggil balik. Rupanya salah sampul daaa.. Haha..

Kali ni cek nama, eh namaku. Siapakah yang memberi ku sampul sebesar ini? (ececece..) Belek-belek, saspek la someone ni. Rupanya Cheq Sue kita, dari Cameron Highlands rupanya. Fuhyooo.. Jauhnya sampul tu merantau ;p Dah buka [macam orang yang dapat hadiah befday kerakusannya] tengok-tengok banyaknya barang... Hehe.. Siap ada lolipop lagi tu (untuk saya ka atau untuk Taufiq Cheq Sue? Hehe..)

Bawah adalah gambar-gambar hadiah tersebut, sambil anak ku Taufiq jadi model sambilan yang dibayar dengan lolipop setiap jam berkerja. Terima kasih banyak-banyak ye Cheq Sue, ni baru 2nd time seumur hidup menang apa-apa, kali pertama masa amik kursus kahwin dengan [bakal] En. Hubby, dapat hadiah lucky draw tak pasal-pasal. Hehehe..


Model sambilan dibayar upah sebiji lolipop per jam


Apa dalam sampul itu?

Alahai comelnya~ Tq bebanyak ;) Hehehe..

Saturday, October 8, 2011

Resepi American Chocolate Cake

Teringin nak makan kek, tapi sebab masih ada lagi sebulan (and still counting), nafsu terbantut lak. Hehe.. Takpela, dapat buat pun jadilah, kot-kot dapat menghidu aromanya masa dia tengah masak tu ;)

En. Hubby kata macam makan Cadbury Hot Choc. Komen ku? Tak tahu sebab tak dapat rasa. Tapi leh kot dipercayai dalam percent melebihi 80%, sebab En. Hubby kata kalau tak sedap, tak sedap la tu. Kalau dia kata sedap, sedap la tu. Muehehe... Apapun masing-masing punya tekak pun kan :P

Jom, layan resepi di bawah~

UPDATE 6 APRIL 2012: Tips ganache yang smooth (cara saya) ada kat sini.

Resepi American Chocolate Cake 
(website rasa.com.my)

American chocolate cake (kek coklat amerika)

Kek coklat amerika yang mewah dengan rasa coklatnya. Ahaks~


Loyang 8" bulat ketinggian minima 2" 
(bahan di bawah adalah separuh dari resepi asal)

Bahan A:
10g coklat emulco - ku guna 1/2sb coklat emulco + 1/4st coffee emulco (UPDATE 9 SEPT 2011: bukan 1sb tapi 1/2sb)
25g serbuk koko
100ml @ 100g air suam
***Bahan di atas dicampur dan diketepikan.

Bahan B:
125g butter- keluarkan 10 minit sebelum mula projek dan potong dadu utk lebih mudah dipukul
150g gula kastor
1/4st garam - boleh abaikan kalau guna butter bergaram

Bahan C:
2 biji telur Gred A
1/2st esen vanila
***Bahan di atas campur dalam satu mangkuk dan pukul sikit dengan garfu untuk sebati. Ketepikan.

Bahan D:
125g tepung superfine - tepung kek pun boleh. Darurat tepung gandum pun boleh cuma tekstur tak sehalus tepung superfine/kek
1/4st soda bikarbonat
1/2st baking powder
***Bahan di atas diayak dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.

Cara:
1. Pukul Bahan B hingga kembang, gebu, lemak berkrim dan kelihatan sedikit pucat (ada la dalam 5 minit kot, maksimum speed).
2. Masukkan Bahan C sambil dipukul rata (stage ini adunan akan kelihatan sedikit curdled macam yoghurt).
3. Masukkan Bahan A, diselang selikan dengan Bahan D. Gaul sekata guna mixer (pastikan tepi-tepi mangkuk mixer pun di'scrap' sekali sekala.)
4, Tuangkan campuran dalam loyang dan telah digris dengan butter serta dialas baking paper (ku guna non-stick baking paper dan ia juga digris sedikit dengan butter untuk lebih mudah dikeluarkan nanti).
5. Bakar 180C, 40-50 minit atau hingga lidi dicucuk di tengah kek keluar kering.
6. Sejukkan kek atas redai kek, kemudian hiaskan dengan ganache atau suka hati.

Ganache:
150g whipping cream@fresh cream - ku guna fresh cream, jadi ia manis
150g coklat masakan, dicincang - Dicadang supaya guna semi-sweet atau bittersweet terutama kalau guna fresh cream, sebab keknya ngam-ngam manis, jadi seeloknya topping jangan manis sangat).
***Panaskan whipping cream atas api kecil hingga timbul buih-buih kecil. Tutup api dan masukkan coklat. Kacau hingga coklat cair dan sebati dengan whipping cream. Ketepikan pada suhu bilik sebelum digunakan.

ATAU
***Panaskan whipping cream secara double-boiler, masukkan coklat cincang dan kacau hingga coklat cair. Pastikan air tidak kena pada dasar bekas tersebut. Ketepikan pada suhu bilik sebelum boleh dituangkan atas kek yang telah dibuat crumb-coating (iaitu sapuan nipis menggunakan fresh cream atau buttercream bagi menampakkan permukaan kek kelihatan lebih licin dan sekata).

The cake

Thursday, October 6, 2011

Resepi Potato Gratin

Resepi ringkas petang ni, buat makan berdua je (sebenarnya tak sabar nak guna ramekin baru tu :P)

Layan~

Potato gratin- demi merasmikan ramekin baru ku

Resepi Potato Gratin [mudah]
Sumber: http://365daysveg.wordpress.com/2010/03/31/potato-gratin/

(2 biji ramekin)
1 biji kentang besar, dihiris nipis - lagi best guna kentang russet/yukon gold
garam
serbuk lada hitam/putih - tak letak

1/2C susu segar
1/2 bawang besar, dihiris (optional) - ku tak letak
1 ulas bawang putih, dicincang halus (optional) - ku tak letak
1 sb butter
parmesan/cheddar/mozzarella cheese - ku guna kombinasi
parsley kering/fresh
bread crumbs - ku letak

Cara:
1. Gaul kentang yang dihiris nipis dengan garam dan serbuk lada hitam/putih.
2. Panaskan oven 200C.
3. Sapu ramekin dengan butter (bukan yang 1sb tu). Susun hirisan kentang dalamnya,
4. Tuangkan susu segar hingga kentang kelihatan tenggelam, tetapi jangan tertumpah.
5. Taburkan butter secara rawak di atasnya. Taburkan bread crumbs, cheese dan parsley kering.
6. Bakar 200C, 20-25 minit atau hingga atasnya keperangan.

Deco dan Hiasan: Chocolate Moist Cake

Cerita ringkas je pagi ini..

Buat kek chocolate moist untuk student En. Hubby, sebab diorang banyak tolong keluarga kami lagi-lagi masa bulan Julai aritu. Bekas-bekas student pun banyak membantu, cuma tak dapat nak jumpa diorang lagi sebab dah habis belajar. Semester ni pun budak-budak SMK Elektrik dah nak tamat belajar, diorang masuk lebih awal dari student-student lain.

Buat video ringkas, orang yang dah pro tak yah la tengok ek, segan lak I :P Ni kes mak yang takde kerja la ni buat video tak pasal-apasal :P

Apapun, layan~

Resepi ada di sini

Video cara menghias kek coklat moist menggunakan fresh cream:



Video cara guna transfer sheet untuk buat bentuk curls:




Video cara memukul fresh cream@non-dairy whipping cream:




Berkaitan fresh cream:


P/S: Ni je yang mampu ku buat, bagi kek je. Hehe.. Semoga arwah tenang di sana.. Al-Fatihah.. (sebak la pula, huhu...)

Tuesday, October 4, 2011

Deco dan Hiasan: Video Youtube Chocolate Transfer Sheet [Curls]

Jom, layan youtube mak yang katanya nak rehat tapi tak reti-reti gak nak rehat :P


Me :P


Video youtube cara menggunakan chocolate transfer sheet:





P/S: Ku tetap teruskan hobi ni untuk memperingati kenanganku bersama arwah :)

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Rajin Beribadat, Dekat Dengan Allah, Ujian Menimpa Jangan sesekali Merungut.. (Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzhilah Kamsah)

Sunday, October 2, 2011

Maaf, Tuan Blog Menyepi Sebentar...

Assalammualaikum...

Maaf, tuan blog Aku.Zack@zachoes.blogspot.com menyepi untuk beberapa hari. Badan tak berapa sihat, selsema dan batuk sikit. Bukan merajuk, tidak sama sekali. Hehe.. Idea berlegar-legar dalam kepala dan tak sabar nak share tip-tip dan resepi. Cuma badan tak berapa sihat, jadi goyang kaki sambil minum milo panas, sambil online kat FB (nak tahu nama kat FB? Hehe, carilah kalau dapat ;p) Muehehe...

Bubyes~